FOURTY :
cinderella- - -
Perlahan lahan kelopak matanya terbuka. Kepalanya yang sakit menyebabkan pandangannya juga menjadi kabur. Jungkook memejam matanya buat seketika , cuba untuk membetulkan pandangan matanya.
Dengan matanya yang lemah , dia cuba untuk melihat sekeliling. Cuba mengenal pasti di mana dia berada. Sudah semestinya , kawasan itu bukan kawasan yang familliar buat dirinya.
"Ergh..." dia mengerang sakit perlahan. Tatkala itu dia menyedari bahagian lengan kirinya baru sahaja ditembak.
Lengan kirinya terasa begitu lemah dan sukar untuk dia gerakkan. Darah pekat tak henti menitik di atas lantai. Jungkook perlahan mengangkat wajahnya , cuba untuk melihat keadaan sekelilingnya yang ternyata gelap.
"Kau dah sedar ?" satu suara menegurnya membuatkan dia pantas mencari keberadaan si gerangan suara tersebut.
Jungkook terkedu tatkala melihat seorang perempuan bersuit hitam berjalan perlahan lahan menghampirinya. Langkahnya terhenti betul betul di hadapannya.
Satu senyuman dihadiahkan kepada Jungkook.
"Jadi ? Apa perasaan kau jumpa aku depan kau ni , hm ?" soalnya sinis.
Jungkook hanya diam. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia ungkapkan tatkala melihat seorang perempuan yang dia begitu kenal di hadapannya pada ketika itu.
Cheon Hanju.
Gadis itu tersenyum sinis. "Kau tak tertanya macam mana kau boleh ada dekat sini , hm ?"
Jungkook masih diam. Hanya renungan mautnya sahaja yang berbicara. Dari tadi tak henti menikam wajah Hanju di hadapan. Jikalau renungan mata boleh membunuh orang , sudah pasti Hanju mati pada ketika itu.
"Aku rasa... kau mungkin tak faham lagi situation ni. Jadi , biar aku yang baik jelaskan dekat kau , okay ?"
Jungkook mengerutkan dahi. Memandang Hanju dengan seribu satu pertanyaan berlegar di dalam mindanya ketika itu. Apa yang cuba gadis itu beritahu sebenarnya ?
"Manusia... dan raksasa takkan pernah ditakdirkan untuk bersatu."
Hanju tertawa sinis.
"Kalau kau rasa kau dan Yeon boleh hidup bahagia sampai ke akhirnya , maknanya kau silap , Jeon Jungkook."
"Apa yang kau nak sebenarnya ? Apa yang kau..." kata kata Jungkook terhenti tatkala Hanju pantas mendaratkan jarinya di atas bibirnya , mengarahkan Jungkook untuk diam.
"Kau nak tahu satu rahsia tak ?" senyuman sinisnya terukir.
Jungkook terdiam. Dia tidak tahu apa perlu dijawab. Namun entah kenapa , dia rasa tak sedap hati dengan 'rahsia' yang dimaksudkan Hanju.
Lelaki itu juga tidak menyangkakan , Cheon Hanju bakal bertindak seperti ini. Matlamatnya ? Mungkin berkaitan Lee Yeon.
"Aku rasa kau mungkin akan teruja dengar apa yang aku nak bagitahu kau nanti. Ianya berkaitan Lee Yeon... dan kedua orang tua kau." sengaja Hanju berbisik dengan nada mengusik.
Riak wajah Jungkook berubah. Lelaki itu betul betul rasa tak sedap hati.
Memang tadinya , Jungkook dalam perjalanan untuk ke rumah Lee Yeon , tapi entah macam mana , dia dilanggar oleh kereta. Bukan kemalangan , namun pelanggaran yang telah dirancang.
Bangun sahaja dari pengsannya , dia dapati dirinya berada di atas kerusi dan diikat. Bersama... Lee Soo berdiri gah di hadapannya sambil berbual dengan Lee Yeon melalui telefon.
YOU ARE READING
𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑶𝒗𝒆𝒓 𝒀𝒐𝒖 . • jungkook
Mistero / Thrillerhave you ever been so wildly attracted to someone that you can actually feel it driving you insane ? yes , him . the ordinary introverted young highschool boy , jeon jungkook . theres me , the only sweetheart who fell in love with his secret charms...