28 | tempat rahsia

330 66 8
                                    

"JAGA diri baik-baik kat sekolah tu," hah. Dah mula lah tu Kak Ainnur nak membebel tu. Ikutkan aku tak nak pun dia hantar tapi degil juga nak bazirkan minyak semata-mata nak hantar aku. Oh bukan sebab tu ya dia offer nak hantar aku, sebab asalnya nak keluar dating dengan Abang Syafiq je sebenarnya.

"Orang tahulah. Adik kan dah besar panjang." Aku menyambut huluran salam yang diberikan dengan muka tak ikhlas. Awal pagi dah kena bebel, kau rasa aku mampu lagi ke nak tersenyum? It really ruins my mood.

Tak tahu kenapa, tapi hari ini aku terdetik nak datang awal. Nak cakap kena sampuk jin baik, tak ada pula. Mungkin Tuhan dah jentik tangkai hati aku supaya berubah kot.

"Hai Aish,"

"Eh waa'laikumussalam." Haa tulah engkau. Hai lagi kat aku serupa orang kafir. Setepek kena dengan aku.

"Oh assalamualaikum Aish,"

"Waa'laikumussalam. Reti pun bagi salam?"

"Memanglah dah nama pun orang islam." Krik krik krik. Krik krik krik. Oh goat asal bunyi cengkerik makin lama makin menghilang ni jangan cakap dia nak tinggalkan aku woii. Tak nak aku sunyi sepi dengan mamat niii.

Kalau korang nak tahu, mamat kat depan aku tu betullah macam apa yang korang sangka. Itupun kalau ada yang syak dia. Daniel Zhafran. Siapa lagi kalau bukan iblis tu.

"Awal datang,"

"Suka hati lah kacau hidup kau ke?" Lama dia mendiamkan diri sebelum berkata semula, "kau marah aku lagi eh? Sorry lah."

"Sorry naik lori biar mati lah, Zhaf. Taik telinga aku pun dah banyak sebab asyik dengar maaf kau je tiap-tiap hari."

"Hidup aku tak tenang selagi kau tak maafkan aku." Bibirku tersenyum sinis. "Tahu pun hidup tak tenang. Waktu kau sakitkan hati aku dulu, ada kau fikir semua tu? Ada kau fikir yang hidup aku akan tenang? ADA KE?"

Lengan baju kurung ku ditarik. "Aku betul-betul nak minta maaf ni, Aish. Please, maafkan aku Cah." Kolar bajunya ditarik lantas mendekatkan jarak di antara kami.

"Kau── jangan berani panggil aku dengan nama tu. Aku cukup pantang bila ada orang sebut nama tu── lagi-lagi bila orang itu adalah engkau." Cengkaman dilepaskan. Kaki diangkat meninggalkannya keseorangan. Sakit pula hati aku. Suka suki mak nenek dia je panggil aku Cah. Apa dia ingat dia tu siapa nak panggil aku dengan nama macam tu?

"Hai Aishh!" Sapa Intan mesra. "Hah engkau pun nak jadi kafir juga ke sapa orang tak bagi salam?"

"Oh assalamualaikum Aish," aku menjawab salam nya perlahan. Sakit pula hati aku. Memang semua yang jumpa dengan aku tak reti bagi salam ea?

"Apa hal muka cemberut je ni?"

"Tak ada apa-apa."

"Elehh. Yelah tu tak ada apa-apa. Aku pun perempuan juga, Aish. Kalau perempuan kata tak ada apa-apa, mesti ada apa-apa. Cerita lah, aku kan ada." Wajahnya dipandang atas ke bawah lalu keadaan sekeliling aku perhati.

"Seriously? Kat sini?"

"Bukan kat sini lah, mana ada orang share problem kat public."

"Ada, orang zaman sekarang."

"Dah dah, kau jangan macam-macam. Jom." Lengan baju ku ditarik menuju ke kelas kami iaitu, 4 Sejahtera. Sampai sahaja di kelas──

"AISHH ARE YOU OKAYY?" Uwais berlari ke arahku sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya. Tong sampah kecil yang berada di penjuru kelas aku ambil lalu dibaling padanya.

UltraWhere stories live. Discover now