48 | walla

242 48 2
                                    

Aishah Amylea

LENGANKU dicucuk perlahan oleh makhluk yang berada di sebelah. Aku memandangnya bosan. "Kau nak apa? Aku tengah menulis ni?"

"Aku boring lah. Dahlah cikgu ajar pasal meiosis apa entah itu. Lagilah aku bosan." Intan menceber sambil tangannya ligat bermain dengan pen hitam yang berada di pegangannya.

"Kalau kau bosan, tak payahlah belajar."

"Senangnya kau cakap, Aish. Kau tahu tak aku ini dipaksa oleh ibu dan ayah aku untuk masuk ke dalam kelas sains?"

"Dah tu? Kau nak aku buat apa?"

"Hesy kau ni!" Lenganku dipukul perlahan. Lahh, salah aku pula. Bendanya aku tak faham tau, apasal aku pula yang kena ni? Ini yang nak maghoh ni!

"Cubalah bagi reaction sikit, simpati ke, apa ke. Ini tak! Macam tengah bercakap dengan tunggul je."

"Kantoi lah kau pernah bercakap dengan tunggul. Boooooo single,"

"Hmph. Cakap macam diri tu taken je. Balik rumah nanti, kau cermin diri sendiri dulu, eh?"

"Setiap hari aku cermin diri aku. Aku sedar yang aku ini──" bicaraku terhenti seketika sebelum, "makin cantik saban hari."

"Tak gunalah kau ni," bibirku mengeluarkan tawa yang kecil. "Kau lah ni. Habis tak fokus dah aku apa benda yang Cikgu Amin ajar tadi."

"Alahh, rileks lah. Bab ni pun tak ada lah susah mana,"

"Memanglah. Disebabkan aku sedar yang aku ini kurang bijak, jadinya aku mahu fokus lah. Tapi ini semua salah kau. Kalau aku fail bio, siap kau." Hujung pen itu aku acukan tepat di batang hidungnya.

"Ya, ya, aku tahulah. Aku boleh je ajar kau bio kalau kau nak. Tapi aku tengok result kau sebelum ini pun, tak ada lah teruk sangat."

"Hah yang kat belakang tu, kamu nak bersembang sampai bila tu? Sampai kiamat?" Dengan nada menyinis Cikgu Amin bertanya. Alamak, malulah pula. Tiba-tiba pula menjadi tumpuan ketika ini. Janganlah pandang woii macam korang tak pernah buat salah je. Serta-mata, wajah derk aku tayangkan. Buat tak nampak, buat tak nampak──

"Cikgu nak cakap something ni."

"Haa cakaplah cikgu. Jangan buat kami saspens je, cikgu. Kang terkucil pula saya di sini." Uwais membetulkan posisinya. Bimbang andai terkucil lah tu HAHAHA.

"Kamu diam boleh tak, Wais? Cikgu tak cakap apa-apa lagi, sesuka hati kamu sahaja mencelah. Ada juga yang cikgu lempang nanti." Wajahnya yang tadi ceria kian mengendur. Kesian, tapi betullah apa yang Cikgu Amin cakap tu.

"Esok merupakan hari Sabtu. Makanya, esok akan dijalankan sambutan hari kantin peringkat sekolah." Setiap murid di dalam makmal ini menunjukkan rasa teruja mereka. Yelah, siapa sahaja yang tidak teruja akan hari kantin kan? Seronok kot, boleh menjual. UwU.

"Petang ini kita akan buat persiapan untuk esok. Awal pagi esok akan diadakan senamrobik. Ultra nanti jumpa saya sebentar selepas tamat kelas ini."

"Baik cikgu. Sekali dengan Thariq ke?" Soal Lutfil, sopan. Guru lelaki itu mengangguk.

"Baiklah, class dismissed. Terima kasih semua." Baru sahaja ingin melangkah keluar dari makmal, hujung tudung ku telah ditarik menyebabkan tubuhku terdorong ke belakang.

"Tunggu." Bisik Rafael. Mungkin kini dia boleh lihat aku sedang tersenyum, namun sebenarnya dalam hati tidak henti-henti dari mengutuknya. Suka hati je tarik tudung anak dara orang. Habis lari awning aku. Tak pasal-pasal ada gelembung.

UltraWhere stories live. Discover now