06 | kuli

732 110 16
                                    

"KENAPA lambat? Kalau alasan dia terlupa sekarang waktu apa, atau pergi tandas, saya tak akan terima."

"Saya tunggu diorang cikgu."

"Tunggu? Dah kenapa kamu kena tunggu diorang pula? Boleh pergi sendiri kan?"

"Tapi cikgu, orang kata, kalau nak buat jahat bersama-sama, nanti kalau kena denda pun sama-sama." Uwais mengangkat tangan.

"Siapa kata? Memandai je,"

"Kan saya cakap tadi, orang."

"Sudahlah tu! Jangan nak merepek dengan saya!" Cikgu Amin menjadikan pintu makmal sebagai tempat melampiaskan amarah nya.

"Berdiri kat luar tu sampai habis masa saya!" Dengan redha nya, kami berdiri di luar kelas. Intan yang melihat memandang ku sayu. Nasiblah aku suruh dia pergi dulu, tak ada lah kena denda sekali.

"Seronok kena denda?" The Kaki's yang entah dari mana datang menyoal dengan sinis.

"Alhamdulillah, setakat ni seronok lagi."

"Kau jangan lupa eh. Kau dengan Aqil-- kuli aku. Jangan risau, gaji tak ada."



Kantin

Baru sahaja aku ingin menikmati nasi lemak kantin yang baru sahaja aku beli itu, meja ku dihentak oleh Thomas menyebabkan sudu yang terdapat sambal padanya terpelanting lalu terkena pada mak cik kantin yang sedang menjual kuih.

Punyalah dia marah sampai karipap yang terletak elok di dalam bekas dicampak olehnya. Gembira semua orang yang ada kat kantin. Yelah, karipap free kot. Kalau nak beli, mahal. Lagi-lagi si Lutfil tu. Siap meluncur lagi kat lantai semata-mata tak nak karipap tu terjatuh ke lantai.

"Beli laksa, mi kari dengan nasi lemak. Oh nasi lemak tu pastikan ada ayam tau!"

"Ewah ewah. Dahlah datang buat kacau-bilau, lepas tu ada hati nak minta orang tolong belikan? Eh belilah sendiri!"

"Eh kau lupa ke yang kau tu kuli aku? Kuli hanya mengikut arahan tuan dia sahaja."

Wajahnya didekatkan. "Haihh, macam ni lah. Kalau kau tak nak beli, tak apa. Kalau rasa nak kena hukuman daripada The Kaki's, bolehlah mencuba."

"Kau daripada hari tu lagi ugut, tak ada apa-apa pun."

"Cuba lah, kalau berani. Kau belum kenal kami ni macam mana."

Intan berbisik di telinga ku, "buat jelah, Aish. Jangan kejut harimau yang tidur."

Keningku terangkat. "Apa kena mengena?"

"Entah. Aku tiba-tiba teringat lagu Evo tu. Macam ada kena mengena je so hermmm." Tak membantu langsung lah perempuan ni.

Dengan penuh ketidak relaannya, aku melangkah ke arah kaunter yang menjual makanan yang dipesan oleh Thomas manakala mak cik kantin yang berada di situ tersengih-sengih apabila melihatku.

Dahlah kena guna duit sendiri hermm apa lah nasib. Sedang aku sibuk melayan nasib, telinga ku tertangkap sesuatu.

"Oopsie. Sengaja." Sengaja Thomas tersenyum sinis pada Aqil yang bajunya sudah basah dek air Milo yang dibawanya tertumpah.

"Aku nak air baru. Pergi beli yang baru." Aqil masih lagi tidak berganjak. Rakan Thomas yang bernama Badrul menendang Aqil yang sedang terduduk.

"Eh kau agak-agaklah nak tendang dia. Minta cara elok tak boleh ke?" Thariq menahan Badrul daripada terus menendang Aqil.

"Aku dah minta elok-elok kan? Dah dia tak nak bangun," dia mencangkung di hadapan Aqil lalu kepalanya ditolak kasar.

"Kaki kau dah kudung ke? Dah tempang?"

"Asal senyap? Nangis ke? Nak mengadu kat mak?" Aqil kekal menunduk. Serta-merta, wajah Badrul ditumbuk oleh Rafael. Pantas ahli Ultra yang lain menahan Rafael daripada terus menumbuk lelaki itu.

"Bad tolonglah, kau dengan Bulu Kaki's engkau tu blah. Aku minta sangat jangan buat kacau-bilau kat sini."

Bibirnya tersenyum sinis. "Aku tak buat kacau-bilau pun. Aku minta belikan air baru je. Siapa suruh tumpahkan air aku?"

"HEI AKULAH JANTAN NI--" Lelaki itu hampir sahaja ditumbuk oleh Rafael namun nasib baik ditahan oleh ahli Ultra yang lain.

"Dahlah. Aku dah tak ada selera nak makan. Jom." Sebelum mereka pergi, sempat mereka menendang perlahan Aqil yang masih terduduk di atas lantai.

"Wehh kau okey tak?"

"Say something, Aqil!" Dengan penuh drama nya Lutfil menggoncang Aqil yang masih menunduk. Aku menghampiri mereka bersama sedulang makanan.

"Wei Aqil--" belum sempat aku berkata apa-apa, ayam yang terletak elok di dalam pinggan diambil oleh Aqil lalu dimakan dengan penuh lahap. Ternganga kami melihat apabila perangai selamba si Aqil. Ingatkan menangis!

"Bahabi punya jantan. Aku ingat kau menangis tadi." Kepala Aqil ditolak perlahan oleh Rafael. Hei jantan ni, kerjanya mencarut je tahu!

"Tak macho lah aku kalau menangis. Aku kan anak jantan!" Dia terus berdiri sambil menunjukkan otot nya yang langsung aku tidak dapat lihat. Tang mana otot nya? Aku nampak lemak je.

"Jomlah pergi tandas. Nasib aku ada bawa baju lebih."

"Huwaaa, mashehh Riq aku saaayangg kauu."

"EEII TEPI LAH DAHLAH BUSUKK!" Meronta-ronta Thariq ingin melepaskan diri daripada pelukan si Aqil. Aku yang melihat hanya chill sambil menikmati nasi lemak buatan mak cik kantin.

UltraWhere stories live. Discover now