04 | hukuman

942 130 6
                                    

"KAU dah basuh ke baju dia?" Soalku sambil kening terangkat-angkat.

"Mestilah dah. Aku siap letak softener sekali. Kau apa tahu?"

"Eleh. Berlagak."

"Woi!" Punyalah kami ni terkejut sampai katak yang sibuk dibelai oleh Thariq tu melompat meninggalkan dia sendiri. Thariq yang baru sahaja ingin mengejar pantas dihalang oleh Lutfil. Katanya boleh cari katak yang baru. Katak bukan seekor, braderr.

"Ahli neraka mana yang tegur orang tak bagi salam ni?" Hambik kau. Sentap dia sampai ke perigi moyang kau.

"Hah yelah assalamualaikum ya ahlil kubur!"

"Waa'laikumussalam-- eh jap ahlil kubur?" Membulat mata Aqil apabila menyedari perkataan yang diucapkan oleh Thomas itu. Member-member The Kaki's yang lain tu tahan je daripada gelakkan ke 'bangang' an si Aqil ni.

"Baju aku mana?"

"Kau ni kan. Kot ya pun, cubalah pakai baju plain hitam ke, apa ke, tapi tolonglah jangan pakai singlet. Tahu tak nampak macam atuk cina yang tua tu?" Serius aku cakap, nampak macam atuk cina yang boroi pakai singlet tu. Tapi nasib baik dia kurus. Kalau tak, aku tak tahu lah nak cakap apa ಠ ل͟ ಠ

"Nah." Aqil mencampak plastik yang berwarna pink kepada Thomas. "Apa benda ni?"

"Dalam tu ada baju kau. Kau buka lah sendiri. Bye bye~" Sebuah flying kiss dihadiahkan oleh Aqil. Thomas yang melihat mula geli satu badan. Geli engkau tengok jantan bagi flying kiss. Macam sajat.




Kantin

"AQIL MUHTADI!!" Suasana bingit di kantin tiba-tiba sunyi. Thomas yang masih lagi bersinglet memegang plastik berwarna pink di tangannya. Badannya turun naik menahan amarah. Eh jap, aku kata dia still bersinglet ke?

Segera Aqil menyorok di belakang ku. Meja yang kami sedang duduk dihentak kuat.

"Mana Aqil Muhtadi? Aku tahu, dia mesti menyorokkan sekarang ni?!"

"Tak, ni apa kes datang hentak meja orang tiba-tiba ni?"

"Aku tanya mana Aqil Muhtadi! Jawablah!"

"Kenapa kau nak cari kawan aku?" Dengan berani nya, Rafael berdiri. Wajahnya tegang. Buku lima nya digenggam erat. Oh Allah aku tak pernah tengok seorang Rafael marah macam ni.

"Kau tak payah nak tunjuk hero lah, Rafael. Soalan aku, senang je. Mana Aqil Muhtadi?"

"Kan aku tanya tadi, kenapa kau cari kawan aku?!" Nadanya meninggi sedikit. Cukup buat kami di seluruh kantin terdiam. Mak cik kantin yang tengah sibuk membawang pun berhenti.

Mata Thomas meliar ke seluruh kantin. Akhirnya, pandangan nya terhenti pada suatu tubuh.

"Aish, ada orang kan belakang kau tu?" Air liur yang ditelan terasa kasar. Gugup untuk menjawab soalan Thomas. Perlahan-lahan, dia melangkah merapati aku.

Bibirnya menyungging senyuman sinis. "Bisu pula kau. Aku tahu kau buang buku Addmath aku. Tapi sekarang ni, tolong beri aku laluan untuk selesaikan dengan budak belakang kau tu."

"Kalau aku kata tak nak?"

"Aku cakap baik-baik ni perempuan. Sebelum aku berkasar dengan kau, baik kau ketepi. Aku ada benda nak selesaikan dengan jantan tu."

Kepalaku berpaling melihat Aqil. Matanya sedikit merah. Aku tahu dia takut. Ahli Ultra yang lain turut gerun. Kepalanya dianggukkan. Aku beri laluan kepada Thomas lalu berlari ke arah ahli Ultra yang lain.

Kolar bajunya dicengkam. "Aku baru bercadang nak maafkan engkau. Tapi, kesalahan kau kali ini buat aku sedar yang orang macam engkau--" kata-katanya terhenti sebelum bibirnya didekatkan dengan cuping telinga Aqil. "-- tak layak dimaafi."

"A-Aku minta maaf!"

"Maaf sahaja? Semalam bukan main kau berani lawan cakap aku. Hari ni, gerun pula?"

"Kau tahu tak apa yang jadi kat baju aku ni hah?!"

"T-Tak tahu!"

Terus kolar bajunya dilepaskan. "Tak apa. Biar aku cerita. Punyalah aku ni gembira bila dapat pakai balik baju ni. Kau fikir aku nak sangat ke pakai singlet ni? Kalau boleh, nak bogel terus," Thomas menjeling ke arahku.

"semangat aku buka plastik tu. Guess what? Baju aku warna pink doh." Nak gelak tapi takut kena marah pula so tahan jelah.

"Hah, gelaklah, gelak. Kalau rasa nak mati awal, dipersilakan gelak. Duit aku cukup lagi ni kalau nak tanggung kenduri tahlil korang."

"Aku nak tanya kau ni, macam mana engkau nak ganti baju aku?"

"N-Nanti aku bayar balik baju tu."

"Aku tak nak duit!" Terhinjut bahu Aqil apabila Thomas menengking nya.

"Macam ni jelah, kau dengan--" jari nya dituju pada aku. "-- perempuan tu jadi kuli aku. Amacam?"

"Apa hal--" Baru sahaja Uwais ingin membantah namun Thomas sudah lagi memotong, "ah tak ada. Aku tak kira. Aku nak, Aqil dengan Aishah jadi kuli aku. Full stop."

Mereka terus pergi meninggalkan kami dalam keadaan yang terpinga-pinga. Apakah salahku, kau buat ku begini, selalu sendiri, tinggal sendiri~ huhuhu sedihnya hidupku ini (╥﹏╥)

UltraWhere stories live. Discover now