13 | bedtime story

276 52 74
                                    

CHAPTER THIRTEEN :bedtime story

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CHAPTER THIRTEEN :
bedtime story

- - -

J U N G  K O O K

Aku menolehkan kepala ke kiri dan ke kanan. Mata meliar memandang sekeliling mencari di mana sahaja kelibat gadis berambut merah jambu yang tak asing bagiku. Sudah 15 minit aku tunggu , namun keputusannya tetap menghampakan.

Lee Yeon tiada.

Dia kata , dia stalker aku. Dan dia sendiri cakap yang dia akan sentiasa perhatikan aku dari jauh dekat luar kedai. Sejak dari aku masuk bekerja tadi sampai sekarang , aku tak nampak pun kelibat dia.

"Eo ? Jungkook ? Tak balik lagi ke ? Dah lewat dah ni." seseorang menyapa aku dari belakang membuatkan aku refleks memusingkan tubuh menghadap ke belakang.

Tatkala melihat wajah senior tempat kerjaku menghiasi pandangan mata , senyuman manis pantas aku hadiahkan kepadanya seraya menunduk hormat sebagai junior di tempat kerja kepadanya.

"Eo hyung."

"Dah nak pukul 3:30 pagi dah ni. Tak nak pulang ke rumah ke ?" soalnya sambil sebelah kening diangkat ke atas memandangku pelik.

Aku tersenyum. "Ya , ya , saya baru nak balik."

"Nak aku hantarkan kau balik ke rumah ke ? Suasana malam ni pun sejuk karang kau demam pulak tak pasal pasal tak dapat datang kerja nanti."

Mendengarkan pelawaan lelaki tua lima tahun daripadaku itu , aku terus menggeleng laju seraya menggoyangkan kedua belah tangan paras bahu di hadapan wajah lelaki itu sebagai tanda tidak.

"Takpe takpe , lagipun rumah saya dekat dekat sini je. Saya boleh balik sendiri. Hyung balik lah ke rumah , hyung mesti penat." senyuman aku lemparkan kepadanya membuatkan dia tertawa.

"Nae. Hati hati pulang ke rumah tau." ujarnya lembut seraya menepuk bahuku perlahan sebelum mengatur langkah pergi meninggalkan aku seorang diri di hadapan kedai tersebut.

Aku tersenyum.

Perlahan aku memusingkan kepala ke sekeliling kembali , sepasang mata milikku masih bekerja keras meliar ke sekeliling memastikan sama ada kelibat gadis yang aku cari ada ataupun tidak di situ.

Entah mengapa , tatkala menyedari gadis itu tiada berhampiran untuk memerhatikan gerak geri aku , aku sedikit kecewa. Dah kenapa pulak aku nak kecewa sedangkan diperhatikan stalker begitu cukup menakutkan ?

Aku tertawa kecil. "Mungkin sejak berkawan dengan dia , aku pun dah terikut tak normal sekali." kepala aku digeleng perlahan sebelum kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodie.

Sebaik sahaja berputus asa mencari kelibat gadis itu , aku terus mengatur langkah meninggalkan kawasan kedai tempat aku kerja. Melangkah pergi untuk pulang ke rumah.

 𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkookWhere stories live. Discover now