52 | budak susu

253 44 9
                                    

"JADINYA, korang dah berbaiklah ni kan?" Soalan daripada Thariq itu mendapat anggukan daripada mereka. Suka betul aku yang berkawan dengan mereka. Apa-apa sahaja, pasti akan ada yang belanja kami makan. Contohnya macam sekarang. Disebabkan Aqil happy setelah berbaik dengan Rafael, dia telah membelanja kami dengan hidangan enak di restoran tepi jalan. Apa? Ya ya aku pasti korang expect yang Aqil akan belanja kami dengan makanan yang mewah, tapi sebenarnya tak pun.

"Tapi, sebelum aku betul-betul nak maafkan engkau, ada satu syarat yang akan kuberi." Serentak kami memandang Rafael, menanti permintaannya itu.

"Aku nak kau──" bicaranya terhenti tatkala aku sedang asyik menghirup air teh o ais yang dipesan olehku. Lalu tumpuan mereka jatuh pula kepadaku.

"Apa pandang-pandang? Yang kau tu pun Raff, sambung jelah nak cakap apa." Aqil mencebik. Kemudian, Rafael kembali mengatakan ayat yang sama namun kali ini, aku sedang makan keropok yang kebetulan bunyinya itu agak kuat ya.

"For God sake Aishah Amylea, boleh tak kau tolong senyap sekejap?" Lutfil menghentak kuat meja. Wah, terkejut aku. Siap ber 'speaking' lagi. Thariq lantas meminta maaf kepada tetamu-tetamu yang lain turut terganggu dengan perbuatan Lutfil sebentar tadi.

"Okey aku diam." Kedua-dua belah tangan diangkat tanda menyerah.

"Aku nak kau ikut aku lepas kita habis lepak sini nanti." 

"Lah, tu je ke? Kau ni, buat aku saspens je. Mestilah boleh Raff ku sayang, untuk kau semua boleh. Muah muah." Aqil sudah beura-ura ingin mencium pipi milik Rafael lantas ditolak kuat olehnya. "Kita kat public ni, b****." Jap kenapa AYAT DIA LAIN MACAM NI EH? KE AKU SALAH DENGAR NI?

"Kau kenapa, setan?  Cuba kau tengok muka Aish, dia dah pandang kau pelik doh." Uwais segera menegur Rafael. Aku yang baru perasan aku dipandang ini mula berubah wajah. Muka aku pandang dia tadi memang nampak sangat ke yang aku mula menjijik dengan dia?

"Haa, kuning rupanya otak kau ni, Aish. Aku ingat otak kau warna pink." Ucap Lutfil selamba sambil menghirup air tembikai miliknya. "Macam mana kau tahu warna otak─"

"Aduh kau ni. Kau tak pernah tengok tv ke? Warna otak kat tv semua warna pink. Tak pernah lagi aku tengok otak warna biru." Sah, ni mesti banyak sangat minum ketum ni. Kalau tak ketum pun, ganja. Haa betul betul.

"Kenapa kau bijak sangat ni, Lut? Aku tak tahulah sama ada tu betul ke tak tapi aku benar-benar sokong dengan kenyataan kau itu." Uwais menepuk-nepuk bahu Lutfil menjadikan lelaki itu bertambah bongkak. Ceitt. Dasar.

"Otak manusia tak ada warna, namun para manusia yang pandai pandai telah membahagikan otak kita kepada setiap warna-warna tertentu." Kata Thariq sambil membetulkan cermin matanya yang hampir terjatuh itu.

"Yeke?"

"Kau tak percaya aku ke, Aish?" Dia memandangku tajam. Aku segera mengangguk. Shewram pulak aku tengok dia buat gaya camtu.

"Begini. Kalau korang nak tahu, otak ni ada empat jenis kategori. Ada warna hijau, merah, ungu dan biru."

"Eh Lut, tadi kau kata otak tak ada yang warna biru─" pantas dia menyuruh aku diam. WeHeHeHe.

"Jangan jadi lembab sangat. Aku kata kategori, bukannya otak tu memang warna macam tu."

"Ouu okey okey. Lepas tu?"

"Lepas tu─" Thariq tampak seperti sedang melihat sesuatu namun lekas sahaja perasaan curiga itu aku buang jauh-jauh. Aku percayakan dia, kan dia suruh tadi.

"Uwu Thariq tengok phone lah. Kot ya pun nak tengok phone tu, ke bawalah sikit. Ini tak. Aku dahlah duduk depan kau. Sah sah nampak." Sengaja Uwais berkata kuat. Thariq sekadar tersengih. Kami pun ketawa. Lah, tadi kemain nampak macam pandai sangat XD

UltraWhere stories live. Discover now