CHAPTER SIX :
sleep with me- - -
Y E O N
"Jeon Jungkook , kau buat tindakan kurang bijak untuk terlibat dalam organisasi keluarga mafia."
Langkah aku serta merta terhenti.
Perlahan aku mengangkat wajah dan memandang tepat ke arah dua figura manusia yang saling berdiri berhadapan. Dan suara penuh menjengkelkan tu... tipulah kalau aku tak kenal siapa.
Budak bengap yang hanya berkongsi omma dan appa dengan aku , Lee Hyuk.
"Ma-mafia ? Ma-maksud hyung..."
"Jeon Jungkook !" aku pantas memanggilnya kuat membuatkan dia terus menoleh ke belakang dan memandang ke arah aku.
Senyuman manis aku lemparkan sebelum berlari menghampirinya. Tatkala aku tiba di hadapannya , sempat aku hadiahkan jelingan halus ke arah Hyuk , memberi amaran cukup membunuh.
Boleh pulak dia buat perangai dekat rumah aku ni. Memang bodoh lelaki gila ni.
"Kat sini rupanya kau. Aku cari kat bilik aku tadi , takde pun." ujarku lembut , senyuman manis masih tidak lekang di wajah.
Manakala dia hanya mengerutkan dahi memandang aku , memberikan pandangan penuh hairan. Aku tak mahu dia ambil serious apa yang lelaki tak guna tu bagitahu dia tadi.
Entah sampai mana dia dah cerita dekat Jungkook , aku sendiri tak tahu. Tak mengapa , aku bakal perdajalkan dia sebentar nanti. Kau tunggu sahaja , Hyuk.
Abang tak abang , kalau kau punya perangai takde guna akan aku jatuhkan hukuman setimpal juga.
"Yeon , aku-- TUNGGU !" matanya tiba tiba sahaja membulat membuatkan sebelah kening aku terjungkit memandangnya hairan.
"Se-sekarang dah pukul berapa ? A-aku ada kerja part time. A-aku mesti dah lambat !"
Sebaik menjelaskan begitu kepada aku , pantas dia melangkah pergi meninggalkan ruang tamu tanpa langsung menoleh untuk memandang ke arah aku dan Hyuk semula.
Aku memandang kelibatnya yang semakin menghilang sebelum pantas menoleh ke arah Hyuk yang memberikan pandangan sinis kepada aku. Senyuman nakalnya masih terpapar di wajah.
Seolah olah seronok melihat aku yang memberi pandangan membunuh kepadanya. Jika renungan aku mampu membunuh manusia , sudah pasti lelaki tak guna di hadapan aku ini akan mati dalam keadaan yang mengerikan.
Anak mataku mencerlung tajam anak matanya. Kalau kami tiada pertalian darah daging , sudah pasti aku bunuh sahaja dia.
"Kenapa ? Kau nak bunuh aku hanya sebab aku bagitahu dia tentang keluarga kita , huh ?" senyuman penuh kemenangan dia ukirkan. Seronok.
YOU ARE READING
𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkook
Bí ẩn / Giật gânhave you ever been so wildly attracted to someone that you can actually feel it driving you insane ? yes , him . the ordinary introverted young highschool boy , jeon jungkook . theres me , the only sweetheart who fell in love with his secret charms...