19 | cat lover

244 50 48
                                    

CHAPTER NINETEEN :cat lover

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CHAPTER NINETEEN :
cat lover

- - -

"Shet , susah siyel test chem tadi."

Desas desus pelajar kelas alpha mula kedengaran. Ada yang merungut kerana tersilap jawab , ada yang sibuk nak bandingkan jawapan bersama rakannya dan ada jugak yang redha tahap gaban nak fokus akhirat je lepasni.

Lee Yeon perlahan memusingkan wajahnya ke tepi , memandang tepat ke arah figura lelaki berambut hitam yang sedang memeriksa semula buku teks. Melihat sama ada jawapan yang ditandanya sebentar tadi betul ataupun tidak.

Sesekali , wajah cemberut lelaki itu tayang. Kecewa tatkala menyedari jawapan yang ditandanya salah sama sekali. Bagaimana pula lelaki itu boleh lupa tentang ujian mengejut yang diadakan pada hari ini ?

Jikalau tidak , sudah pasti Jungkook dah study awal awal.

Melihatkan riak wajah lelaki itu , gadis berambut merah jambu itu tertawa kecil. Merehatkan dagunya di atas telapak tangan sambil mata dari tadi tak lepas memerhatikan reaksi bermacam yang dipaparkan di wajah Jeon Jungkook ,

yang kini merupakan teman lelakinya.

Lee Yeon langsung tidak menghiraukan tentang ujian mengejut sebentar tadi. Walaupun tidak mengulang kaji subjek itu , dan hentam sahaja jawapan , markah gadis bermata kelabu itu tetap sama.

Seratus peratus. Tetap sama bagi setiap subjek.

"Lee Yeon."

Tumpuan gadis itu terganggu tatkala figura seorang lelaki tiba tiba sahaja berhenti di hadapannya menyebabkan pandangannya ke arah Jeon Jungkook di seberang sana terhalang.

Berang dengan apa yang berlaku , gadis itu pantas mendongak ke atas , memberi renungan maut ke arah lelaki tinggi yang sedang merenung wajahnya dengan pandangan redup , Kim Taehyung.

"Apa kau nak ?" soal gadis itu kasar , langsung tidak mengambil peduli lelaki kacak di hadapannya.

"Izinkan aku temankan kau pulang dari sekolah harini." ujarnya tenang , masih dengan pandangan redup diberikan kepada gadis itu.

Lee Yeon tertawa sinis. Memandang wajah Taehyung dengan pandangan biar betul. "Kenapa ? Kau fikir aku ni miskin sangat takde driver sendiri ke , hm ?"

Pandangan Taehyung masih sama. Tidak sedetik pun berubah.

"Ada sesuatu yang aku nak cakap dengan kau." ujarnya dengan nada suara mendatar.

 𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkookWhere stories live. Discover now