12 | anak-anak Puan Rosnah

507 94 4
                                    

"TERIMA kasih teman, Aishh." Geli aku tengok Aiden tiba-tiba lenggokkan pula badan dia. Dah macam orang belon yang asyik berjoget kat tepi jalan tu je. Semak yang berhampiran tiba-tiba bergoyang lantas seorang Aiden lekas menyorok di belakang ku. Okey sekarang ni, aku ke dia ni yang perempuan?

Perlahan-lahan, semak itu diterjah. "RAFAEL?" Terkejut aku melihat Rafael yang terbaring dalam keadaan luka penuh di badannya.

"Wei apa hal ni? Boleh bangun tak?" Dia menggeleng.

"Den, angkat."

"Amboi sesedap maggi je--"

"Habis tu takkanlah aku pula yang angkat? Otak tu cubalah letak kat kepala." Aiden terkernyih mengenangkan kebengapannya di situ.

"Nak bawa pergi mana ni?"

"Bawa balik rumah lah," matanya dibulatkan. "Kau biar betul ni, Aish? Nanti mama dengan papa marah nanti macam mana? Kau nak buat apa dengan dia? Kau jangan--"

Mulutnya aku sumbat dengan biskut yang baru ku beli tadi. "Agak-agaklah. Kalau tak bawa dia balik rumah, kita nak bawa dia balik mana?"

"Balik ke tanah?"

"Haihh, nak kata lembab, pandai. Apa masalah engkau sekarang ni Aiden?"

"Alaa rileklah Aish. Kau ni seriuss manjang. Cuba senyum sikit, macam aku ni--" Aiden mempamerkan sengihan kerang busuknya. Cepat-cepat aku menutup hidung. "EEII DAHLAH MULUT BUSUK!"



"ARGHH WHO'S THIS?" Jeritan mama yang sangat lantang itu menyebabkan kami pantas berdiri tegak di hadapan mama. Rafael yang terbaring di atas sofa itu turut terbangun sebab dia ingat dah azan maghrib dah.

"Mama woih sabar bawa bertendang~"

"Nak tendang ke mana Aish? Tendang muka kamu?" Uish mama sejak bila savage ni?

"Okey tak jangan terasa Aish anakku sayang, mama main-main je alololo buruklah muka tu kalau berkerut je~"

"Mama!" Kami berdua berpaling melihat Aiden yang tiba-tiba menjerit lantang. "Aiden bukan anak mama ke? Kenapa mama panggil Aish 'anakku sayang'?"

"Lohh jeles ke abangku yang tidak disayangi?" Pelukan ku semakin dieratkan.

"HUWAAA MAMA NAK JUGAA!" Mama membesarkan lagi tangannya untuk memeluk kami. Eish sibuk betullah Aiden ni aku baru nak bermanja dengan mama.

"WOII AKU PUN NAK GAKKK!" Aidan yang datang dari mana berlari mendekati kami. Bayangkan keadaan dia macam orang berebut nak beli barang sales. Haaa camtulah keadaan nya sekarang ni.

Papa dan Rafael yang menonton hanya menggelengkan kepala sambil menghirup secawan teh o yang berada di tangan. EHH SEJAK BILA ADAA?

"Dah dah jom makan. Penat tangan mama nak peluk korang je." Baru sahaja aku ingin menarik kerusi untuk duduk di sebelah mama, punggung Aiden sudah pun mendarat di situ.

"Siapa cepat, dia dapat." Senyuman sinis ditayangkan. "EEII APA NI AKU DAPAT DULULAH!"

"KAU TAK NAMPAK KE BONTOT AKU YANG COMEL NI, HAH NI, DUDUK DULU ATAS KERUSI NI? SO AKU YANG DAPAT DULU!" Nak muntah aku tengok Aiden tayang bontot dia kat aku. Apa dia fikir bontot dia tu mantap sangat ke sampai boleh kalahkan Shin Chan?

Terima kasih lah ya kepada Aidan, sebab tolong pukul kan bontot Aiden untuk aku. Kang kalau aku pukul, dituduh sexual harassment pula.

"Maaflah, diorang ni memang selalu macam ni." Mama meminta maaf kepada Rafael yang mula memandang hairan kepada kami. Mesti mama bangga kan ada anak macam kami? HuAhUaHuA bangga jap.

Akhirnya setelah menerima cubitan padu oleh mama, aku duduk di sebelah mama manakala Aiden di hadapan mama. STILL DEKAT DENGAN MAMA JUGA HEK ELEH.

"Ada apa anak muncul di rumah auntie ni?"

Rafael mengambil nafas sebelum mula bercerita. "Semalam, saya kena belasah dekat semak. Lepas tu, anak-anak auntie yang baik hati ni jumpa saya and bawa saya datang sini rawatkan luka."

Kembang kuncup aku apabila Rafael memuji anak-anak Puan Rosnah ini baik orangnya. Ehek. Tak yang sekarang ni apa hal Aiden pun kembang ni? Kalau bukan disebabkan aku, tak ada nya jantan tu nak tolong.

Fuhh sabar. Baru je Rafael puji tadi takkan nak cemarkan pula nama anak-anak Puan Rosnah kan? Tunggulah. Besar kecik besar kecik je aku tengok hidung Aiden tu. Tak apa. Selagi boleh kembang, kau kembang lah sepuas-puasnya.


"Terima kasih uncle, auntie sebab bagi saya tidur dan sarapan di sini."

"Alahh benda kecil je. Itupun kami menumpang pahala daripada anak-anak kami ni."

"Raff ikut aku jap." Hujung baju Rafael aku tarik ke tempat yang agak tersorok. Haa nak fikir bukan-bukan lah tu! Kami kat depan pagar ni je eh siapa yang fikir bukan-bukan tu baik minta maaf cepat kat aku.

"Kau tak bagitahu pun sebab apa kau kena belasah."

"Benda kecil je. Tak payah risau lah."

"Eeii mana boleh tak risau. Luka kau tu banyak tahu tak!"

"Sayang eh kau kat aku?"

"Sayang. Sebagai kawan." Rafael memegang dadanya. Sakit tak di friend zone? HAHAHA.

"Tak ada lah. Ada sorang budak ni kena buli. Lepas tu aku tolonglah."

"Lepas tu?"

"Aku ternampak bapak dia bawa parang,"

"Kau mati tak?"

"Mestilah tak. Kalau tak siapa depan kau ni?"

"Bila aku tengok balik, bapak dia bukannya bawa parang,"

"Habis tu?"

"dia bawa telefon bimbit yang kebetulan tengah buat iklan diskaun parang." FUHH GILA BEST PAK CIK TU. LAIN KALI AKU NAK CUBALAH.

"Okey lah. Dah nak balik tadi kan? Tatatititutu!" Aku melambai Rafael yang berjalan keluar dari rumah.

"Ouii. Bisik apa tadi? Kau confess ke? Ke dia yang confess? Sorry lah, aku reject."

"Apa hal pula kau nak reject?"

"Lelaki hensem macam dia tak sesuai dengan perempuan muka tak siap macam kau."

"Elehh. Cakap adik. Kalau adik muka tak siap, abang apatah lagi."

"Eh hello mind your words. Aku terlalu hensem untuk tak disiapkan muka." Aiden memetik jari nya di hadapanku. Eeii perasannya!

UltraWhere stories live. Discover now