BAB 40

299 27 2
                                    

BOMMMM

     "Beta rasa macam ada yang tak kena je dengan kuasa beta sejak kebelakangan ni." Kata Eden Laurence sambil menongkat dagu di atas singgahsananya. Dia menghasilkan bebola petir yang sebesar bola jaring lalu melemparkan kearah dinding istananya.

BOMMMM

BOMMMM

Bebola yang dilempar tersebut menyebabkan dinding istananya hancur. Dayang dayang istananya yang ada disitu semuanya menunduk ketakutan. Kecuali butlernya, Wern Fleur, yang hanya melihat Eden dengan pandangan yang tenang. Wern Fleur, merupakan seorang yang sangat setia dan sangat berbakat dalam seni mempertahankan diri dan semestinya dia telah berkhidmat dengan Eden Laurence dalam masa yang sangat lama. Sangat lama sehinggakan dia sudah masak dengan semua perangai yang ada pada Eden Laurence.

      "Mungkin tuanku sudah lama tidak ke tanah perkuburan st. Annie untuk melawat bonda tuanku." Cadang Wern Fleur. Dia mengubah badannya kepada seekor kucing yang berwarna hitam lalu bergesel di kaki Eden Laurence sambil menderam manja.

    "Betul juga  tapi, bukan itu yang beta maksudkan."

     "Jadi, apa yang tuanku maksudkan?" Soal Wern Fleur.

Eden Laurence menunduk lalu mengambil Wern Fleur yang berbentuk kucing itu lalu meletakkan diatas ribanya. Wern Fleur tidak melawan sebaliknya dia suka diperlakukan begitu.

    "Beta rasa, kuasa beta ni semakin lemah." Nyata Eden sekali lagi sambil membelai bulu Wern Fleur dengan lembut. Wern Fleur mengangkat kepalanya sambil memandang kearah Eden Laurence dengan mata membulat.

     "Lemah? Mustahillah kuasa tuanku semakin lemah!" Nafi Wern Fleur. Beria betul dia menafikan kenyataan putera mahkota itu, sama ada ingin mengambil hati atau betul betul menafikan perkara tersebut tiada siapa pun tahu.

     "Kamu sahaja yang tidak perasan."

     "Meow"

     "By the way, macam mana persiapan askar yang beta suruh kamu uruskan itu? Dah settle ke belum?" Soal Eden Laurence.

      "Not yet. Maybe in 3 or 4 days, I guess." Jawab Wern Fleur.

     "You know, the girl with the great power, is she still searching for her power???"

     "Exactly."

     "Is that true that she was an Angel bloodline, I mean Cracia bloodline." Soal Eden lagi.

     "I don't think so. She was not Cracia bloodline but still, there is something fishy about her. About her fate, her power, her identity even her true family, molla( I don't know)." Kata Wern Fleur dengan bingung.

Dia memang tak tahu. Dia dah suruh penyiasat terbaik untuk mendedahkan identiti perempuan tersebut tapi entahlah.

     "She was Oceana Snapdragon, right?" Soal Eden Laurence sambil menggosok dagunya.

     "Maja( true) " jawab Wern Fleur yang mengia iakan kenyataan Eden Laurence.

     "Tak kisah lah! Kalau semua persiapan untuk serang Fairy Realm dah sedia, bagitahu beta."

Wern Fleur berjalan turun dari pangkuan Eden lalu menjelma kepada rupa asalnya semula.

    "Alright, Your Majesty." Kata. Wern Fleur sambil meletakkan tangan kanannya di dada lalu menundukkan badannya.

     "Cepatkan sikit persiapan tu! Beta dah lama menunggu. Ish! Suruh buat itu lambat! Suruh buat ini lambat! Memang tak boleh buat kerja on time kan?" Marah Eden Laurence yang lebih kepada merungut sebenarnya.

     "Lagi satu, suruh orang datang baiki dinding istana beta tu. Hodoh betul!" Sambung Eden sambil menunjukkan jarinya kearah dinding istana yang telah rosak akibat dia menggunakan kuasanya tadi.

     "Menurut perintah." Balas Wern Fleur dengan senyuman lalu beredar.

Eden Laurence, nampak sahaja garang, kejam, tiada belas kasihan, angkuh dan tidak berperasaan tapi, ramai yang tak tahu yang Eden juga mempunyai sisi yang manja dan dia memang suka merungut.

Dia sendiri pun tak faham kenapa Eden tu suka sangat merungut. Padahal benda kecil je. Tapi, satu je tabiat merungut yang Eden ni ada, dia memang tak akan merungut depan orang lain kecuali depan Wern Fleur sahaja. Mungkin dia dah terbiasa kot. Tak pun dia memang percayakan si Wern tu.

♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥

     "Wei!" Panggil Evan kepada Vince yang sudah berada jauh dihadapannya.

Vince mengendahkan panggilan Evan lalu berjalan terus sahaja. Malas dia mahu berhenti. Penat lah! Nasib baik tadi masa jumpa dengan uncle Elzer takde apa apa masalah berlaku. Kalau tidak, jenuh jugak nak tunggu si Evan tu selesaikan masalah dia dengan uncle Elzer tu.

     "Wei Vince! Tak dengar ke?!" Laung Evan lagi. Kali ini, dia berlari anak kearah Vince.

     "Dia nak apa lagi?!" Soal Vince kepada dirinya sendiri dengan perasaan menyampah.

Pakkk

Evan menampar bahu Vince dengan kuat. Vince menghentikan langkahnya dan menghadap Evan dengan muka tak puas hati.

     "Kau kenapa?!! Dah lama sangat tak makan penampar ke?!" Marah Vince.

     "Takde lah, kau tu, aku panggil kau buat tak endah kenapa?"

     "Kau nak apa? Sudah sudah laa menyusahkan aku. Sumpah aku rasa menyampah!" Bebel Vince dengan mimik muka yang masam.

     "Kau tak nak balik ke?" Soal Evan.

     "Balik?" Soal Vince yang tidak faham dengan soalan Evan.

     "Ye lah....balik! Balik ke Fairy Realm. Aku dah bosan laa duduk sini lama lama. Ada jugak aku rasa yang King Elzer tu kadang kadang annoying dengan kita sebab duduk sini lama lama." Terang Evan. Sungguh, memang dia rasa nak balik gila. Mesti bunga dekat di rumah dia tu dah mati habis sebab takde orang yang jaga. Menyesal dia datang sini.

      "Ouh....tapi tak boleh lagi."

      "Kenapa!? Bosan laaa duduk kat sini."

     "Sebab kita kena pergi ke RhineLand dulu."

     "Buat.....mende?"

      "Adalah. Kalau kau nak balik, kau balik lah. Aku tak kisah." Jawab Vince

Amboi! Sesenang tu kau halau aku Vince. Kau yang heret aku ke sini dan kau nak halau aku pula at least hantar kau balik pun dah OK.

      "Hmmm...OK."

    "OK mende? Kau nak balik?" Soal Vince yang ingin kepastian.

     "Aku stay takkan aku nak tinggal kau kot. Kau kan kawan aku. Kawan takkan pernah tinggalkan kawan." Balas Evan dengan tersenyum lalu beredar dari situ.

'Camtu pulak. Banyak songeh laa mamat ni. Aku dah bagi balik pun tak nak balik. Tapi, baguslah dia tak balik.' Getus Vince. Dia berlari anak kearah Evan lalu memeluk bahu Evan.

      "Eh! Eh! Apa ni?!" Kata Evan dengan gembira. Terkejut? Bukan laa.... dia gembira sangat sangat. Walaupun dia dan Vince selalu bergaduh, mereka sememangnya rapat. Dia harap sangat yang kegembiraan ini akan berkekalan sampai bila bila. Dia sangat sangat berharap.

♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥

RISE OF ANGEL [OG]Where stories live. Discover now