have you ever been so wildly attracted to someone that you can actually feel it driving you insane ?
yes , him .
the ordinary introverted young highschool boy , jeon jungkook .
theres me , the only sweetheart who fell in love with his secret charms...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CHAPTER ONE : desperate apologize
- - -
J U N G K O O K
Aku termenung , memerhatikan pemandangan di luar tingkap. Memandangkan tempat duduk aku terletak di penjuru belakang sebelah tingkap , sukar bagi aku untuk beri perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran sendiri.
Lagipula , sekarang waktu subjek bahasa. Mr. Jung pun mengajar macam tengah cakap dengan diri sendiri , memang aku rasa bosan lah dengar.
Tapi kalau aku tidur waktu dia mengajar , nampak macam biadap sangat pula. Jadi , aku akan buat apa apa sahaja waktu kelas dia untuk hilangkan rasa ngantuk.
At least aku tak tidur walaupun tak fokus , kan ?
Tangan aku perlahan dimasukkan ke bawah meja , terkapai kapai mencari buku istimewa aku. Buat seketika , gerakan tangan aku terhenti.
"Ah , aku hampir terlupa."
Diary aku.
Mungkin nampak pelik bila lelaki macam aku ni gemar menulis diary. Selalunya yang tulis diary ni perempuan je , jarang lah nak jumpa lelaki kan ?
Tapi nak buat macama mana , disebabkan aku takde kawan jadi aku luahkan semua perasaan dan rahsia aku dekat dalam buku.
Aku melepaskan keluhan perlahan.
Dan aku hampir terlupa diary kesayangan aku dah hilang hampir seminggu. Aku tak tahu macam mana dan bila diary aku tu hilang , tapi tau tau je dah takde dah.
Sudah lah buku tu buku kegemaran aku , bila dah hilang ni mood nak menulis aku terus berdesup hilang sekali. Rosak mood betul.
Aku perlahan mengangkat wajah , tatkala aku mengangkat wajah mata aku tiba tiba sahaja bertembung dengan sepasang mata kelabu milik seorang gadis.
Aku tersentak.
Sepasang mata kelabu.
Hanya gadis itu sahaja mempunyai keganjilan seperti itu , tak lain tak bukan jika ianya merupakan Lee Yeon. Salah seorang rakan kelas aku yang mempunyai personaliti yang pelik.
Disebabkan keganjilannya , dia juga tidak punyai kawan seperti aku. Dan budak budak sekolah panggil dia psychopath. Kerana perwatakan dia... terlalu diluar jangkaan.
Terkebil kebil aku memandangnya.
Lee Yeon sahaja satu satunya pelajar yang ramai takuti. Dia mempunyai sepasang mata kelabu asli. Bukannya pakai contact lense mahupun membuat pembedahan mata.