17 | rempitzz

401 78 0
                                    

AKU hanya merenung bosan memerhatikan mereka yang asyik mandi di dalam sungai. Kurang ajar betul. Dah tahu aku ni perempuan, ajak teman pehal?

"Aishh? Menung je ke? Tak nak join?" Bibirku terkumat-kamit menyumpah seranah mulut Aiden.

"Oops. Lupa pula yang kau ini perempuan," Aidan pula turut join dalam nak jeles kan aku sebab tak dapat mandi sungai.
Mereka ketawa melihat wajah cemberut yang terdapat pada muka aku.

"SIAPA YANG NAMA DIA ADALAH LUT?" Soal seorang lelaki yang tiba-tiba datang bersama motosikal nya. Makin takut aku apabila konco-konco dia pun ada juga.

"Aku, kenapa?" Lutfil berjalan menghampiri mereka.

"Kau tahu apa salah kau?"

"Tak. Aku cuma tahu salah aku dengan Tuhan mesti banyak," fuhh aku boleh nampak member samseng tu pegang dada dia. SENTAP KEE?

"Kau datang sini, tunjuk bagus, fikir bagus?" Tergaru aku dibuatnya. Jantan ni cakap apa? Tunjuk bagus, fikir bagus?

"Apa yang aku tunjuk bagus? Aku rasa aku tak pernah tunjuk bagus aku kat depan orang."

"DIAM!" Eh tadi tanya orang lepas tu suruh diam pula.

"Kau fikir kau bagus ke? Engkau tu--" belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, Lutfil sudah pun menampar nya. Hah hambek kau dari tadi ulang ayat sama je.

"Suka hati je tampar aku. Kau fikir--"

"Kalau kau tanya lagi aku fikir aku ni bagus ke, aku campak kau dalam gaung. Tak, yang kau sekarang ni cari aku, apa hal?"

"Kelmarin kau merempit kan?"

"So?"

"Kau tahu tak disebabkan engkau, kedudukan aku tergugat?"

"Apa hal pula kau nak tergugat?" Soal Thariq pula.

"Aku, Ramli anak Pak Cik Samad. Budak rempit paling popular di kampung ni."

"Siapa Pak Cik Samad?" Soalan daripada Aqil itu terus membuatkan Ramli menyuruh nya diam.

"Kau faham kan? Dengan adanya engkau dalam kampung ni, reputasi aku tergugat. Lebih-lebih lagi bila kau uhuk lagi terer uhuk dari aku." HEK ELEH NAK PUJI TU PUJI JELAHH NAK MALU MALU PULAA.

"Jadi kau nak aku buat apa? Terjun masuk laut?"

"Kita race. Kalau kau menang, aku tak akan kacau kau. Kalau aku menang, aku akan kacau kau mUaHaHaHa."

"Kau nak kacau apa je pun dekat kami?" Soal Rafael.

"Ada lah! So amacam?" Ramli menghulurkan tangannya. Sejenak Lutfil berfikir sebelum huluran tangan itu disambut.
Setelah selesai menukar baju, dia mula memanaskan enjin motor.

Aku pula? Dipaksa menjadi pengadil yang kena berdiri di antara mereka. "Sedia? PRIITT!" Wisel yang ditiup olehku itu menandakan bahawa persaingan telah bermula. Awal-awal lagi Ramli anak Pak Cik Samad tu dah pecut. Lutfil pula? Sempat lagi makan cucur badak sambil menunggang. Jangan ikut ya kawan-kawan.

Di tengah-tengah perjalanan, motosikal yang ditunggang Ramli semakin perlahan. Wajahnya berkerut melihat Lutfil yang sudah memecut laju meninggalkannya. Saat itu barulah dia tersedar yang--- dia terlupa nak isi minyak.

Ramli menjerit kegeraman. Member-member nya pula menekup mulut tidak percaya bahawa ketua nya itu lupa isi minyak. Ini sungguh memalukan.

"Tahniah Lut! Aku memang agak kau boleh menang!" Uwais menumbuk perlahan bahu Lutfil.

"Setakat dia, apa lah sangat." Riak eh hengko. Tak apa tak apa Allah tarik rezeki nanti, tahulah engkau nak bersyukur.

"Kau, budak bandar! Jangan nak berlagak sangat. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas!" Dia terus berlalu pergi bersama member-member nya.

"Geng... rempit jom?"

Lantas, aku menggeleng. "Tak nak aku. Kau tak tengok jam ke sekarang pukul berapa?"

"Eh haahlah dah lama aku tak tengok jam. Sekarang pukul berapa?" Soal Aidan.

"Pukul 6:50 petang," kami pun apa lagi. Terus motor yang ditunggang dipecut laju. Waktu tu tak fikir apa-apa dah kecuali-- mengharapkan yang nenek takkan marah kami sebab balik lewat.

UltraWhere stories live. Discover now