49 | hari kantin

234 45 3
                                    

SETELAH menyiapkan segala persiapan yang dilakukan untuk hari kantin pada esok hari, akhirnya hari yang telah dinantikan telah tiba. Kami dibenarkan memakai baju apa-apa sahaja asalkan tidak melanggar syarak. Ahli keluarga juga boleh hadir pada hari ini.

"Aidan dan Aiden, jaga perangai." Wajah Aidan jelas mempamer raut ketidakpuasan hati.

"Ehh kenapa Aidan pula? Itu hah, Aiden itu hah yang mama perlu suruh dia jaga perangai!" Jari telunjuknya dituding kepada Aiden yang sedang sibuk mengusyar gerai-gerai yang baru sahaja hendak dibuka.

"Sama lah tu. Korang kan kembar. Perangai dua-dua sama je."

"Hsk!" Dengan penuh dramanya, Aidan memegang dadanya. Bahunya dicapai. "Dahlah, Dan. Betullah apa yang mama cakap tu. Mama, papa, Aish nak pergi ke gerai kelas Aish sekejap tau."

"Okey." Aidan yang tampaknya seperti baru sahaja tersedar akan perkataanku tadi lekas memanggilku kembali. Namun sebagai seorang adik yang baik, aku langsung tidak buat endah. Hmph kalau aku datang mendekat, confirm confirm dia nak mencarut ke atau apa-apa yang buruk kepada aku. Bagi mengelakkan dosa dia semakin bertambah, aku hanya hiraukan sahaja.

"Heh, apa khabar kuli batak aku! Aku hensem kan hari ini?" Aku menjeling tatkala The Kaki's itu tiba-tiba muncul dari celah mana.

"Kau kenapa eh, Tom? Yang kau tutup mata kau pakai blindfold tu kenapa?" Apa hal sia jantan ni? Risau aku. Hampir sahaja aku tidak mengenalinya namun apabila dia memanggil kami sebagai kuli batak dia, nampak sangat yang dia ialah Thomas.

"Takkan kau tak kenal siapa yang aku tengah cosplay sekarang ni? Aku sedang menjadi Gojo Satoru ni!"

"Disebabkan aku tahulah, aku tanya kau, setan. Langsung tak nampak macam Gojo. Kau nampak macam─── orang gila yang berada di jalanan. Or even worse." Kalau kau nak tahu betapa hodohnya cosplay yang dia sedang cuba lakukan ketika ini, korang boleh tengok link video yang author ni ada sediakan. Bezanya lelaki dalam video tu hensem. Tapi Thomas ini langsung tidak.

"Tak guna kau──"

"Kau memang nak berpakaian sebegitu sepanjang keberadaan di sekolah ke apa ini? Sudahlah nanti kita mahu bersenamrobik. Buat malu nusa dan bangsa sahaja kalau cikgu-cikgu nampak kau berpakaian sebegini. Aku syak pengetua pun mesti akan terberak sebab banyak sangat gelak."

"Alah rilekslah. Awal-awal pagi lagi aku sudah tercegat di pintu pagar sekolah. Memang semua cikgu boleh nampaklah yang pakaian aku macam ini."

"Oh I see. Pengetua dah datang ke belum?"

"Belum." Kemudian, satu announcement telah dibuat memanggil sekalian warga pelajar dan guru untuk berkumpul di padang bagi menjalankan aktiviti senamrobik.

"Eh hai Aish! Aku ingatkan kau tak datang lagi!" Sapa Intan mesra.

"Aku dah datang dah tadi. Tapi──" ayatku tergantung apabila dia mencuit perlahan lenganku. "Kau tahu tak siapa itu?"

"Tahu, itu Thomas. Dia kata dia nak jadi cosplayer Gojo Satoru. But I guess in a low budget." Tawanya ditahan. Boleh dikatakan hampir semua manusia yang berada di sini terkejut dengan gaya pemakaiannya.

"Assalamualaikum semua. Kami, Ultra yang tergolong daripada pelajar-pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar dari tingkatan enam ingin mengetuai acara senamrobik kita pada hari ini! Adakah anda semua sudah bersedia?" Suasana sekeliling aku lihat. Alhamdulillah, semua orang menerima baik aktiviti yang ingin mereka lakukan ini. Ibu bapa pun turut bersemangat, kau tahu?

Seketika, mataku bertentang dengan sepasang pupil yang merenungku tajam. Janggal, lalu terus aku menundukkan pandangan. Mengapa umi kepada Uwais pandang aku semacam? Aku ada buat salah apa-apa ke? Akhirnya, aku hanya buat tidak endah sahaja dengan pandangannya itu. Setelah selesai aktiviti senamrobik, seperti biasa, pasti akan ada satu slot khas ucapan sepatah dua kata daripada pengetua. Yang tahu je tahu, hm.

UltraWhere stories live. Discover now