epilogue

396 48 35
                                    


- - -

[ 7 TAHUN KEMUDIAN ]

"6 orang lelaki dibunuh semuanya. Dalam cara yang begitu mengerikan dan selepas itu hati mereka dibuang keluar dari tubuh sendiri. Itu pattern kau bunuh orang , bukan ?"

Taehyung dengan cermin matanya merenung tepat ke dalam anak mata penjenayah bertatu di hadapannya. Memberi pandangan kosong kepada lelaki itu seolah dia langsung tidak menggeruni seorang pembunuh.

Memandangkan selama lelaki itu hidup , dia sudah bertemu dengan pelbagai psychopath di dalam dunia ini. Dan juga sejarahnya... dalam jatuh cinta dengan seorang gadis psychopath.

Bekerja sebagai seorang pendakwa raya bukan lah satu kerja yang sukar baginya. Memandangkan Kim Taehyung dinobatkan sebagai pendakwa raya termuda yang handal dalam menyelesaikan kesnya.

Berkat lelaki itu memperluaskan ilmunya dalam bidang psychology , Kim Taehyung dapat membaca fikiran setiap penjenayah. Walau dengan psychopath sendiri , lelaki itu berjaya psycho mereka sehingga mereka mengaku kalah dan mengakui jenayah mereka.

Kim Taehyung yang dahulu , bukan lagi lelaki lemah. Lelaki yang tak tahu apa perlu dia buat bila diberitahu gadis yang dicintainya mati bunuh diri.

Kebahagiaan yang dia cuba bantu gadis itu capai jadi sia sia.

"Pfftt... itu soalan atau kenyataan ?" lelaki itu menyoal sinis.

Laptop di hadapan tidak lagi menarik minat Taehyung tatkala mendengar balasan penjenayah di hadapannya. Dia merenung setiap reaksi lelaki di hadapannya , namun anehnya Taehyung tidak dapat membaca fikiran lelaki itu.

Sama seperti dahulu , Kim Taehyung tidak dapat membaca air muka dan memahami tingkah laku seorang gadis berambut merah jambu.

Laptop itu perlahan lahan ditutup lalu ditolaknya ke tepi. Kini , lebih jelas Taehyung dapat lihat wajah lelaki yang membunuh 6 orang lelaki dengan pattern yang cukup mengasyikkan.

Lelaki psychopath yang membunuh 6 orang lagi dengan cara yang begitu mengerikan.

"Aku tahu kita akan berjumpa juga satu har nanti. Tapi aku tak menyangkakan yang kita bakal berjumpa di sini sebagai seorang pendakwa dan seorang penjenayah...." perlahan senyuman sinis Taehyung ukirkan. "...Jeon Jungkook-sshi ?"

Jungkook tersenyum seraya mengangguk bagaikan bersetuju dengan apa yang kawan lamanya ungkapkan.

Jeon Jungkook.

Lelaki nerd dan pemalu kini berubah seratus peratus. Bertatu penuh di tangan hingga lengan kanannya. Rambut panjang diikat secara manbun. Seorang psychopath licik yang mempunyai rupa kacak.

"Kenapa kau tutup laptop ? Aku yakin kau masih tak dapatkan lagi pengakuan aku dalam pembunuhan tu , hm ?"

Taehyung hanya diam.

Tidak menghiraukan pertanyaan yang baru sahaja disoal oleh lelaki itu. Walaupun hakikatnya , Kim Taehyung tak bertugas untuk kendalikan kes Jeon Jungkook , pembunuh bersiri yang dikenali sebagai 'heart-hunter'.

"Aku tak mahu berkias kias lagi , aku hanya nak tahu apa motif kau bunuh 6 orang lelaki tu. Aku cuba untuk suaikan , apa corak dan kriteria mereka yang kau ambil untuk bunuh , tapi aku masih tak jumpa."

 𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkookWhere stories live. Discover now