10 | horrible class

591 103 9
                                    

AIR di laut tiba-tiba berkocak kuat. Tanah tiba-tiba bergegar. Ikan-ikan yang elok berenang di dalam laut tercampak ke dasar lalu pak cik kantin segera mengambil peluang ini untuk mendapatkan ikan secara percuma. WEII JANGAN KIAMAT LAGII AKU TAK CUKUP PAHALA LAGI WOII!

Sebuah kapal selam tiba-tiba keluar dari laut. Dengan tak malunya, seorang insan yang bernama Aqil keluar daripada lubang yang berada di atas kepala kapal selam itu.

"HAI KAWAN-KAWANSS!" Selamba badak dia je lambai kat kami yang baru nak masuk sekolah macam datang ke sekolah dengan kapal selam adalah perkara biasa.

Lepas tu boleh pula dia lompat daripada kapal selam tu. Nasib kaki tu selamat mendarat atas tanah. Kalau kepala yang kena? Ada juga kepala yang pecah nanti.

"Tak payah ternganga sangat," tegur Thariq yang muncul dari mana entah.

"Cuba cakap dengan aku, siapa je yang tak terkejut orang datang sekolah dengan kapal selam? Hah cuba cakap."

"Well it's Aqil kan. Nothing is impossible." Bibir diceber. Lain kali datang sekolah dengan van jenazah. Kata nothing is impossible tadi kan?




Bilik masakan

"Baiklah anak-anak murid yang tidak disayangi sekalian, cikgu nak korang memasak dengan partner masing-masing."

"Aaa cikgu--"

"Biar cikgu yang pilih. Tiada kompromi." Maka, pelajar 5 Sejahtera mula mengeluh macam Cikgu Aminah kesah je.

"Aishah dengan Aqil, Intan dengan Lutfil, Ain dengan Uwais, Damia dengan Rafael," malu-malu Damia menjeling Rafael. Padahal dalam hati tengah meloncat gembira sebab dapat partner dengan Rafael.

"YEAYY DAPAT PARTNER DENGAN AISHH!" Hampir sahaja Aqil nak peluk aku. Nasib baik aku sempat baling pinggan kat muka dia. Mujur pinggan plastik.

"Cikgu nak kamu masak makanan paaaling sedap. Siapa tak sedap, tunggu jelah nanti."

"Kita nak masak apa ni awakkk?" Aku yang tengok Damia yang mula melentok merapati Rafael pun dah geli. Sedaya upaya Rafael mengelak daripada terkena sentuhan haram si Damia.

"Kau ada idea ke Qil?"

"Hah! Kita masak nasi goreng nak tak?" Bersungguh Aqil memberi idea.

"Nasi goreng buat apa. Itu nenek aku pun boleh."

"Habis tu, kalau terer sangat, kau nak masak apa?" Soal Aqil dalam nada yang seakan merajuk. Yeleyele cakap sikit dah merajuk.

"Kita masak chocolate lava cake nak?"

"Uwahhh nak nakk!"

"Dah cepat-cepat ambil barang!" Pantas Aqil mendapatkan segala barang asas yang diperlukan untuk membuat sebuah kek.

"Eish, bagi akulah senduk tu! Aku nak pakai lah!"

"Apa kau ingat kau sorang je ke hah nak pakai? Biar akulah pakai dulu!" Sebatang senduk yang tidak bersalah ditarik-tarik oleh dua orang insan yang tidak berperikemanusiaan bernama Uwais dan Ain lalu menyebabkan senduk itu selamat terbang di atas langit dan akhirnya terkena pada dahi luas milik Cikgu Aminah. Matanya meliar. Pantas mereka berdua menyambung kembali kerja yang tergendala seperti tiada apa yang berlaku. Eh tadi bukan berebut senduk ke?

"Masa tinggal 15 minit lagi!" Segera aku memasukkan segala bahan ke dalam bekas. Eh aku tak main hentam-hentam je eh. Aku tahu cara nak buat kek okeyh? Elok sikit perangai.

"Masukkan bahan-bahan tu, lepas tu yang itu, yang itu dan yang itu!" Pening kepala Lutfil nak mencerna arahan daripada Intan. Perempuan tu boleh pula goyang kaki suruh Lutfil ke sana ke sini.

"Nak letak rempah ke Raff ku sayang?"

"Nak buat apa?"

"I nak tambahkan rempah supaya rancakkan lagi cinta kita ni!" Termangu Rafael di situ. Dia tak faham. Aku tak faham. Korang lagilah tak faham.

"Okey ke depan lagi, lagi sikit, hah cun!" Lagi sedikit sahaja buah ceri itu diletakkan di atas kek namun jeritan mak nyah yang dikeluarkan oleh Uwais menyebabkan tersalat coklat pada ceri itu.

"ARGHH CIKGUU HELP HELP!" Uwais mula berlari mengelilingi ruang di dalam bilik masakan ini. Ain turut mengikuti langkah Uwais dengan join sekali lari keliling tempat ni.

Fire extinguisher diambil lalu aku semburkan pada tempat yang terbakar. Haih. Kenapa lah mesti aku yang jadi hero? Orang lain boleh pula blur tengok api tengah marak.

"UWAHH TERIMA KASIH AISH--" baru sahaja Uwais ingin berlari ke arah ku namun fire extinguisher yang masih berada di tangan aku sembur pada mukanya.

"Harap je lelaki tapi nak padam kan api pun tak reti!"

"Eeii sampai ati kau, Aish. Habis putih muka aku. Kalau putih hensem tak apa lah juga, ni putih macam kain kapan ada lah!"

"Sudah-sudah! Kumpulan Uwais dengan Ain, kosong markah!"

"Hahh kenapa pula?" Serentak mereka berdua menyoal.

"Siapa suruh kamu bakarkan tempat memasak tu? Apa kamu ingat itu murah ke?"

"Tak apa cikgu," Uwais meng 'flip' kan rambutnya kemudian menyambung, "walid saya boleh bayar."

"Amboi senang kamu cakap. Apa kamu ingat, Ustaz Syed Faliq Farhan nak tolong bayarkan ke kecuaian yang kamu buat ni?" Cikgu Aminah bercekak pinggang. Uwais pula sedaya upaya cuba menyuruh Cikgu Aminah untuk tidak menyebut nama panjang bapanya.

"Ustaz Syed Faliq Farhan?"

"Gila kau tak kenal," Intan yang muncul dari mana entah memegang bahuku. "Ustaz Syed Faliq Farhan, ustaz paling famous kat Malaysia. Dahlah baik, sporting pula tu!"

"Kenapa aku tak pernah kenal pun?"

"Memanglah! Kau tu seperti katak di bawah tempurung! Apa benda pun kau tak tahu!"

"Ini, hidangan kamu dengan Aqil ke?"

"Ya cikgu." Fuish. Seram semacam aura cikgu bila nak menilai makanan aku ni. Dia kunyah pun perlahan je nak feeling feeling gitu.

"Sedap," aku dan Aqil mula tersenyum.

"100% markah! Tahniah!"

"Wah terima kasih cikgu!" Kemudian, dia berlalu pula di meja Rafael dan Damia. Sesudu kuey tiaw diambil lalu perlahan-lahan dia cuba menikmati rasanya.

"PUIHH! Kamu berdua letak apa hah dalam masakan ni?!"

"Erm teruk sangat ke cikgu? Maaflah, saya first time masak."

"MESTILAH TERUK! APA NI KUEY TIAW PAHIT?" Rafael menghulurkan segelas air kepada Cikgu Aminah lalu diteguk nya rakus.

"Fuihh," dia mengambil nafas seketika sebelum-- "KOSONGG!" Jeritannya kuat bergema di dalam bilik itu. Nasib tak pecah gegendang telinga.

"HAH KAMU LUTFIL! ADA RASA NAK RACUN SAYA KE DENGAN MAKANAN TAK SEDAP KAMU TU?" Kesian Lutfil. Cikgu datang-datang, terus tuduh dia macam-macam. Takut dikhianati sekali lagi kot hAgAgAgA.

"Mana ada cikgu. Saya terlalu baik untuk buat perkara terkutuk seperti itu." Cikgu Aminah mengendahkannya lalu ayam goreng percik buatan Lutfil disumbat ke dalam mulutnya. Tergamam dia di situ.

"Erm cikgu, cikgu okey tak?"

"OKEY? TERLEBIH OKEY NI LUTFILL!" Masya Allah. Hari ini sahaja, Cikgu Aminah dah berapa kali jerit kat kitaorang. Kami tak cukup pekak untuk tak dengar suara cikgu.

"Sedapnya Ya Allah, 100% markah!"

"Wahh terima kasih cikgu!" Tertunduk-tunduk Lutfil mengucapkan terima kasih kepada cikgu. Intan pula, terasa dirinya tidak layak untuk mendapatkan markah itu tapi dia buat tak kesah je sebab-- oh come on lah siapa je yang tak suka dapat markah penuh?

Korang pun suka kan? Baik mengaku cepat ←_←

UltraWhere stories live. Discover now