CHAPTER TWENTY :
you don't know her- - -
"ARRRGGGHHH !"
Darah pekat berwarna merah terpancut mengenai kulit wajahnya , namun langsung dihiraukan. Malahan , membuatkan gadis berambut merah jambu itu semakin tertawa kuat. Semakin seronok melihat betapa sengsara mangsanya ketika itu.
Pelajar lelaki yang sudah terbaring lemah di atas tanah itu langsung tidak berupaya bangkit dan melarikan diri daripada gadis yang sudah pun duduk betul betul di atas bahagian perutnya , menahan tubuhnya dari bangkit berdiri.
Budak lelaki itu memejam matanya rapat sambil menggeleng laju kepalanya , air mata mengalir deras membasahi pipinya. Walau dia cuba sedaya untuk jerit dan meminta tolong , tidak mampu lagi ketika itu.
Kerana setiap kali dia menjerit , satu jarinya akan terputus. Dicabut kuat menggunakan playar yang entah dari mana datanganya di kawasan lorong yang agak tersembunyi itu.
"Itu lah... kau sepatutnya biarkan anak kucing tu hidup dengan aman. Yang kau gatal nak kacau dia kenapa ? Tengok sekarang , Tuhan dah balas perbuatan kau." kata katanya diakhiri dengan gelak tawa halus.
Makin puas gadis itu melihat mangsanya yang lemah di hadapan. Bahagian mulutnya sudah berlumuran darah tatkala gadis itu cuba mengoyakkan bahagian mulutnya sehingga ke telinga.
Kenapa gadis itu bertindak begitu ? Ianya hanya kerana seekor anak kucing. Kerana Jeon Jungkook merupakan pencinta kucing.
"Y-Yeon , sudah ! Kau nak orang datang sini lepastu nampak kau dan laporkan dekat pihak polis ke ?!" tegas suara Taehyung memarahi gadis itu.
Riak wajahnya sudah pucat , cuak. Takut takut jikalau ada yang melihat mereka di situ dan melaporkan apa yang disaksinya kepada pihak polis. Dia tidak mahu namanya bakal buruk kerana melakukan perkara seperti ini secara terbuka !
"Kau tahu tak , budak lagi dua orang tu dah nampak muka kau ?!" marah Taehyung lagi , riak wajahnya masih takut.
Lee Yeon tertawa kecil. Tangannya pantas menarik tali leher milik lelaki itu kuat membuatkan Taehyung yang tadinya berdiri tertarik ke bawah sehingga dia terjatuh di atas tanah.
Tali leher yang ditarik membuatkan wajahnya tertarik dekat menghampiri wajah gadis bermata kelabu itu. Terkebil kebil Taehyung melihat wajah gadis itu , menelan liurnya gugup yang terasa agak pahit dan kasar di bahagian kerongkong.
"Kenapa ? Kau takut ke , Tae ?" soal gadis itu sinis. Tangannya yang sudah berlumuran darah menyentuh perlahan pipi lelaki itu lembut.
YOU ARE READING
𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkook
Misterio / Suspensohave you ever been so wildly attracted to someone that you can actually feel it driving you insane ? yes , him . the ordinary introverted young highschool boy , jeon jungkook . theres me , the only sweetheart who fell in love with his secret charms...