36 | the strong rafael

304 63 8
                                    

p/s: korang digalakkan untuk pasang lagu yang berserta di atas. sila sediakan tisu yang banyak ye bagi yang berhati tisu. tak tahulah macam mana but hope you enjoy ittt !




Surah As-Syura, ayat 28 :

"Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmatNya. Dan Dialah Maha Pelindung, lagi Maha Terpuji."





Muhammad Adam Rafael

Buat pertama kalinya, kau dapat membaca cerita melalui sudut pemandangan seorang aku. Mungkin kisah aku tidak selawak Aqil, tidak seceria Aish dan tidak sepahit Uwais. Tapi ini cukuplah untuk menjadi ceritera seorang aku.

Setelah melakukan kerja berpasangan dengan Aish untuk subjek Biologi, aku pulang ke rumah menaiki motor yang dihadiahkan oleh papa kepadaku. Bibirku terjongket sinis. Papa? Ceitt.

"Adam..." aku tersentak lalu kepala ditoleh melihat belakang. Lelaki ini lagi!

"Ada apa?"

"Aku nak duit."

"Kau kan ada berlambak duit kat bank. Pehal nak minta kat aku lak?" Kolar bajuku dicengkam erat olehnya. "Kau bagi je duit kau tu tak boleh ke? Aku dah penat ni, budak. Kau jangan buat aku hilang sabar."

"Penat buat apa? Penat buat dosa?" PANG! Pipi di sebelah kanan ku dilempang kuat lantas, aku tersenyum sinis.

"Baru cakap sikit dah nak sentap. Puihh." Liur diludah. Tanpa melihatnya kembali, aku kembali menunggang motorsikal itu lalu membawanya pulang ke rumah.

Setelah tiba di perkarangan kondominium yang agak mewah, aku parkirkan motorsikal kesayangan ku di tempat parkir motor. Ya aku tinggal di kondo ini, dan ia merupakan hadiah pemberian papa kepada mama ku.

Aku merebahkan diri di atas sofa empuk yang terletak di ruang tamu. Baru sahaja aku ingin merehatkan diri, bunyi tapak kasut yang berada di luar rumah menarik perhatianku.

"Oh, kamu sudah balik ya, Adam?"
"Mama ada belikan lauk kegemaran kamu! Sambal ikan keli! Pasti kamu suka kan?" Lelaki yang berada di samping mama itu aku lihat dari atas ke bawah. Jelas sekali pakaian mereka itu tidak terurus.

"Memanglah Adam suka, tapi Adam lagi suka kalau mama yang masak." Suasana hening buat seketika.

"Erm, mama masuk dahulu ya? Ada kerja yang perlu dilakukan," kemudian, tangan lelaki asing itu dibawa masuk oleh mama ke dalam bilik. Plastik yang berisi lauk kegemaran aku tadi aku pegang erat sambil mata tertutup rapat.

Setelah itu, telinga pula yang aku tutup. Segera aku masuk ke dalam bilik yang di mana aku bernasib baik kerana jauh dari bilik mama. Segala game yang telah aku download di dalam pc aku main. Namun, masih tidak dapat menghilangkan kegusaran yang melanda diri ini.

Bingkai gambar yang terletak di sudut penjuru katil aku pegang lalu dicampak ke lantai. Berderai kaca yang terjatuh saat gambar itu mencium lantai.

"Adam! Kamu ni dah kenapa?!" Soal mama bersama dengan comforter nya yang digunakan untuk membaluti tubuhnya.

"Jiwa Adam sedang perit menahan sakit, mama."

"Menahan sakit kerna apa?"

"Menahan sakit kerna dibenci oleh papa, mama." Serentak dengan itu, aku dapat lihat air matanya mula bertakung di kelopak matanya. Kemudian, dia berlari laju lalu memelukku erat.

"Maafkan mama, Adam... kamu tak sepatutnya harungi semua ini..."

"Tidak mengapalah, mama. Adam mahu keluar dulu. Nak ambil angin."

UltraWhere stories live. Discover now