11 | study group

570 99 12
                                    

"SIAPA nak join aku study petang ni?" Biar betul si Aqil ni. Kena sampuk malaikat maut ke apa sampai tiba-tiba rajin nak study ni?

"Aku bangga dengan kau," bahu Aqil ditepuk berkali-kali oleh Thariq.

"Tapi maaflah aku takkan join. Aku tolong tengok je. Yelah kalau dibiarkan korang berlima je yang study, confirm tak ada satu pun yang masuk otak." Cis. Mentang-mentanglah pandai. Riak pula.

"Kau nak study? Kang tak pasal-pasal stado je nanti."

"Ish ish, tak baik kita buruk sangka dengan orang. Tahu tak--"

"Tak nak tahu." Lutfil ni kalau buka mulut nak ceramah, ah baik ditutup kan awal-awal. Belum tentu esok ceramah dia dah habis.

"Kita study kat rumah Ultra nak? Sekali dengan Aish," gila kaya diorang ni. Tapi ni mesti bapak Aqil sponsor hurm.






"Kamu ni siapa ya? Kalau kamu nak merompak, pak cik sarankan kamu balik. Pak cik ada taekwando ni. Tali pinggang hitam lagi." Pak cik guard itu berura-ura ingin menumbuk ku. Eleh. Tak macho lah kalau tumbuk perempuan. Ada nampak macam muka aku ni nak mencuri ke? Eh hello aku terlalu suci--

"Dia kawan kami pak cik," lengan baju ku ditarik oleh Rafael. Wah wah wah suka hati je tarik baju orang.

"Oh ya ke? Nasib pak cik tak sempat nak taekwando dia. Kalau tak, dah innalillah dah dia."

"Perlu ke sampai ada pak guard?"

"Perlulah. Bak kata Uncle Noah, safety first."

"YEAYY! SELAMAT DATANG KE RUMAH ULTRA AISHH!" Korang tahu tak benda yang letup letup orang selalu pakai kalau ada buat perasmian tu? Hah, benda tulah yang Aqil tengah pakai sekarang ni.

"Selamat, selamat, selamat ke rumah Ultra!" Uwais dan Lutfil sibuk berkompang sambil mendendangkan lagu selamat pengantin baru yang dinyanyikan oleh Upin Ipin tu.

"Jemput masuk. Jangan buat macam rumah sendiri eh," dah kalau memang bukan rumah aku, memang taklah aku nak buat macam rumah sendiri. Apa benda lah diorang ni.

"Tapi kan sebelum kita nak belajar, boleh tak kita rehat dulu? Lapar lah pula brrr~" yang tak senonoh tu Aqil lah tu. Belum apa-apa lagi dah minta rehat? Ini belum lagi nak belajar.

Dengan selamba nya, aku duduk di atas sofa sambil menonton televisyen yang sedang memaparkan anime Boku No Hero Academia. Tak pernah dengar? Diam je.

Hampir sahaja aku mengalirkan air mata part yang sedih-sedih tu namun, "AAA AISHH HELP MEHH!" air mata yang baru sahaja ingin mengalir itu aku kesat kembali. Paksa dia naik balik.

"APA LAGI HAHH?"

"WEII TOLONG AKU IKAN TU MARAH AKUU!" Uwais menyorok di belakang aku.

"Apa hal pula ikan nak marah kau?"

"Kau tengok tu, roh dia marah dengan aku sebab aku nak masak dia lepas tu dia pergi percikkan minyak tu kena tangan aku HUWAA DIA MARAH AKU WEII!" Dia menunjukkan tangannya yang terkena percikan minyak itu.

"Tak melecur pun,"

"Memanglah! Sebab aku sempat selamatkan dia tadi! Kalau tak, dah tak hensem dah tangan aku..." tangannya itu diusap dengan penuh syahdu. Malas ingin melayan drama Wais, aku mengambil senduk lalu menerbalikkan ikan itu.

"WEHH HATI-HATI WEHH! NANTI IKAN TU MELOMPATT!" Badanku digoncang kuat. Lantas, aku menghadiahkan sebuah penumbuk di bahagian perut nya. Senak terus dia di situ. Padan muka engkau.

Selesai ikan itu digoreng, aku meletakkan nya pada pinggan. "Elok je aku masak." Cemberut sahaja wajahnya melihatku. Tengah sakit lagi tu kot AHAHAHA.

"Siapa tak makan lagi mari makan!" Berdesup mereka datang menghampiri meja makan. Aku tak ada lah kejam sangat, bagi makan ikan goreng je. Sempat lah buat tomyam sikit.

"Mana Thariq?"

"Tidur." Jawab Lutfil dalam keadaan mulut yang penuh. Tak senonoh punya jantan.




"Lepas tu, kau selesaikan jelah persamaan tu. Habis!"

"Kau cakap senang lah! Aku ni hah, otak yang sejak azali lagi lembab mengalahkan siput babi, nak faham benda macam ni, memang merangkak lah!" Uwais tampak seperti benar-benar mengalah ketika ini.

"Otak kau tu tak lembab, tapi kau tu hah pemalas sangat memang lembab lah macam tu!"

"Macam ni kan Aish?" Buku latihan Addmath milik Aqil ditunjukkan kepadaku.

"Haa pandai pun engkau!"

"Aku memang pandai," riak dah jantan ni. Rafael yang lena di sofa tiba-tiba terbangun dalam keadaan mata yang terpejam. Kemudian, langkahnya dibuka lalu mula berlari.

"Eh eh Raff tu nak pergi mana?"

"Jangan risau. Dia mengigau je tu."

"Asal mengigau lari pula?"

"Kau tengok tu," jari telunjuk Lutfil dituju pada skrin televisyen yang sedang memaparkan drama yang bertajuk Bukan Gadis Biasa.

"So?"

"Kau tak nampak ke opening drama tu diorang berlari?" Eh haahlah patutlah Rafael tiba-tiba berlari. Ayda Jebat masuk mimpi kot AHAH.

Yang paling mengejutkan, Rafael tiba-tiba pengsan sebaik sahaja opening drama itu tamat. "RAFF!" Ada-ada jelah perangai diorang ni.

UltraWhere stories live. Discover now