"Life isn't always full of reasons to Smile.
But your Smile is a reason for others to
Smile too!Always Smile!!"
---------^_^---------
"Wahai bunga....tumbuh la korang dengan tingginya." Kata Vince yang sedang menyiram pokok bunga. Dia sedang bercakap dengan pokok bunga. Entah kenapa, petang ni dia jadi rajin pula nak menyiram bagai. Selalunya dia duduk rehat rehat je.
'Bunga di laman Evan, ni banyak laa. Rajin gila mamat tu menanam erk?'Getus Vince. Dia masih lagi menyiram. Dah 10 minit berlalu tapi separuh taman pun tak habis lagi dia menyiram. Ni bukan menyiram namanya, ni main air! Saja je nak membazir air.
"Aku tak tahu pulak yang kau ni suka siram bunga erkk?" Soal Oceana tiba tiba.
"Uhuk...uhuk..." Vince terbatuk. Tersedak dia.
"Kau....kenapa?" Soal Oceana. Vince menepuk dadanya.
"Kau tu yang kenapanya. Sakit tekak aku sebab tertelan gula gula mentos tahu tak? Dah la besar lagi! Kalau aku mati macam mana? Nanti suram la dunia ni tanpa lelaki yang hensem macam aku ni." Kata Vince. Sempat lagi dia memuji diri sendiri.
"Heh." Oceana tersenyum sinis.
"Macam la kau tu hensem sangat. Muka pun dah macam tongkang pecah. Ada hati nak kata dia hensem. Sedar la diri tu sikit wahai anak adam." Kata Oceana dengan menyampah. Sempat la dia melipat tangannya kedada dan menjeling Vince beberapa kali.
'Tchhh. Tongkang pecah dia kata aku. Dia ni nak kena ni. Macam la muka kau tu cantik macam bidadari kayangan.' Desis Vince. Dia membuat muka tidak puas hati kepada Oceana. Sebentar kemudian, mentol lampu tiba tiba muncul di atas kepalanya.
'Aku ada idea.' Bisik hati Vince.
Dia mengambil penyiram dan menyiram Oceana dengan air yang berada di dalam penyiram tersebut. Malang nya itu bukan air biasa tapi air baja. Baja kompos pulak tu. Naya betul.
"Siram kau guna air ni baru cepat membesar." Kata Vince sambil tangan menyiram Oceana. Oceana pula terkejut dengan tindakan Vince. Apalagi mengamuk sakan la dia.
"Vinceee... kau dah kenapa hah? Kau siram aku dengan air BAJAAAAA!!!" Kata Oceana, dia mengejar Vince. Vince pula sambil berlari sambil membaca jampi untuk bukak portal. Nak lari dari Oceana.
Portal terbuka. Vince berlari semakin laju merentasi taman bunga Evan. Habis bunga di langgarnya.
'Ahhh...lantak kau la bunga. Siapa suruh kau duduk tengah jalan.' Desis Vince. Oceana sudah jauh ketinggalan. Vince melompat masuk ke dalam portal lalu menutup nya dengan segera.
Oceana yang lihat pemergian Vince kecewa. 'Kurang asam punya Vince. Tak pe tak pe. Kau tengok la, kalau aku dapat kau. Muka kau tu aku hempuk hempuk dalam longkang. Just wait and see laa.' Desis hati oceana dengan perasaan marah.
Dia kemudiannya melangkah pulang dengan sedih. Habis baju dia terkena air baja. Nasib la Vince tu siram atas baju kalau dia siram kat atas rambut... habis la rambut dia yang cantik tu. Huwaaaa....dia rasa macam nak nangis je. Dia mencium bau bajunya. 'Eeee...busuk nya. Kuram asam betulla Vince ni.' Getus Oceana.
Selepas beberapa jam berjalan sambil merenung nasib diri sendiri
Akhirnya sampai jugak Oceana di hadapan rumah Evan.
"Bapak setan punya Vince!! Sanggup dia pedajal aku?" Bebel Oceana. Kaki melangkah masuk kedalam rumah Oceana.
Dia menghempas pintu dengan kuat
BAMMMM
Evan yang sedang menonton cerita Hotel Del Luna di tv terkejut gorilla. Spontan dia memalingkan wajahnya ke arah bunyi pintu dihempas. Dia melihat Oceana yang sedang tercegat beberapa meter darinya dengan baju yang basah lencun dicemari dengan lumpur. Ni mesti kerja Vince. Ooo....patutlah tadi, Vince kata jangan bagitahu Oceana yang dia ada kat rumah. Rupanya dia buat masalah. Kejap lagi, basakla kau Vince kalau minah ni nampak kau.
Bau busuk tiba tiba menerjah rongga hidungnya.' Erkk busuknya. Bau apa ni. Jangan jangan....' Evan tiba tiba kecut perut. Wajah wajah hantu mula membayangi di dalam fikirannya.
Maklum la kalau hantu datang kan mesti tiba tiba keadaan jadi suram dan sekeliling berbau busuk. Dia tidak tahu yang bau busuk itu datang dari Oceana.
"Kau ada nampak Vince tak?" Kata Oceana dengan nada suara yang tinggi. Ehh minah ni ada aku hempuk jugak karang.
"Erkkk tak. Nape ehh?" Soal Evan. Oceana mencerlung tajam dirinya. Dia segera membuang pandang kearah lain. Takut kena marah dengan Oceana barangkali.
Oceana segera pergi. Dia menghentakkan kakinya ke lantai.
'Woahhh...lumpur habis lantai rumah aku minah ni buat. Ni siapa nak bersihkan ni?'
Evan melihat pemergian Oceana dengan ekor mata. Kemudian dia tersenyum. Dia baru teringat yang tadi Vince cakap nak letak baja kat pokok bunga. Jadi, dia rasa dia dah tahu apa yang jadi diantara mereka.
'Mesti Vince dah simbah Oceana dengan air baja ni. Bau tadi tu, datang dari Oceana. Hahaha.' Getus Evan.
Kemudian dia mengeluh kerana mengenangkan nasibnya yang perlu mengemop semula lantai rumahnya. Sedihnya hidup dia. Kemudian dia kembali menumpukan perhatian ke arah tv semula.
'Kejap kejap lagi la. Aku nak tengok cerita favourite aku dulu.' Getus nya lagi.
---------^_^---------
Oceana melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia perlu mandi. Bau baja memenuhi bilik nya. Bukan baja biasa pulak tu. Baja taik ayam tau tak. Busuk dia bukan sikit tapi banyak. Terpaksala dia mandi berjam jam demi menghilangkan bau busuk dibadannya.
"Bodoh la Vince punya gurauan." Kata nya, kasar. Dia memulaskan paip air di dalam tab. Selepas itu dia mencari sabun mandi. Setelah dapat apa yang dia mahukan, dia menuju semula ke tab. Air mula memenuhi tab mandinya. Dia menutup semula paip, lalu membuka botol sabun. Dia mencuahkan semua sabun di dalam botol itu ke dalam tab mandi.
'Haaa....ambik kau.' Getusnya. Dia memasuki dalam tab itu. Wah, penuh dengan sabun!! Lagi pun dia memang suka main air sabun ni. Dia menggosok seluruh badannya dari rambut hingga ke kaki. Selepas setengah jam berendam dia keluar dari tab mandi. Dia mencium tubuhnya. Ahhh tiada lagi bau busuk baja. Bau wangi lavender adalah.
Dia kemudiannya membilas badannya dengan air bersih. Air sabun yang berada di dalam tab mandi sudah dia buang. Dia keluar dari bilik mandi.
Oceana mencari bajunya di dalam almari pakaian. Dia memilih gaun yang berwarna biru muda bertemakan goth lolic. Baju tersebut dihiasa dengan reben dan renda. Dia menyarungkan baju tersebut pada badannya. Oceana menyikat rambutnya. Kemudian dia bergegas turun ke ruang tamu. Sebelum keluar, sempat dia mengerling jam di dinding.
Jam di dinding terus berdetak...hatiku juga terus berjalan... Tak minat ayda jebat? Okay lupakan.
Cerita kegemarannya sudah disiarkan.Dia nak tengok tv. Nak tengok Running Man. Hahaha. Tu la cerita kegemarannya and also kdrama.
---------^_^---------
Hola guys..
Abaikan typo. Sorry kalau tak best. Huhuhu
Byeee....
YOU ARE READING
RISE OF ANGEL [OG]
FantasyAlam Pari pari merupakan satu dunia yang dihuni oleh bangsa Fairy. Semasa pemerintahan King Cecil Hillea, berlaku satu peperangan besar antara Alam Pari pari dan Alam Syaitan. Perang tersebut dinamakan FairyDemon War I. Beberapa ratus tahun selepas...