Siang mula melabuhkan tirainya. Fata morgana mulai muncul dikaki langit menampakkan keindahan langit sebelum berakhir nya waktu siang. Burung burung berterbangan pulang ke sarang masing masing, begitu juga dengan Vince, Oceana dan Evan, mereka harus mencari tempat yang dapat dijadikan tempat berteduh.
Tapi diorang ni ade satu masalah ni, masalah nya takde siapa pun yang nak bagi diorang ni sewa atau menginap kat homestay ni. Sahkan nak menginap, datang dekat pun tutup pintu sampai kunci habis. Kau rase? Author memang nak seksa kitorang ke ape?
"Takkan kita nak tidur kat kaki lima je ni? Sepanjang aku hidup dari dulu sampai sekarang, aku tidur kat katil je, tak pernah pernah aku tidur kat jalan ni." Keluh Evan. Dia berhenti berjalan.
Oceana dan Vince yang perasan Evan berhenti juga turut berhenti. Yang bezanya cuma jarak. Evan berhenti belakang sedikit daripada diorang.
Oceana berpaling menghadap Evan yang sedang termenung melihat langit. "Kenapa berhenti?" Soalnya.
"Menikmati keindahan alam.... Tengok tu, cantik betul langit kan?" Soal Evan dalam nada separa kagum. Oceana memandang langit.' Meh, apa yang cantik nya? Nampak langit gelap je. Bintang bintang pun takde. Nampak nak hujan ade lah.' Gumam Oceana, muka pelik dipamerkan.
"Heh! Sangatttt...."
Oceana mendongak langit sekali lagi. Tiba tiba beberapa titis air mendarat dimukanya.
Baru sebut tadi.
"Kau laa ni cakap langit cantik!!!" Evan digoncang dengan kuat.
"Oi! Oi! Oi!!!!" Dia menolak tangan Oceana sekuat hati.
Oceana menjegil.
"Ape salah aku?! Dah tertulis kat buku takdir yang dia nak hujan, memang hujan laa.." Pasrah tapi masih tak nak mengalah.
"Ni sebab kau yang mula cakap langit cantik dulu! Kalau tak cakap takdenye nak hujan."
"Same je laa bangang! Same! Kau faham tak!"
"Tak faham!!" Kaki kanan dihentak ke lantai, kedua dua tangan menggenggam penumbuk. Pipi dikembungkan tanda marah.
"Macam mana nak faham kan kau eyh?"
"Guna perkataan!" Bebola mata dipusing 360°.
Evan mengetap gigi.
"Ssss..... Aku tahu lah!"
"Tahu, cakap!"
'Halah! Bising laa dua ekor ni!! Hujan dah nak lebat dah ni!' Getus Vince. Dia menggeleng kepala. Susah ade kawan macam dua ekor tikus ni, dua dua nak menang! Dua dua tak nak kalah. Luku dua dua baru tahu!!!
"Kau diam!!" Muka didekatkan dengan wajah Oceana. Oceana juga berbuat demikian.
"Eeeeee.... Hmphhh." Rengus kedua duanya dan sama sama menghadap kearah berlainan. Mereka berdua berpeluk tubuh dan mempamerkan wajah tak puas hati.
Hujan semakin lebat menyebabkan baju mereka bertiga basah pada bahagian atas. Hujan yang lebat pun tak mampu nak redakan kemarahan.
Vince buntu namun dia hanya jadi pemerhati. Tak nak tolong redakan tapi nak cari tempat berteduh ni!! Basah jap gi demam ni.
"Oi! Dah dah laa gaduh! Terbang periuk belanga jap gi. Ni korang memang tak nak cari tempat teduh ke? Hujan ni!!" Nasihat Vince, dia berlari anak kearah sebuah pondok yang berada tak jauh dari tempat mereka berada.
Melihat kan Vince yang sudah beredar, Oceana dan Evan cepat cepat berlari kearah Vince. Air lopak dihiraukan. Habis lencun. Evan yang melihat Oceana berlari lagi laju darinya segera memecut. Tak nak dia nak kalah dengan Oceana. Baju lencun atau kotor sebab lumpur tu belakang kira. Yang penting maruah dia lagi tinggi dari zirafah.
YOU ARE READING
RISE OF ANGEL [OG]
FantasíaAlam Pari pari merupakan satu dunia yang dihuni oleh bangsa Fairy. Semasa pemerintahan King Cecil Hillea, berlaku satu peperangan besar antara Alam Pari pari dan Alam Syaitan. Perang tersebut dinamakan FairyDemon War I. Beberapa ratus tahun selepas...