8 | my fake gun

341 63 218
                                    

CHAPTER EIGHT :my fake gun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CHAPTER EIGHT :
my fake gun

- - -

"Jadi , budak lembap ni memang kelemahan kau rupanya pfftt..." Wonwoo tertawa kecil. Cukup tidak menyangkakan gadis yang ditakutinya itu mempunyai kelemahan seperti iti.

Adakah ini cinta ?

Mungkin ya , tapi terlalu sukar untuk percaya Lee Yeon mempunyai perasaan cinta terhadap pelajar paling lembap dan bongok di dalam sekolah mereka. Siapa sahaja yang akan jatuh cinta dengan seseorang seperti Jeon Jungkook ?

Buta. Fikir Wonwoo di dalam hati.

"So , macam mana kau nak aku belasah dia , jagiya ?" soal Wonwoo sinis , perlahan melangkah perlahan menghampiri Jungkook yang duduk melutut lemah di hadapannya.

Vernon sedang berdiri di sebelah Jungkook. Memerhatikan sahaja lelaki lemah itu , menunggu arahan daripada ketuanya untuk membelasah Jungkook.

Manakala Mingyu di seberang sana sedang mengawasi Lee Yeon yang berdiri tegak di sebelahnya. Leher gadis itu juga dirangkulnya perlahan , memberi pandangan penuh mengejek kepada gadis itu.

Lee Yeon tidak membuka mulut untuk membalas apa apa terhadap kata kata Wonwoo. Hanya memberikan pandangan tidak beremosi kepada lelaki itu. Tidak menunjukkan walau sekalipun perasaan gerun terhadap tiga pembuli tersebut.

"Kenapa ? Kau fikir kau boleh ugut aku macam haritu lagi , hm ?" Wonwoo tertawa sinis. "Well , mungkin aku bodoh tempoh hari sebab takut dengan perempuan sialan macam kau."

Gelak tawa sinis Wonwoo serta merta terhenti. Dia mengangkat wajahnya perlahan dan merenung tajam tepat ke dalam anak mata Lee Yeon. Memberikan pandangan penuh menakutkan , namun tidak bagi gadis itu.

"Anni. Aku tak pernah takut dengan perempuan sialan macam kau." renungan redup dia berikan.

Lee Yeon masih memerhatikannya dengan pandangan tidak beremosi. Langsung tidak terkesan walaupun Jeon Wonwoo memberikannya pandangan membunuh dan ancaman menakutkan.

Takut ? Benda tu tak tertulis di dalam kamus hidup Lee Yeon.

Selama dia hidup , buat pertama kali dan terakhirnya dia merasakan takut ketika umur 4 tahun. Dan selepas itu , dia tidak lagi merasakan perasaan hina tersebut.

Kerana... hanya manusia yang takut dan gerun dengannya. Bukan Lee Yeon.

"Kau ugut aku kerana budak lembap ni kan haritu ? Nampaknya kau memang betul betul sayang dengan dia , tak sangka pulak aku."

 𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkookWhere stories live. Discover now