BAB 9

1.5K 128 1
                                    

     "Babi kau Vince!!!!! Jangan lari laa SETAN!!!" Laung Oceana dengan kuat sambil berlari mengejar Vince yang dah berada dihadapannya. Sudah 15 minit mereka lari mengelilingi padang istana tu. Dah laa padang tu seluas stadium bola sepak! Boleh mati kalau lari keliling padang ni tanpa henti.

      "Alaaaa... bukannya berat pun latihan yang aku bagi tu. Just lari keliling padang sambil junjung baldi yang penuh dengan air je.... yang kau nak meroyan tu kenapaaaa....?" Vince menidakkan kata kata Oceana yang mendakwa latihan yang diberi oleh nya terlalu berat. Eleh, aku dulu lagi teruk masa berlatih dengan sensei  aku. Kena lari keliling padang 5 kali sambil bawa baldi yang penuh dengan air.  Tak boleh tertumpah pulak tu!  Kau tu nasib je aku bagi sekali round. Kalau, aku bagi yang macam sensei buat dekat aku tu...naya kau.

      "Kyaaaa...tak kira! aku tak nak buat...huh, letihnyaaa!" Oceana memperlahankan lariannya. Dia kelihatan termengah mengah. Tak cukup nafas dibuatnya. Adoiii.... laju siak dia lari. Tak dapat aku nak tangkap..

      "Kalau kau tak nak buat, tak payah laa buat.... yang kau kejar aku tu kenapaaaaaa.... ni kira macam kau buat latihan yang aku beri jugaaaaa..... cuma kau tak bawa baldi aje..... dah dah laa kejar aku, woi!" Laung Vince. Apa? Betulla apa yang dikatanya. Kalau tak nak buat, tak payah la buat. Ni, sampai kejarnya Vince. Kalau kira, dah berapa kali dah dia tawaf padang harini. Penat gila!

Betul juga apa yang dikata Vince tu. Apahal aku kejar dia erk? Sepatutnya aku buat buat mogok. Lepas tu duduk je diam diam kat tepi padang. Aduh, tak terfikir pula tadi. Hahahha....

      Oceana menghentikan lariannya manakala Vince sudah jauh dihadapan.

       "Weyh.... Vince, dah la-lari. Aku dah tak kejar kau dah weyh!" Kata Oceana. Dia tercunggap cunggap menarik nafas. Dia juga merasa sakit dibahagian perutnya. Ni lah padah makan banyak sebelum berlari... aduh.... terima je laa...

Vince berpaling ke belakang. Nampaknya Oceana sudah tak mengejarnya. Vince juga menghentikan lariannya dan memusingkan badannya kearah Oceana. Dia berjalan perlahan menuju kearah Oceana. Penat dowh... lagipun dah lama dia tak lari macam ni. Kalau dulu, dia selalu kena kerahan tenaga daripada senseinya. Hari hari kena kejar Lincht, merangkap kuda kesayangannya. Mula mula, memang laa dia rasa mustahil sebab Lincht tu baka kuda yang paling pantas di dunia. Tapi lepas hari hari dia kejar Lincht, dia menjadi semakin pantas berlari dan akhirnya dia dapat berlari sepantas Lincht. Hohoho.. bangga nya dia rasa.

       "Haaaa... berhenti pun kau! Aku ingat kau nak terus kejar aku sampai esok!" Marah Vince. Dia kemudian mengambil tempat disebelah Oceana yang sedang duduk itu.

      "Ma-macam mana kau boleh lari selaju itu? Da-dan apesal kau tak nampak le-letih langsung?" Soal Oceana yang masih tercunggap cunggap itu. Sungguh, dia sangat letih. Dia rasa nak pengsan dah sekarang ni.  Tapi, ni pun salah dia jugak. Apesal dia kejar Vince sedangkan dia ssndiri pun tak nak lari? Padahal boleh je dia hiraukan arahan Vince, kan? Aduh, bodohnya dia.... Pabo! Pabo! Pabo! (Bodoh! Bodoh! Bodoh!)

       "Itu sebab aku dah biasa. Well, dulu masa sensei latih aku, dia selalu suruh aku kejar kuda aku yang namanya Lincht. Tapi masa tu, aku selalu merungut sebab aku tak faham apa tujuan sebenarnya dia. Dalam beberapa bulan tu, aku hanya kejar Lincht je... datang padang, kejar Lincht. Esok datang pun kejar Lincht. Sampai aku pun dah bosan kejar Lincht hari hari. Suatu hari tu, aku geram sangat sebab kena kejar Lincht. Aku pun tanya sensei aku, tapi dia tak lernah nak jawab tujuan dia suruh aku kejar Lincht tu. Ada juga aku mengadu dekat bonda aku, tapi bonda aku lansung tak hiraukan aku. Hari demi hari aku kejar Lincht dan pada suatu hari, baru aku faham tujuan dia. Sebenarnya, dia nak aku jadi tangkas dan lincah semasa berlawan. Kejar Lincht juga boleh meningkatkan stamina aku. So, sebab tu laa aku boleh lari dengan laju." Cerita Vince dengan panjang lebar. Dah macam soalan KBAT laa pula. Oceana cuma tanya sikit je, tapi Vince jawab siap dengan huraian lagi. Agak agak dapat tak markah penuh? Hohoho *(^0^)*. Entah laaa

RISE OF ANGEL [OG]Where stories live. Discover now