CHAPTER THIRTY THREE :
happy birthday- - -
Perlahan kelopak mata Lee Yeon terbuka. Masih separa mamai , dia menenyeh kedua belah matanya buat seketika. Cuba untuk membetulkan pandangannya yang terasa agak kabur pada ketika itu. Rambut panjang merah jambunya juga ditolak ke tepi tatkala hampir menutupi kesemua wajahnya.
"Urgh..." sisi kepala dipegang erat tatkala dia mengubah posisi baring ke duduk di atas katil. Kedua belah mata dipejam rapat seraya mengerutkan dahinya.
"Aku minum banyak sangat ke semalam..." Lee Yeon mengurut pelipisnya dengan kedua belah tangan.
Nasib sahaja hari ini cuti sekolah. Jika tidak , memang alamatnya tak ke sekolah la gadis itu. Tak menghadirkan diri ke sekolah , tidak menjadi masalah buat Lee Yeon. Yang menjadi masalahnya apabila gadis itu tidak dapat mengusha Jungkook !
"Eo ? Aku kat mana..." dahinya berkerut , memandang sekeliling dengan penuh tanda tanya.
Tatkala pandangannya sudah stabil , Lee Yeon cuba sedaya upaya untuk mengecam persekitaran bilik lelaki yang dia tiduri itu. Kelihatan seperti tidak asing sahaja bilik ini tapi bilik siapa ya...
"Shit. Ni bukan bilik Jungkook ke ?" membulat besar mata Lee Yeon. Pantas dia memandang sekeliling dengan cemas.
Menyedari pakaian yang tersarung pada tubuhnya masih kekal di tubuh badannya , dia menghela nafas lega. Walau bagaimanapun , Lee Yeon yakin Jeon Jungkook tidak akan mengapa apakan dia. Lagipula , lelaki itu nak pegang perempuan pun takut.
Perlahan Lee Yeon turun dari katil , mengatur langkahnya perlahan menuju ke pintu utama bilik tidur tersebut. Daun pintu dibuka perlahan. Dengan celahan pintu yang dibuka , dia menggunakan kesempatan itu untuk mencuri curi lihat keadaan di luar.
Lee Yeon tersenyum.
Kelihatan Jungkook sedang memasak sesuatu di dapur. Dengan apron kucing berwarne beige yang tersarung pada tubuhnya. Rambut hitamnya juga kelihatan tercacak tidak disikat , nampak sangat bangun bangun tidur terus pi memasak.
Lee Yeon terus berlari keluar dari bilik tidur , berlari menghampiri Jungkook yang sedang sibuk memasak dan berakhir dengan memeluk belakang Jungkook membuatkan lelaki itu hampir sahaja termelatah kerana terkejut.
"Y-Yeon ! Na-nasib baik aku takde heart attack tau." Jungkook mengeluh perlahan , dadanya diurut perlahan.
Gadis berambut merah jambu dengan hairstyle messy bunnya itu hanya tertawa kecil. Pelukan dari belakang yang diberi kepada Jungkook semakin dieratkan lagi. Masakan Jungkook yang hampir siap itu diperhati buat seketika.
YOU ARE READING
𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkook
Misterio / Suspensohave you ever been so wildly attracted to someone that you can actually feel it driving you insane ? yes , him . the ordinary introverted young highschool boy , jeon jungkook . theres me , the only sweetheart who fell in love with his secret charms...