01 | negaraku

1.9K 203 75
                                    

Negaraku

Tanah tumpah nya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju

"NGEHEHE." Eh jap. Suara siapa tu? Aku rasa aku tak salah dengar kan? Nak kata hantu, cuaca panas ni mampus terbakar hantu tu kang.

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Lima orang lelaki yang tidak jauh daripada ku dipandang. Aku melihat salah seorang terkekek-kekek ketawa. Eh? Ada benda yang lawak ke kat lagu Negaraku ni? Ke dia ni gila?

Rakan disebelahnya mencuit bahunya menyuruh agar berhenti ketawa. Mereka sambung bermain bom baa chi ra.

Jap. Aku kata apa tadi? Sambung main?

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Aku dok perhati je diorang tu. Orang tengah nyanyi lagu Negaraku, diorang elok pula main. Ada juga yang aku campak ke Afrika nanti. Tak nak aku mengaku diorang ni rakyat. Nanti kalau dapat bantuan PTPTN nanti, aku suruh Perdana Menteri ambil balik. Muka-muka tu tak layak dapat duit.

Disebabkan aku seorang rakyat yang berjiwa patriotik, dengan berani nya, aku mengangkat tangan mengganggu pengetua yang sedang berucap.

"Ya, pelajar tingkatan empat yang tiba-tiba mengangkat tangan. Ada apa kamu mencelah ucapan saya?"

Aku berdiri. Semua mata tertumpu pada aku tika ini. Meskipun sedikit gugup, tetapi perkara ini perlu dituntut keadilan nya!

"Maafkan saya kerana mencelah. Saya cuma nak bagitahu sewaktu kita semua menyanyikan lagu patriotik, ada lima orang pelajar yang dengan selamba nya bermain bom baa chi ra." Sengaja aku menjeling ke arah mereka. Boleh nampak lah yang mereka tengah cover macam 'bukan aku, bukan aku'.

"Boleh kamu beritahu siapa yang cilaka sangat tu?" Serta-merta guru penolong kanan menyiku lengan pengetua.

"Oh maaf maaf. Boleh kamu beritahu siapa yang bijak sangat tu?" Oh yeah. Bold kat sikit part bijak tu eh.

Jari telunjuk ditujukan ke arah mereka. Punyalah terkejut tu sampai yang terkekek-kekek ketawa tu terlompat kat kawan dia.

"Ultra, detention."



"Siapa dia? Aku tak undi dia!" Mejanya dihentak kuat. Dia fikir aku tak dengar ke yang dari tadi diorang dok mengumpat aku. Tak apa, Aishah. Pahala tengah mengalir so jangan kau berhenti kan.

"Kau fikir aku undi dia ke, h****. Ada juga aku lempang kang."

"Tak, aku panas doh. Apa hak perempuan tu nak bagitahu pengetua? Eh dia sedar ke tak buka aib depan orang tu berdosa?" Auch, setepek.

"Tengok tu. Dah buat salah tak nak mengaku. Minta ajal betul." Diorang ni berbisik ke apa? Cakap macam telan mic. Aku nak fokus pun tak boleh.

"Baiklah semua. Class dismissed." Sebaik sahaja cikgu beredar, aku pun apa lah lagi. Pecut ke kantin lah woi kau tahu tak aku lapar?

Usai membeli nasi lemak kantin yang sedap membuat anda terpikat itu, aku mencari port yang boek punya untuk aku makan. Yelah, nak makan kena ada feeling ha gituu.

Baru sahaja sesudu nasi ingin masuk, entah mengapa bulu roma aku tiba-tiba berdiri. Aku tahu tempat ni agak tersorok sikit tapi kalau ya pun bagilah aku makan dulu.

Semak yang berhampiran tiba-tiba bergoyang. Mana datang angin ni woi?

"Ini mesti kucing. Mesti dia jeles sebab aku tengah makan nasi lemak. Alololo meow meow~" Langkah ku perlahan mendekati semak yang masih bergoyang itu. Kucing ni buat apa lama-lama dalam semak tu?

"BOO!"

"OMAKKAUKATAKMELOMPAT." Fuhhh. Sekali lafaz dia melatah. Gila terer.

"Korang buat apa kat sini? Stalk aku eh?"

"Eh eh buat apa kami nak stalk kau? Tak hingin."

"Habis tu, buat apa kat sini? Memasak?" Soalku sambil bercekak pinggang.

"Engkau tulah! Kami nak tengok kalau-kalau kau ada buat benda tak baik kat kami. Itulah sebab nya!"

"Aku pula? Apa hal aku pula yang nak buat benda tak baik kat korang?"

"Yelah. Kau dari pagi tadi dah cari gaduh dengan kitaorang."

"Eh aku tak cari gaduh okey? Aku cuma menyatakan kebenaran."

"Menyatakan kebenaran lah sangat! Eh engkau kan--" Pantas mulutnya ditutup oleh rakan-rakannya. Takut dia membebel lah tu. Aku pun takut nak dengar dia membebel. Gaya dah macam Diva AA.

Mereka menarik pergi rakannya yang meronta-ronta ingin dilepaskan. Sedih tu memang lah ada tapi, ini untuk kebaikan bersama ༎ຶ‿༎ຶ

"Hah engkau perempuan," aku memalingkan wajah melihat mereka.

"Ikut kami detention class nanti."

"Hah okey." Wait, WHAT?

UltraWhere stories live. Discover now