55 | wisma wijaya

106 24 4
                                    

"SAYA BELI YA," ucapku kepada mak cik yang menjual barang keperluan harian itu. Wanita itu sekadar mengangguk. Dia bukannya terlalu sombong untuk membalas kembali, namun keadaan yang tidak mengizinkan. Rezekinya, ramai pula pengunjung yang datang membeli. Mungkin penangan tangkapan ikan oleh anak lelaki pemilik kedai itu yang membuahkan hasil. Iyalah, hasil tangkapannya itu semua segar-bugar, kau tahu?

"Laku keras kedai mak kau ini ya, Man." Aiman sekadar tersenyum. Sesekali peluh yang merinik di dahi dilap dengan menggunakan bajunya. Dalam diam aku menyimpul satu senyuman. Bagus betul anak muda ini. Syukur dia datang untuk membantu kedua-dua ibu bapanya di kedai. Sewajarnya sikap inilah yang dicontohi oleh warga belia zaman ini. Bukannya sekadar duduk di bangku sofa menonton televisyen sahaja.

"Hai cik adik manis!" Bebola mataku dijulingkan ke atas. Hai lah si Bulu Kaki ni tak sah ke dalam kehidupan seharian diorang ni kalau tak kacau aku?

"Ceyy budak ood siak pergi kedai ikan pakai sweatshirt je," lah habistu kau nak aku pakai baju apa lagi ni? Kang kalau aku pakai sweater terkejut pulak.

"Boleh ke tepi sikit tak? Semaklah."

"Ceyy adik manis marah woi!" Usik Thomas. Rakan-rakannya yang lain sekadar tersengih. Aku perhati muka diorang satu persatu sampailah mereka mula mengendurkan senyuman di bibir.

"Habis dah? Kalau dah habis, aku nak balik dulu ni. Maklumlah, sibuk kan. Aku bukannya selalu free macam korang. Masa senang-senang je dibazirkan pada benda yang bukan sepatutnya." Masing-masing tergamam. Langsung aku mengangkat kaki menuju ke rumah.

Disebabkan aku berjalan kaki pulang ke rumah, aku mengambil keputusan untuk berhenti berehat terlebih dahulu. Yelah, penat lah katakan. Aku pun tak tahu kenapa aku tolak pelawaan Aiden untuk membonceng motosikalnya. Mungkin sebab aku tidak mahu mati awal bersama dengan dia? Hm mungkin juga.

Bangunan Wisma Wijaya yang megah itu aku lihat. Tidak lama sebelum aku menjumpai satu anak tangga yang membawaku ke permukaan yang paling atas di bangunan itu. Iaitu di bahagian roooftop. Aku mula tersenyum sendiri. Membayangkan betapa cantiknya aku kalau dapat bergambar di situ. Pasti estetik habis kan?

Pemandangan indah di situ diserikan pula dengan bayu pagi yang meniup bak sepoi-sepoi bahasa. Wah, seronok betul kalau lepak kat sini malam-malam kan? Syukur cuaca hari ini mendung, tidak terlalu panas. Kemudian, telingaku menangkap suara yang sedang mendendangkan nyanyiannya bersama sebuah alat muzik yang dimainkannya.

Aku ikhlaskan dia
Tak pantas ku bersanding dengannya
Kan ku terima dengan lapang dada
Aku bukan jodohnya

Sendu habis lagu yang dia nyanyi tu. Tanpa berfikir panjang, aku datang menegurnya. "Eh, Lutfil?!" Ternganga aku melihatnya di situ. Lutfil pula tersengih menampakkan gigi sambil mengusap belakang lehernya.

"Kau buat apa kat sini?"

"Tenangkan fikiran, obviously?"

"Tenangkan fikiran? What do you mean by that?"

"Nothing, Aishah Amylea..." pandangannya jatuh pada gitar di pegangannya. Lelaki itu bermain-main dengan tali gitar tersebut sehingga menghasilkan beberapa bunyi. Nasib baik merdu lagi bunyi yang dihasilkannya tu.

"Okay, then. Jikalau sudah tiba masanya untuk kau berkongsi, ingat je yang aku ini sudi."

"I would love to share but, aku tahu kalau kau dengar problem aku ni pun, kau akan gelakkan aku. Kau takkan percaya kepada aku."

"Macam mana kau boleh percaya yang aku akan gelakkan kau sebelum kau sempat untuk memberitahunya? Kau belum cakap apa-apa lagi tetapi kau sudah mengandaikan yang aku akan gelak dengar masalah kau."

"Well, some people do."

"But, not me, Lut. I'm not that kind of type yang akan gelak bila dengar problem mereka."

"Yeah, I know. I can see it through your eyes that you're different," blushing mat bila member puji aku kayak gitu hshshs.

"Then?" Wajahnya diangkat memandangku dengan matanya yang bundar. "Nothing matters, Aish. I can handle it by myself." Jarak di antara kami didekatkan. Aku memandang wajahnya dengan pandangan yang redup. "Macam mana aku nak tolong kalau kau tak nak cerita, Lut?"

"Tak perlu tolong aku, Aish. Aku boleh selesaikannya sendiri. I'm a man by the way."

"You're not a man. You're still a boy that try their to best to live." Perlahan, air matanya jatuh menitis ke bumi. Ingin sekali aku mendakapnya erat, memberitahu bahawa tangisan tidak pernah menyifatkan seseorang kepada sifat lemah.





Rumah Uwais Wazir

"Katakanlah kepada orang-orang yang beriman..." Uwais mula mencari perkataan di seluruh ceruk akalnya namun masih juga buntu di pengakhirannya.

"Itu je ke yang kamu hafal untuk hari ini, Wais?" Takut-takut Uwais untuk menjawab. Rehal yang diguna olehnya dipukul kuat oleh uminya menyebabkan badannya terhinjut kerana terkejut yang amat. "Sehari sepatutnya kamu boleh hafal banyak ayat! Tapi kenapa satu ayat pun tak lepas hari ni? Kau ada banyak melagha ya!"

"T-tidak umi,"

"Bohong! Kau ingat aku tak tahu yang kau tengok tv? Kau fikir aku tak lihat kau tertawa di kaca televisyen?" Air muka anak laki-laki itu serta-merta berubah.

"Kau tahu kan banyak tertawa punca berkurangnya ilmu!"

"Tahu..."

"Jadi?"

"Wais minta maaf, umi... Wais janji Wais takkan lagha lagi..."

"Jangan berjanji sekiranya kau tahu bahawa kau akan memungkiri, Uwais! Sikap kau ini sebijik benar dengan tiga ciri munafik yang disebut oleh Rasullullah SAW. Apabila diberi amanah, dia khianati. Apabila bercakap, dia berbohong. Apabila berjanji, dia mungkiri!"

"Tapi kali ini Wais benar-benar memaksudkannya, umi..."

"Kau ingat aku nak percaya? Kau bangun sekarang. Buka baju kau itu." Pantas Uwais menyuruh adik-adiknya yang ralit memerhati masuk ke dalam bilik. Wanita itu mencapai tali pinggang milik suaminya yang berada di kamar.

"Ini. Balasannya. Bagi. Insan. Yang. Kuat. Menipu!" Uwais menggigit bibir untuk menghalang jeritannya dari keluar. Biarpun sehingga berdarah, dia harus bertahan agar adik-adiknya tidak tahu akan apa yang dialaminya tika ini.

Libasan terhenti apabila pemuda itu jatuh kesakitan di atas lantai. Kesan libasannya itu disentuhnya dengan perlahan-lahan.

"Sakit?"

"Sakit, umi."

"Tak sesakit hati aku, Wais!" Tali pinggang itu dicampak ke tepi. Wanita itu berlalu pergi meninggalkan anak lelakinya menanggung kesakitan yang tidak bernoktah.

UltraWhere stories live. Discover now