have you ever been so wildly attracted to someone that you can actually feel it driving you insane ?
yes , him .
the ordinary introverted young highschool boy , jeon jungkook .
theres me , the only sweetheart who fell in love with his secret charms...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CHAPTER TWENTY FIVE : baseball player
- - -
Bunyi muzik bingit memenuhi ruang kelab malam. Membuatkan para pelanggan yang hadir pada malam itu menari bagai nak gila. Melepaskan tekanan hidup yang mereka hadapi dan meneguk alcohol sehingga muntah bagaikan tiada hari esok.
Memandangkan kelab malam itu merupakan antara salah satu kelab malam yang tersohor di Itaewon , ramai tetamu yang hadir pada malam itu seperti biasa. Berfoya foya tidak kira perempuan mahupun lelaki.
Namun mereka yang dibenarkan hadir ke dalam kelab malam itu punya syaratnya. Hanya mereka yang mempunyai rupa kacak dan jelita sahaja dibenarkan masuk. Tidak sesekali pegawai pintu masuk membenarkan mereka yang tiada rupa hadirkan diri.
Dan itu juga lah sebab utama kelab malam itu cukup terkenal sebagai tempat mencari pasangan bermalam.
Seorang lelaki berbadan tegap yang tubuhnya tersarung elok suit berwarna hitam berjalan penuh karisma menuju ke sebuah koridor yang diasingkan dari banjiran ramai pelanggan menari di bahagian dance floor.
Memandangkan koridor tingkat ketiga itu merupakan kawasan mereka yang bertarafkan VVIP , tidak ada seorang pun yang boleh sesuka hati lalu lalang di ruangan tersebut. Padah akibatnya nanti jikalau sengaja cari pasal.
Langkah lelaki berbadan tegap itu berhenti betul betul di hadapan sebuah pintu. Terdapat dua orang lelaki botak berbadan gempal rupanya tak ubah seperti pegawai di pusat penjara banduan. Perlahan lelaki itu menoleh sekilas memandang kedua pegawai tersebut.
"She's in there ?" soalnya dengan sengihan nakal. Wajah penuh playboy melekat pada rupa tampannya.
Kedua pegawai itu hanya menayang pandangan ketat. Langsung tidak menoleh untuk bertentang mata dengan lelaki bersuit hitam di hadapan mereka. Memang mereka sudah diajar untuk berkelakuan begitu sepanjang bekerja di kelab malam tersebut.
Menyedari dirinya diabaikan , lelaki itu berdecit sinis. Tak menghiraukan mereka berdua , pantas sahaja dia menolak daun pintu utama untuk melangkah masuk ke dalam bilik itu bagi bertemu dengan tetamu istimewanya.
Seorang gadis berpakaian cukup mewah sedang duduk elok bersilangkan kakinya di atas sofa lembut yang disediakan. Dengan dress glitter berwarna emas yang tersarung pada tubuh idealnya bersama rambut merah jambu yang diikat comel.
Gadis bermata kelabu asli.
Melihatkan tetamu kehormatnya , pantas lelaki itu mengukirkan senyuman manis. Bagaikan sedang menyambut seorang puteri bangsa , dia mula menunduk hormat dalam gaya yang cukup mengasyikkan.