CHAPTER THIRTY TWO :
everything gonna be alright- - -
Taehyung meletakkan segelas wine anggur di atas meja. Sepasang matanya masih setia menatap skrin telefon. Daripada tadi lelaki itu cuba untuk hack system portal sekolah untuk membuang segala news dan comment berkenaan Lee Yeon.
Buat seketika jarinya yang sibuk menaip terhenti.
"A-aku cuma... rindukan diorang sangat sangat."
Hakikatnya , dia dengar dan lihat apa yang terjadi di antara Jungkook dan Lee Yeon di laluan koridor bilik guru. Namun walaupun lelaki itu melihat dengan sepasang mata coklatnya sendiri betapa kasihnya Lee Yeon terhadap Jungkook , Taehyung langsung tidak terfikir untuk menganggu moment mereka.
Hanya menyandarkan belakang badannya di dinding , tersenyum puas membiarkan mereka berkongsi kesedihan bersama sama. Cemburu ? Tak. Kim Taehyung tidak cemburu. Walaupun melihat gadis yang dicintainya bersama lelaki lain.
Kerana Kim Taehyung hanya mahukan kebahagiaan untuk Lee Yeon.
Lelaki itu tahu , dia bukanlah punca kebahagiaan gadis itu jadi Taehyung biarkan dan lepaskan Lee Yeon bersama Jungkook memandangkan lelaki lemah itu merupakan punca gadis itu tersenyum dan tertawa gembira.
Buat pertama kali , senyuman dan gelak tawa Lee Yeon kedengaran begitu ikhlas tatkala bersama Jeon Jungkook. Bukannya kebahagiaan yang dibuat buat. Namun ianya ikhlas dan jujur. Kebahagiaan Lee Yeon terlihat jujur di mata Taehyung.
Dan Kim Taehyung bersyukur , Jeon Jungkook tidak melepaskan Lee Yeon dan memandang gadis itu jijik walaupun kini sudah mengetahui rupa jelita gadis itu hanya plastik.
Ting ! Tong !
Wajah Taehyung diangkat ke atas , memandang hairan di laluan hadapannya. Tidak menyangkakan dia akan menerima tetamu pada waktu waktu sebegini. Namun , kedua langkahnya pantas sahaja diaturkan menuju ke arah pintu utama Kim's Mansion.
"Lee ?" Taehyung mengerutkan dahinya. Memandang pelik ke arah gadis berambut merah jambu di hadapannya.
Lee Yeon tidak mengungkapkan apa apa , pantas sahaja gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah Taehyung lalu mengatur langkahnya menuju ke arah dapur milik lelaki itu bagaikan ini bukan kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah lelaki bujang itu.
Taehyung tidak menghalau. Pantas mengekori Lee Yeon yang kini sudah duduk di meja makan mewah milik Taehyung. Menuangkan wine anggur ke dalam gelas kaca yang kosong untuk diminum.
YOU ARE READING
𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkook
Misterio / Suspensohave you ever been so wildly attracted to someone that you can actually feel it driving you insane ? yes , him . the ordinary introverted young highschool boy , jeon jungkook . theres me , the only sweetheart who fell in love with his secret charms...