have you ever been so wildly attracted to someone that you can actually feel it driving you insane ?
yes , him .
the ordinary introverted young highschool boy , jeon jungkook .
theres me , the only sweetheart who fell in love with his secret charms...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CHAPTER TWELVE : family gathering
- - -
"Kau... okay ?"
Mendengarkan soalan itu , pantas Lee Yeon memusingkan wajahnya , menatap wajah Jeon Jungkook lembut. Namun lelaki itu tidak membalas pandangannya , hanya setia menundukkan kepala ke bawah , malu bertentang mata.
Hampir 15 minit mereka berdiam diri dan sekarang baru lelaki itu ingin mengungkapkan sesuatu kepadanya. Ianya memakan masa yang lama untuk lelaki itu meraih keberanian untuk bertanyakan soalan itu kepada gadis itu.
Langkah Lee Yeon dihentikan. Membuatkan langkah Jungkook yang sedang berjalan beriringan dengannya juga turut terhenti. Jungkook mengangkat wajah dan memandang gadis itu. Masih dengan pandangan takut takut.
Gadis itu memusingkan tubuhnya , menghadap Jungkook yang masih menghadap ke hadapan , hanya wajahnya sahaja yang ditolehkan bagi menghadap gadis berambut merah jambu itu.
"Aku nampak macam tak okay ke dekat mata kau ?" soal Lee Yeon tenang. Pandangan selembut yang boleh diberikan.
Hanya mereka berdua sahaja yang ada di koridor kawasan locker itu. Pelajar pelajar lain semuanya sudah memenuhi kawasan cafeteria memandangkan sekarang tiba waktu rehat.
Jungkook menggigit bibir bawahnya. Wajahnya sekali lagi ditundukkan ke bawah. Sukar baginya untuk berbual sambil membalas pandangan gadis itu setelah apa yang dia lakukan kepada gadis itu semalam.
Malu. Jeon Jungkook tersangat malu.
"Gumawo."
Jungkook terkedu.
Matanya serta merta membulat. Perlahan dia mengangkat wajah. Sedikit terkejut mendengar apa yang baru sahaja Lee Yeon ucapkan. Buat pertama kalinya , dia dapat mendengar perkataan itu terungkap dari bibir gadis itu.
"Kalau kau takde tadi , aku tak tau apa yang aku bakal buat selepas tu." nada suara gadis itu semakin perlahan di hujung ayat , seraya menundukkan pandangan.
Sejujurnya , gadis itu sendiri bakal membuat adegan pertumpahan darah di kawasan bumbung itu tadi jikalau Taehyung tetap berdegil cuba untuk menyakinkannya bahawa dia merupakan Han Yoonhee yang dimaksudkan lelaki itu.
"Kau... kenal ke budak baru tu ?" sebelah kening Jungkook diangkat ke atas , meminta penjelasan.