CHAPTER SEVEN :
the bully who got me- - -
Keadaan bilik tersebut masih malap walaupun suasana ketika itu sudah pun pagi. Sudah menjadi kebiasan tuan empunya bilik untuk melarang pembantu rumahnya membuka langsir tingkap sebelum dia bangkit daripada tidur.
Namun cahaya matahari yang masuk menerobos melalui celahan langsir yang terbuka sedikit menerangi ruang bilik yang hanya dibekalkan dengan cahaya lampu kecil yang tersedia di dalam bilik tersebut.
Tubuh lelaki itu bergerak perlahan , melepaskan helaan nafasnya tatkala dia berada di ambang hendak bangkit daripada tidur lena. Sebelah matanya perlahan dibuka. Masih kabur.
Perlahan lahan kedua belah matanya dibuka. Dan di kala itu , buat seketika tangannya yang baru sahaja ingin diangkat untuk mengeliat terhenti. Menyedari sebelah tangan kirinya terasa sedikit berat.
Jungkook terkebil kebil.
Sedikit terkejut tatkala melihat kepala si gadis di hadapannya elok sahaja berbantalkan tangan kirinya. Kedua belah matanya masih terpejam rapat , lena dibuai mimpi.
Air liur ditelan kasar.
Entah kenapa tiba tiba sahaja dirinya terasa sedikit sukar untuk bernafas. Mengetahui bahawa gadis itu berada terlalu dekat dengannya sedikit sebanyak membuatkan dia tidak keruan. Mustahil dia boleh baring dalam keadaan tenteram di sebelah gadis itu.
Jeon Jungkook gugup. Bukan kerana ianya Lee Yeon , tetapi kerana dia... perempuan.
Memang sejak azali , lelaki itu tidak mahir bergaul bersama spesis jantina bertentangan dengannya. Menimbulkan satu perasaan takut dan gemuruh tatkala berada dekat dengan makhluk bergelar wanita.
"O-omma..."
Jungkook terdiam. Riak wajahnya berubah tatkala mendengar perkataan yang terbit di bibir gadis itu. Membuatkannya tidak jadi untuk bergerak menjauhi gadis itu dalam diam dan melangkah keluar dari bilik itu.
Wajah gadis itu diperhatikannya lembut. Dahinya sedikit berkerut dan mulutnya sedikit terbuka. Seperti ingin menyebut sesuatu namun sayangnya tiada sepatah perkataan yang keluar.
Jungkook masih memerhatikan wajah di hadapannya. Wajah gadis yang begitu tidak asing baginya. Selama ini dia hanya mampu memerhatikan wajah itu dalam diam sahaja di dalam kelas.
Langsung tak mengetahui dalam diam ketika dia tidak memandang , gadis itu juga turut memerhatikannya dalam diam.
Sungguh Jungkook tidak menyangkakan , gadis sepertinya akan mempunyai suatu perasaan istimewa terhadap lelaki sepertinya. Namun walau bagaimanapun , Jungkook tidak mahu memberikan apa apa kata putus.
YOU ARE READING
𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkook
Mistério / Suspensehave you ever been so wildly attracted to someone that you can actually feel it driving you insane ? yes , him . the ordinary introverted young highschool boy , jeon jungkook . theres me , the only sweetheart who fell in love with his secret charms...