10 | thank you kiss

356 59 224
                                    

CHAPTER TEN :thank you kiss

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CHAPTER TEN :
thank you kiss

- - -

Jungkook melepaskan keluhan beratnya.

Sesekali telefon pintar yang dipegang itu diperhatikan skrinnya. Melihat semula nombor contact yang tertera di skrin telefon. Nombor yang baru sahaja dia simpan di dalam telefon petang tadi.

Nombor perempuan yang menyukainya , Lee Yeon.

Jungkook melepaskan keluhan berat sekali lagi. Dia mendongak sebentar ke atas seraya memejam matanya rapat. Sesekali tali beg sandang yang disarung di sebelah bahunya dipegang erat.

Tepat pukul 3 pagi , shift part time jobnya sudah pun berakhir. Dan kini dia sedang berdiri tercegat di hadapan kedai tersebut. Sepatutnya , memang dia harus pulang ke rumah namun entah mengapa dia masih tercegat di situ.

Sepanjang kerjanya sebentar tadi , dia tidak dapat menumpukan perhatian. Dari pagi sehingga lah sekarang , dia tidak dapat membuang segala peristiwa dan pertanyaan yang bermain di dalam fikirannya.

Semuanya berkenaan gadis itu.

Pertemuan tak dijangkakan bersama Lee Yeon baru sahaja buat Jungkook namun entah kenapa...  dengan membiarkan sahaja gadis itu seperti itu tanpa mengucapkan terima kasih kepadanya membuatkan lelaki itu tak senang duduk.

Jungkook akuinya , gadis itu memang mempunyai personaliti menakutkan dan pelik. Namun dia tidak perlu judge baik buruk gadis itu hanya kerana personalititnya. Itu bukan lah sesuatu perkara baik yang perlu dia lakukan.

Lagipula... Jungkook pasti akan satu perkara selepas apa yang berlaku.

"Dia betul betul sukakan aku." monolognya perlahan pada diri sendiri.

Perlahan dia melepaskan keluhan berat. Sejak dari tadi tercegat di situ bersama telefonnya. Berfikiran ingin menelefon gadis itu namun takkan lah dia nak call Lee Yeon pada waktu begini ? Sudah pasti gadis itu sedang tidur !

Tapi Jungkook semakin rasa tidak tenang selagi tidak berterima kasih untuk segalanya kepada gadis itu.

"Huwargh !" menyedari dirinya terjerit kuat , pantas Jungkook menekup mulutnya dengan sebelah tangan.

Sesekali dia memandang sekeliling , memerhatikan sama ada adakah orang sedang melihatnya dengan pandangan serong. Hakikatnya bahawa pada 3 pagi ini masih ramai yang berkeliaran di luar rumah.

Mata Jungkook membulat besar tatkala menyedari telefonnya sudah pun mendail nombor Lee Yeon. Kerana terlalu kelam kabut , pantas lelaki itu menekan semula butang putus panggilan.

 𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkookWhere stories live. Discover now