35 | he know

199 40 23
                                    

CHAPTER THIRTY FIVE :he know

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CHAPTER THIRTY FIVE :
he know

- - -

Y E O N

"Kau nampak kucing tu ?" suara garau menyapa gegendang telinga gadis kecil itu.

Perlahan gadis kecil bermata kelabu mengangkat wajah , mendongak bagi memandang ke arah seorang lelaki bermata coklat yang lebih tinggi daripadanya. Siapa lagi jikalau bukan lelaki pertama yang membawanya masuk ke dalam dunia baru , harabeoji.

Satu satunya lelaki yang memeliharanya dan membawanya masuk ke dalam satu keluarga yang diciptanya. Bagi gadis kecil itu , lelaki di sebelahnya sudah diibaratkan seperti Tuhan , kerana mampu membantunya keluar dari kesusahan hidup.

Si gadis kecil bermata kelabu.

Dia tidak tahu apa namanya. Apa asal usulnya. Perkara yang gadis kecil itu tahu hanyalah dia dibuang oleh keluarganya. Gadis kecil berusia 4 tahun yang hanya menjadi objek deraan orang dewasa.

Lebam pada wajahnya juga masih segar memandangkan harabeoji menjumpai gadis itu ketika hujan , di kala si gadis kecil melarikan diri daripada rumah deraannya. Terlalu takut untuk menjadi objek pukulan mereka lagi.

Dan harabeoji menemuinya. Menghulurkan tangan , mengajaknya untuk mengubah hidupnya.

Nama Lee Yeon diberi.

"Nampak. Comel !" si kecil Lee Yeon tersenyum lebar menampakkan gigi comelnya.

Gadis kecil itu begitu sukakan anak kucing. Memandangkan haiwan itu merupakan haiwan yang comel. Dengan perwatakan periangnya dan penampilan rambut perang pendeknya , jelas sekali dia merupakan seorang kanak kanak perempuan yang comel.

"Kau yakin kau nak jadi sebahagian dari Keluarga Lee ?" soal harabeoji lagi , meminta kepastian buat kali terakhir.

"Nae !" Lee Yeon mengangguk laju.

Gadis kecil berusia 4 tahun itu hanya mahu bebaskan dirinya daripada diperlaku keji di rumah kedua orang tuanya. Omma dan appanya hanya menggunakan dia sebagai objek deraan. Memaki hamun anak kecil itu bagai dia tidak punyai perasaan.

Sejak dia lahir , Lee Yeon merasakan kelahirannya merupakan satu kesilapan besar. Sukar untuk gadis itu bernafas.

Jadi , Lee Yeon berharap dengan keputusan menyertai sebahagian daripada Keluarga Lee akan mengubah segalanya. Mengubah segala kesengsaraan yang dilaluinya. Dan memberikan dia harapn untuk bernafas dengan sempurna.

 𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkookWhere stories live. Discover now