CHAPTER TWENTY SEVEN :
pinky promise- - -
"A-apa...?" terkebil kebil Jungkook memandang seorang lelaki berbadan tegap di hadapannya itu.
Masih dengan reaksi tidak percaya akan apa yang baru sahaja lelaki itu beritahunya sebentar tadi. Hakikatnya lelaki yang menggelarnya sebagai Kim Bum juga merupakan salah seorang pihak atasan yang bertanggungjawab dalam menguruskan pemain baseball negara.
Dan kenyataan bahawa lelaki itu datang berjumpa Jeon Jungkook di sekolahnya sendiri untuk memberitahu lelaki itu bahawa dia ingin mengambil Jungkook sebagai pemain utama untuk pertandingan baseball yang akan diadakan pada bulan hadapan.
Sukar. Sangat sukar untuk Jungkook percaya.
"Ta-tapi macam mana ? Ma-macam mana encik boleh kenal saya dan macam mana encik boleh terfikir untuk recruit saya jadi pemain baseball negara ? Pe-pemain utama pulak tu." tergagap lelaki itu berbicara , masih sukar untuk percaya semuanya.
Kim Bum tersenyum kelat. "Ada cikgu sekolah kau ni dah perhati kau lama. Dan dia bagitau aku yang kau ada potensi."
"Ta-tapi..." terkedip kedip mata jernih Jungkook. "Sa-saya tak pernah main baseball kat sekolah dan kenapa... pemain utama ?"
Kim Bum tertawa kecil. "Kau nak reject offer aku ke ? Kalau kau tak nak , takpe. Aku bo-"
"Sa-saya nak !" disebabkan terlalu teruja , tidak menyedari dirinya terucap dengan begitu kuat sekali membuatkan beberapa pelajar lalu lalang memandang mereka berdua pelik.
Menyedari kesilapannya , mata Jungkook membulat. Pantas kedua tangannya menekup mulutnya tanda terkejut. Kim Bum di hadapan hanya tertawa kecil melihat reaksi comel dari seketul Jeon Jungkook.
"Nah." sekeping business card dihulurkan kepada Jungkook. "Nanti lepas habis sekolah call number tu. Akan ada driver ambil kau nanti dia bawak kau terus ke pusat latihan."
"N-nae ?" kening Jungkook terangkat , masih tidak percaya.
"Yes kid , pertandingan bulan depan. Sudah pasti kau kena terus berlatih sungguh sungguh. Kat sana nanti aku kasi borang semua so kau bole sign kat sana." sebelah mata sengaja dikenyit ke arah Jungkook yang masih memandangnya terpinga pinga.
"Okay , gotta go now. Kau pun ada kelas kan nanti ? So apa apa jumpa aku kat pusat latihan habis sekolah nanti." bahu Jungkook ditepuk dua kali seraya tersenyum.
Lelaki berbadan tegap itu mula melangkah pergi meninggalkan Jungkook yang masih tercegat sambil kedua tangannya masih tidak melepaskan business card yang baru sahaja diberikan oleh Kim Bum sebentar tadi.
YOU ARE READING
𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkook
Misteri / Thrillerhave you ever been so wildly attracted to someone that you can actually feel it driving you insane ? yes , him . the ordinary introverted young highschool boy , jeon jungkook . theres me , the only sweetheart who fell in love with his secret charms...