Tidak berkelip Oceana melihat kearah Vince dan Evan.
Bangggg
Sekali lagi dia mengetuk meja makan itu. Hampir tersembur Evan dibuatnya akibat terkejut.
"Apa kau cakap?" Soalnya bagi menghilangkan musykil dihati.
"Aku cakap kita akan ke RhineLand. Puas hati?" Balas Vince.
"Buat apa? Kat mana? Jauh ke? Lambat lagi ke nak balik?" Soal Oceana bertubi tubi dan sehinggakan Vince merasa kurang selesa dengan pertanyaan Oceana.
"Kenapa kau tak tanya je semua benda? Nama apa? Sejarah dia macam mana? Ada orang ke tidak? Cantik ke tak? Ada rusa ke tak?" Balas Vince dengan nada perlian.
Dijelingnya Oceana sampai terbalik anak mata.
"Aku tanya je! Takkan tak boleh!" Bentak Oceana. Dia mengetuk belakang sudunya pada meja.
"Bising laa korang ni!" Celah Evan.
Oceana dan Vince memandang kearahnya dengan penuh tanda tanya.
"Kau kenal siapa ni?" Soal Oceana kepada Vince
"Tak. Seriously! I don't know him." Sangkal Vince sekeras kerasnya sambil membuat tanda 'X' menggunakan tangannya.
"Maafkan kami. Tapi kami tak kenal encik, jadi jangan nak MEN.CE.LAHH!" Kata Oceana untuk menyakitkan hati Evan. Menganjing betul!
"Gosh!!!! How unfortunately I am?" Adu Evan kepada dirinya sendiri. Seduh betul dia rasa sekarang ni. Huaaaaaaa.... nak nangis.
"Pffttttt...hahahahahahha......" Vince dan Oceana bantai gelak depan Evan. Dah laa tengah makan, boleh tercekik nanti. Evan kan, nak bawak bergurau pun tak boleh.
"K-kau kenapa wei hahahaahaha.... ma-macam tu pun nak merajuk! Kalah budak darjah satu haahha..." kata Vince dengan iringan gelak tawanya sekali. Sakit betul perutnya terkenangkan perangai Evan yang satu tu.
"Entah... kau kenapa wei hahahhahaha..." sambung Oceana.
Evan menarik muka masam.
'Diorang nak kenakan aku ke?' Getus Evan. Mukanya mula memerah akibat terlalu malu.
"Sudah lah! Diam boleh tak!?" Marah Evan.
Vince mengelap air matanya yang keluar akibat terlalu banyak gelak. Dia cuba untuk bertenang.
"Guano press skalo beres... hahahahhahaha...." katanya lagi lalu bantai gelak. Lahai... Evan, Evan.
"Kau ni kan!" Evan mengacukan sudu garfu kearah Vince dengan perasaan marah yang membuak buak.
"Weyh...sabar sabar, sabar itu separuh daripada iman." Oceana cuba menenangkan Evan yang tengah marah itu.
"Ha'ah! Sabar, sabar. Tarik nafas perlahan lahan... dan hembus. Tarik. Hembus." Vince membuat gaya seperti orang tarik nafas dan menghembus nafas.
Evan hanya menuruti kata kata Vince tanpa sebarang bantahan.
"Dah tenang?"
Evan menganggukkan kepalanya.
"Haa..bagus! Sekarang, kita makan. Selamat menjamu selera" sambung Oceana lalu mengambil nasi gulung yang ada dihadapannya untuk dimakan. Untuk makan laa.. takkan nak lempar dekat muka Evan pula. Kang tak fasal fasal mengamuk balik orang tua tu.
Semua orang makan tanpa sebarang bunyi sehinggalah selesai makan.
Baru sahaja Vince mahu meninggalkan meja makan, Oceana bersuara.
YOU ARE READING
RISE OF ANGEL [OG]
FantasyAlam Pari pari merupakan satu dunia yang dihuni oleh bangsa Fairy. Semasa pemerintahan King Cecil Hillea, berlaku satu peperangan besar antara Alam Pari pari dan Alam Syaitan. Perang tersebut dinamakan FairyDemon War I. Beberapa ratus tahun selepas...