15 | perak people

431 83 10
                                    

"UII apa anak teruna dok terkangkang ni? Cer duduk elok-elok," nenek memukul mereka yang baring rupa macam orang nak beranak menggunakan kuali. Dahlah pukul kat bontot. Mana tak meraung nya diorang.

"Alaa nenek, orang panas lah. Tengok ni, dah lencun dah baju orang." Uwais yang duduk di sebelah Aiden cepat-cepat menutup hidung.

"Habeh tu? Siapa suruh kamu duduk dalam rumah?"

"Ehh? Habis tu, kalau tak duduk kat rumah, nak duduk kat mana?"

"Orang pergilah jalan-jalan, tengok suasana kampung ni. Inilah budak zaman sekarang. Tengok phone je kerja."

"Eh mana ada--"

"Dah dah. Pi keluar cepat. Bak kata orang, jangan jadi macam katak di bawah tempurung." Kami ditolak keluar oleh nenek.

"Apa kena mengena--" PAP! Pintu itu terus ditutup. Aqil mengetuk pintu itu berkali-kali minta nenek agar pintu itu dibuka namun hampa.

"Dahlah korang, betullah cakap nenek tu kan. Daripada dok terperap je dalam rumah tu, apa kata kita jalan-jalan?"

"Mana boleh! Kau tahu tak aku download Pou semata-mata untuk main kat kampung? Kalau aku tahu, aku takkan bazirkan 30MB untuk download game tu."

"Geng, siapa reti bawa motor?" Semua mengangguk. Lutfil melebarkan senyuman.

"Rempit jom?"

"Hah aku nak naik dengan Lut!" Aqil awal-awal dah cop Lutfil. Best lah dapat naik dengan budak rempit -,-

"Aku naik dengan Riq!" Uwais merapati Thariq.

"Aku naik dengan Aidan," bahunya ditepuk perlahan oleh Rafael.

"Hah kau Aish naik dengan aku eh. Jangan mengada-ngada," Aiden mula memberi amaran. Hek eleh. Buat muka macam tu ingat aku takut ke? Rupa pun macam orang nak cirit. Siapa je yang takut?

"Eish aku tahulah."

"Ready, set, go!" Kami terus memecut laju. Belakang badan Aiden dipukul, menyuruh nya agar mempercepatkan lagi kelajuan. Tercyduk aku tengok Lutfil awal-awal dah pecut.

"WEHH KAT DEPAN ADA POLIS!" Serta-merta motosikal yang dibawa oleh kami berhenti secara mengejut.

"Korang ada lesen tak?" Semua menggeleng kecuali Thariq dengan si kembar tu. 18 tahun bolehlah.

"Aku ada idea,"



"Ni tolak motosikal, nak pergi mana?" Soal pegawai polis itu sambil matanya merenung tajam ke arah kami.

"Nak pergi bengkel, cik."

"Semua rosak ke?"

"Semua kecuali tiga tu je," Thariq menunjuk motosikal nya dan motosikal yang ditunggang Aidan dan Aiden tidak rosak.

"Hah elok-elok tolak tu." Sebaik sahaja kami melepasi road block itu, kami pun apa lah lagi.

REMPIT UWUUU!

"OII NAK PERGI MANA TU?" Sebenarnya, jaraknya tak adalah jauh sangat. Lebih kurang 5m macam tu. Semput pak cik polis tu kejar kitaorang.

"Tak apa lah, Hussein. Kat kampung je pun." Matanya hanya memandang pasrah budak-budak remaja yang merempit itu.

Nasib baik aku tua. Kalau tak, makan saman lah korang. Bisik hatinya.

"LUT, KAU TAK NAK FLY KE?"

"BUKANNYA AKU TAK NAK, TAPI ADA AQIL NI, AKU TAKUT DIA TERPELANTING JE NANTI."

"STOPP!" Serentak motor kami terhenti apabila seorang perempuan berdiri di atas jalan. Hampir sahaja aku tercampak ke hadapan namun tindakan aku yang lebih pantas untuk memeluk Aiden menyebabkan kejadian itu tidak berlaku.

"ARGHH KENAPA KAU PELUK AKU? JIJIK S***."

"Bruh aku ni oink oink ke sampai kau jijik sangat dengan aku? Tak dosa pun lah."

"What are you guys doing? Wanna die ke?" ZUP! Sentap hah engkau.

"Yang engkau berdiri tengah-tengah jalan ni kenapa? Wanna die too?" Kali ini dia pula yang terdiam. HAHAHA BAGUS UWAIS BAGUSS.

"Aku sebenarnya--"

"Sebenarnya apa?"

"Sebenarnya--"

"Nak bunuh diri?" Laju dia menggeleng. Habis tu?

"Nak ajak korang lay park." Satu saat. Dua saat. Tiga--

"KAU GILA KE APA? TERIK KOT MATAHARI HARI INI. NAK SURUH KITAORANG JADI MANUSIA BBQ KE APA?"

"Ehh bukanlah. I cuma nak ajak korang lay park je."

"Yelah--" terus kepala Aqil diluku oleh Thariq.

"Kau ni nak cakap b****, pandai. Dia nak ajak kita lepak lah." Kami semua hanya meng 'o' kan. Cakaplah lepak ini cakap lay park manalah orang faham. Nasib kami baik berdekatan dengan tempat yang kami berhenti ni ada gerai. Tak perlulah membazir minyak kan ehehehe.

"So, apa nama kau?"

"Nama I, Elsa." Tersembur Rafael yang sedang minum air kopi itu. Sungguh tak senonoh. Lutfil yang duduk di hadapan Rafael memandangnya tidak percaya. Mana tidaknya. Habis hitam muka jantan tu.

Setelah memperkenalkan diri masing-masing, kami mula berborak. Yang lelaki bincang dengan laki lah. Yang perempuan-- hm ada kami dua je.

"Handsome nya eybangang you..."

"Aku tahulah aku tak pandai, tapi janganlah sampai mem 'bangang' kan aku..." Air mata yang langsung tidak mengalir acah-acah dilap. Dahlah baru kenal, boleh pula dia mem 'b******' kan aku.

"I'm not talking about you..."

"Habis tu?"

"Aku pure jir eybang kau," ohh. Aku ingatkan dia mencarut kat aku. Baru rasa nak lempang tapi bila ingat anak orang so-- tak apa lah.

"Salmah!" Berkerut muka Elsa apabila seorang wanita tua memanggil. Pulak dah. Apa hal dia pula yang berkerut macam nak terkentut ni?

"Eyy mak ni, banyak kali Elsa pesan, panggil Elsa lah!"

"Elsa, Elsa. Penat mak pikior nama sedap-sedap untuk kamu, kamu suka hati je tukar. Cepat balik! Orang suruh beli telur dia buat kegheje lain, eeii sabor je ler!"

Setelah wanita itu mendapati kami terkebil-kebil melihat adegan yang tiba-tiba itu segera dia meminta maaf, "maafkan mak cik eh. Tok sah lah ingat apa yang mak cik cakap tadi. Kalau jumpa, tegur-tegur lah ya." Kami terdiam seketika sebelum Thariq mula mengajak kami pulang ke rumah.


"KOME SEMUA PERGI MANA HAH? DAH MAGHRIB BARU NAK BALIK? BARU JUMPA JALAN KE?"

"Udoh ler tu yayang oii. Sakit telinga teman dengar kamu membebel." Uiish. Atuk panggil nenek yayang. Gila rare.

"Habeh tu fikir abang je ke yang sakit? Ni, awok ni sakit kepala memikiorkan ke mana depe pergi. Buatnya kena culik macam mana?"

"Ish kamu tu suka sangat merapu. Cakap bukan-bukan."

"Saya ni bukannya apa, ghiso ler takut kena makan haghimau. Zaman sekaghang ni bahaya."

Atuk menggelengkan kepalanya. "Ehm ehm ehm. Dah, pi masuk mandi. Bau ghupa kambing." Kami tersengih sebelum masuk ke dalam kamar masing-masing untuk menyiapkan diri.

UltraWhere stories live. Discover now