21 | death threat

227 44 35
                                    

CHAPTER TWENTY ONE :death threat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CHAPTER TWENTY ONE :
death threat

- - -

"Haih..." Jungkook melepaskan keluhan berat seraya kedua dua langkahnya serta merta terhenti.

Kawasan di sekelilingnya masih sunyi sepi memandangkan kini dia sudah berada hampir dengan kawasan perumahannya , sudah pasti jiran jirannya sudah selamat ke alam mimpi. Buat apa pula mereka berjaga sampai pukul 4 pagi , kan ?

Jungkook memusingkan perlahan tubuhnya ke belakang , memandang risau ke arah jalan raya di belakangnya yang ternyata kosong tanpa sesiapa mahupun kenderaan yang lalu lalang pada ketika itu.

Lelaki itu sedang membayangkan figura gadis yang baru sahaja ditemuinya sebentar tadi di tempat kerja sambilannya , ternyata jauh di sudut hati lelaki itu , dia menyesal melontarkan segala kata kata yang tidak dijangkakan kepada gadis itu.

Lagipula , Hanju tidak bersalah.

Jungkook sendiri tahu , dia tidak mampu membuatkan seseorang berhenti membenci seseorang. Jadi , dia sedia tahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang hak untuk menghentikan perasaan benci Hanju terhadap Lee Yeon.

Namun entah mengapa , tatkala mendengar seseorang menghukum personaliti gadis bermata kelabu itu tanpa mengenali dirinya terlebih dahulu membuatkan Jungkook bertindak di luar kawalan. Bukan seperti dirinya untuk memarahi orang lain hanya kerana seorang perempuan.

Tapi Lee Yeon , bukan hanya sekadar seorang perempuan baginya.

"Aku tak patut biarkan dia balik seorang diri." masih dengan perasaan risau di dalam hatinya , dia menggigit bibir bawah.

Menjadi sifat keperibadian bagi seorang Jeon Jungkook untuk mengambil berat tentang orang lain berbanding dirinya , lelaki itu terasa begitu seriau dengan tindakan melulunya untuk meninggalkan gadis itu balik seorang diri.

Lagipula , sudah lewat malam. Dan bahaya untuk seorang gadis pulang ke rumah seorang diri di kala waktu sebegini.

Jungkook juga manusia normal. Dia tidak sanggup melihat seorang gadis dalam bahaya kerananya. Lagipun , Jungkook terasa bagaikan ianya salah dirinya kerana membuatkan gadis itu bertindak pulang ke rumah lewat malam.

Jungkook melepaskan keluhan berat seraya memejam matanya rapat. Tali beg yang tersarung di sebelah bahu dipegang erat sebelum dia merenung dalam ke arah jalan raya kosong di hadapannya ketika itu.

"Aku tak sedap hati."

Bibir bawahnya digigit.

 𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkookWhere stories live. Discover now