22 | first love

245 49 56
                                    

CHAPTER TWENTY ONE :first love

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


CHAPTER TWENTY ONE :
first love

- - -

Jungkook menghentikan kedua belah kakinya tatkala tubuhnya berhenti betul betul di hadapan pintu masuk kediaman rumah milik Cheon Hanju. Sesekali dia cuba untuk memerhati ke dalam rumah gadis yang baru sahaja ditemuinya sebentar tadi.

Gelap.

Hanya beberapa lampu malap sahaja yang terpasang di dalam rumah itu.

"Dia dah masuk tidur ke ?" monolog Jungkook sendirian.

Masih dengan prinsipnya sebentar tadi ingin memastikan gadis itu selamat sampai di rumahnya , mata Jungkook tak henti meliar memerhatikan kediaman rumah Hanju. Memastikan sama ada adakah gadis itu berada di rumah ataupun tidak.

Lagipula , Jungkook tahu Hanju punyai seorang adik perempuan. Mungkin yang berada di dalam rumah ketika itu merupakan keluarganya yang lain namun Hanju masih belum tiba di kediaman rumahnya ?

"Aku patut call dia ke ?" monolog lelaki itu sendiri sekali lagi.

Telefon pintar yang tersimpan elok di dalam poket seluar perlahan dikeluarkan. Kediaman rumah gadis itu dipandang sekilas sebelum dia mula menumpukan perhatian terhadap teknologi canggih yang berada di tangannya.

"Tapi... dia akan angkat ke ? Entah entah dia dah tidur ke apa." Jungkook daripada tadi tak henti berbicara sendirian. Sesekali kepala yang gatal digaru perlahan.

Belum sempat dia ingin mendail nombor telefon Hanju , bunyi pinggan pecah seiring suara jeritan seorang wanita berbunyi kuat dari dalam kediaman rumah Hanju , membuatkan lelaki itu tersentak.

Refleks , Jungkook mengangkat wajahnya semula dan memandang ke arah rumah tersebut dengan pandangan terkejut. Dia yakin... dia baru sahaja dengar bunyi sesuatu pecah dan jeritan seseorang sebentar tadi.

Tapi , apa yang berlaku ?

Kerana terlampau ingin tahu , Jungkook mula melangkah menghampiri pagar tersebut. Tangannya mula ingin membuka pagar rumah milik gadis itu yang ternyata tidak berkunci.

"Yah," satu tangan entah datang dari mana menahan bahu Jungkook erat membuatkan lelaki itu pantas memusingkan wajah ke arah kanannya.

"Eo ?" kening Jungkook serentak terjungkit ke atas , melihat satu figura seorang lelaki yang cukup tidak asing di sebelahnya.

Kim Taehyung.

Jungkook mula mengerutkan dahinya. "Taehyung ? Apa yang kau..."

"Ikut aku. Ada sesuatu yang aku perlu bincangkan dengan kau , Jeon." ujarnya dengan nada suara mendatar.

Makin hairan Jungkook melihat lelaki di hadapannya. Pelbagai persoalan bermain di dalam benak fikiran lelaki itu. Bagaimana Taehyung boleh berada di situ ? Adakah kediaman rumahnya di kawasan itu juga ?

 𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkookWhere stories live. Discover now