23 | dreams come true

223 46 38
                                    

CHAPTER TWENTY THREE :dreams come true

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



CHAPTER TWENTY THREE :
dreams come true

- - -

"Eo ? Hanju tak hadir ?" Miss Choi menyoal dengan kerutan di dahi , memandang hairan seisi kelasnya.

Mereka hanya memandang satu sama lain , bertanya kepada rakan sendiri sama ada mereka tahu ataupun tidak punca utama gadis rajin itu tidak menghadirkan dirinya ke sekolah pada hari ini. Namun malangnya , tiada seorang yang tahu.

Mungkin kita patut ketepikan seorang gadis-

Jungkook yang mengantuk terus menjadi segar bugar tatkala mendengar nama Hanju disebut. Refleks , dia menoleh , memandang ke arah tempat duduk Hanju yang berada di bahagian hadapan.

"Eo... aku baru perasan dia tak hadir." monolog Jungkook sendiri , menimbulkan tanda tanya di dalam mindanya.

Mungkin disebabkan terlalu mengantuk tidak cukup tidur malam semalam membuatkannya dia tidak dapat tumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas. Mungkin disebabkan itu juga lah , dia tidak menyedari Hanju yang kini tiada di dalam kelas.

"Hmm... pelik. Dia tak pernah tak hadir. Mungkin ada urgent situation kot." Miss Choi mengumam perlahan sendirian.

Disebabkan tidak mahu menghabiskan waktu kelasnya hanya tertanya tanya tentang kehadiran gadis berupa dewi itu , Miss Choi terus menyambung pelajarannya yang tergendala sebentar tadi.

Walaupun masih tertanya , namun diketepikan sahaja perasaan ingin tahunya itu. Mungkin gadis itu akan memaklumkan kepadanya nanti. Lagipula , gadis itu mana pernah buat masalah seperti ini.

"Okay , kita sambung pelajaran kita..."

Gadis berambut merah jambu itu hanya memandang kosong ke arah tempat duduk seorang pelajar yang kini kosong tiada tuan. Teringatkan semula detik detik indah yang dilaluinya bersama gadis itu malam semalam.

Malam yang cukup bersejarah.

Tanpa dia sedar , senyumannya melebar. Ketawa seronok di dalam hati dengan hakikat gadis itu tidak mampu menghadirkan dirinya ke sekolah pada hari ini. Sayangnya , satu kelas dah mula merinduinya.

"Nampaknya... pengajaran yang aku beri semalam ada kelebihannya juga."

- - -

Kelas gym.

Pelajar perempuan dan lelaki diasingkan. Pelajar perempuan bermain bola beracun di padang yang sudah disediakan manakala pelajar lelaki pula bermain sofbol di sebelah padang yang digunakan pelajar perempuan.

 𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkookWhere stories live. Discover now