24 | revenge for the death

239 42 57
                                    

CHAPTER TWENTY FOUR :revenge for the death

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CHAPTER TWENTY FOUR :
revenge for the death

- - -

Taehyung menyandarkan belakang badannya di dinding , bersebelahan dengan bilik persalinan pelajar perempuan. Memandangkan pada ketika itu , pelajar perempuan kelasnya sedang menyalin pakaian mereka di dalam bilik tersebut.

Tatkala beberapa pelajar perempuan kelasnya keluar , mereka agak terkejut melihat kewujudan Taehyung dengan gaya penuh karismanya sedang termenung jauh seorang diri sambil kedua belah tangannya dimasukkan elok di dalam poket seluar.

Mungkin kerana terlalu tergesa gesa menyalin pakaian ke seragam sekolah semula , butang kemejanya juga tidak dibutang sepenuhnya menampakkan kulit dada putihnya yang begitu menawan di sebalik baju tersebut.

"Yah,"

Gadis berambut merah jambu yang baru sahaja melangkah keluar seusai menyalin pakaian seragam sekolahnya itu serta merta menghentikan langkahnya tatkala bahunya ditahan lembut oleh seseorang.

Gadis itu mengangkat wajah , memberi pandangan kosong kepada Taehyung. Menyedari kini lelaki itu tidak menyentuh lengannya , mungkin takut tangannya bakal hilang selepas menyentuh tangan gadis itu.

Memandangkan amaran yang diberikan Lee Yeon tidak pernah menjadi sebarang jenaka.

"Aku rasa... kau mesti nak slow talk dengan aku , kan ?" senyuman segaris Taehyung ukirkan lembut namun gadis itu masih memberikan pandangan tidak beremosi kepada lelaki itu.

Mungkin senyuman lelaki itu mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat. Namun sayang sekali , senyuman Taehyung tidak menjadi untuk mencairkan hati Lee Yeon. Mungkin kerana nama Jungkook seorang sahaja sudah bertakhta di dalam hatinya.

"Slow talk ? For what ?" sebelah kening terjungkit ke atas , suaranya menekankan perkataan 'what' dengan begitu sinis menggunakan British accent yang dimilikinya.

Pandangan Taehyung berubah redup.

"Aku tahu kau ekori aku dan Jungkook semalam di kedai tu. Jadi , aku nak tahu apa pendapat kau tentang apa yang aku bagitahu budak mentah tu." suara Taehyung berubah tegas.

Lee Yeon tersenyum sinis.

"Tentang apa ? Perasaan tahyul cinta kau terhadap aku tu ke ?" pandangan sinis gadis itu berikan , memprovok Taehyung dengan begitu jayanya.

"Anni. Aku maksudkan tentang masalah emosi yang kau sedang hadapi sekarang , Lee." ujarnya dengan nada suara mendatar.

Senyuman sinis Lee Yeon serta merta memudar. Tangan Taehyung yang masih memegang bahunya itu ditepis perlahan lalu seraya dia memusingkan tubuhnya menghadap lelaki yang masih berdiri tegak di hadapannya.

"Kenapa ? Kau nak berlagak arif dalam bidang psychology dengan hanya memakan masa setahun sahaja , ke ?" sebelah kening dijungkitkan ke atas.

"That's not the point , young girl. I just want to make sure one things from you." dengan American accent Taehyung berbicara.

 𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkookWhere stories live. Discover now