CHAPTER TWENTY SEVEN :
destroy her- - -
Taehyung berjalan seorang diri , langkahnya elok sahaja diaturkan menuju ke Kim's Mansion. Satu satunya kediamannya di negara ini. Memandangkan dia pulang ke tanah air hanya sendirian , kediaman itu menjadi hak miliknya seratus peratus.
Bagaikan mana mana drama cliche , lelaki kacak dan sempurna sepertinya pasti tinggal sendirian di dalam rumah yang besar dan indah seperti itu. Dia merupakan seorang cucu jutawan bukannya saja saja. Sudah pasti dia mempunyai kekayaan yang tiada seorang mampu tandingi.
Langkah Taehyung terhenti.
Belum sempat dia menghampiri hadapan pintu pagar perkarangan rumah besarnya , dia sudah menghentikan langkah terlebih dahulu. Tatkala sepasang mata coklatnya menangkap satu figura gadis asing di hadapan pintu pagar rumahnya.
Gadis berambut hitam paras bahu yang sedang tercegat berdiri di hadapan pagar rumahnya. Masih lengkap dengan pakaian pesakit berwarna putih tersarung di tubuhnya. Cardigan hitam yang tersarung tidak mampu menyembunyikan hakikat dia baru lari dari hospital.
Sebelah tali beg sekolahnya yang tersarung di sebelah bahu dipegang erat manakala sebelah tangannya pula masih elok diseluk ke dalam poket seluar sekolahnya. Sebelah kening dijungkitkan ke atas , memandang entiti asing itu penuh curiga.
Dia... tidak pernah bertemu dengan gadis itu. Siapakah dia ?
Malas ingin berteka teki dengan mindanya sendiri , Taehyung terus melangkah menghampiri gadis itu membuatkan gadis berambut hitam paras bahu tersebut pantas menoleh memandangnya dengan matanya yang bersinar. Bersyukur dengan kehadiran lelaki itu.
Taehyung masih dengan pandangan curiganya. "Kau siapa ?"
"T-Taehyung..." gadis itu memejam matanya rapat seraya kedua belah tangan digenggam erat.
Cuaca sejuk di luar sungguh membuatkan tubuh gadis itu menggigil tak henti. Lagipula sudah berjam jam gadis itu berdiri tercegat menunggu tuan rumah itu pulang ke rumah di dalam suasana sejuk.
Taehyung mengerutkan dahinya. Memandang gadis itu tiada minat. "Aku tanya kau , siapa kau ?" tegas suaranya bertanya.
"Ha-Hanju. Che-Cheon Hanju."
"Siapa ? Aku tak rasa aku kenal mana mana perempuan bernama Hanju. Kau siapa ? Harabeoji yang hantar kau ke sini ke ?" pandangan ketat Taehyung berikan.
"A-anniya." Hanju menggeleng perlahan seraya menunduk wajahnya. Seluruh tubuhnya masih menggigil kesejukan. "A-aku rakan sekelas dengan kau. De-dekat sekolah baru kau."
YOU ARE READING
𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkook
Bí ẩn / Giật gânhave you ever been so wildly attracted to someone that you can actually feel it driving you insane ? yes , him . the ordinary introverted young highschool boy , jeon jungkook . theres me , the only sweetheart who fell in love with his secret charms...