53 | taekwando

211 44 13
                                    

TUMPUAN Uwais tika ini sepenuhnya pada patung gusti yang tidak bernyawa itu. Tumbukan demi tumbukan dia lepaskan. Segala kemahiran yang telah dia pelajari dia praktikkannya pada patung ini.

"Uwais," wajahnya ditoleh ke belakang memandang jurulatih yang mengajarnya selama ini.

"kamu tahu kan hujung minggu ni ada tournament?"

"Tahu, coach."

"Jadi apa jawapan kamu?"

"In shaa Allah coach, saya akan cuba untuk hadir juga."

"Kamu jangan beri saya jawapan sebegini, Uwais. Nama-nama peserta yang nak join tournament harus saya hantar sebelum hari Khamis. Saya perlukan jawapan yang yakin daripada kamu!"

"Ya coach, memang itu jawapan saya. Dengan izin Allah, saya akan hadir, coach."

"Habis tu kamu nak saya jawab kepada pihak atasan yang kamu akan hadir dengan izin Allah? Begitu? Kamu fikir lawak ke hah?" Wajahnya ditundukkan.

"Tak, coach."

"Dah tu?" Otaknya ligat berfikir jawapan yang paling tepat. "Begini, coach. Biar saya balik rumah dahulu, dan bertanya kepada ibu bapa saya. Setelah mendapat jawapan yang tepat, saya akan berikan kepada coach."

"Bagus. Saya rasa kamu dah boleh balik dah. Dah nak lewat ni."

"Baik coach." Segera dia mengayuh basikal lipat itu menuju ke rumah. Ya, dia terpaksa menunggang basikal kerna tidak mempunyai pengangkutan lain untuk ke sana. Ibu bapanya pula tidak mengizinkannya untuk naik Grab. Maka, haruslah dia untuk menunggang basikal sahaja.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, lambat kau balik. Aku ingatkan kau dah tak nak balik dah tadi. Ingatkan nak buang barang kau tapi bila adik kau yang last tu sibuk meminta aku untuk menangguhkannya, maka aku pun turutkan sahaja. Nasib baik Uzma ada tau. Kalau tak, heh, ke lori sampah lah barang-barang engkau!"

"Maaf, umi. Uwais tak ada niat pun ingin pulang lewat."

"Ah apa-apa sahajalah. Itu, aku ada sediakan kuih-muih untuk disedekahkan kepada orang masjid. Kau naik atas, siap, solat di masjid. Lepas tu jangan lupa letak juadah itu di sana. Jangan lupa letak nota kecil di atas bekas itu dan tulis bahawa itu merupakan sumbangan ikhlas daripadaku. Paling kurang pun, kau beritahu tok imam yang aku ada sediakan hidangan itu."

"Baik, umi."

"Bagus. Lekas engkau bersiap." Pantas anak laki-laki itu naik ke atas untuk membersihkan diri. Uwais yang baru tiba di kamar nya itu mula melabuhkan tubuhnya di atas katil. Penat benar setelah dua jam meluangkan masa di situ. Sendi tubuhnya itu tidak kurangnya juga rasa sakitnya itu.

"Assalamualaikum akhi," segera dia membetulkan tubuh. Keizinan diberikan kepada adiknya untuk masuk ke dalam bilik tidur miliknya.

"Waalaikumussalam. Ada apa kakak ke mari?"

"Saja. Mahu lihat keadaan akhi. Akhi pasti lelah, bukan? Yelah, akhi kan baru balik latihan taekwando. Lepas tu tiba-tiba umi suruh akhi solat di masjid."

"Ah tak apa. Bukankah sudah menjadi kebiasaan buat akhi untuk berjemaah di masjid?"

"Memanglah. Tapi sebelum ini, akhi jarang-jarang berpenat lelah sebelum pergi ke masjid. Kali ini kan lain."

"Hmm tak apa. Kakak tak payahlah risau."

"Hmmm."

"Dah dah, kakak, silakan keluar. Akhi nak mandi ni."

UltraWhere stories live. Discover now