58 | tabayyun

87 13 3
                                    

Syed Ahmad Uwais Wazir

"QIL, nak pinjam duit sikit boleh tak?"

"Hm, pinjam? Takpelah, aku sedekah jelah." Matanya masih tekun menatap game yang tengah dimainnya.

"Eh janganlah, kau buat aku rasa miskin do."

"Hek alah kalau aku kasi kau pinjam pun, esok kau nak bayar balik ke? Tak kan? Lima tahun lagi pun belum tentu kau akan bayar hutang kau."

"Ala, sorry la. Kau bukannya tak tahu yang umi aku sekat pengaliran keluar wang aku. Kalau boleh semua duit aku dia nak derma kat persatuan dia."

"Hm yelah. Tapi aku serius tau kasi je kau duit ni. Kau nak berapa?" Tatapannya menjadi serius. Tidak lagi memandang game yang dimainkannya tadi.

"RM20? Boleh?"

"Kau nak lebih pun aku boleh kasi la." Serta-merta not RM100 diserahkan kepadaku.

"Lebih sangat ni, Qil."

"Alah, takpelah. Lebihan duit tu kau boleh pakai untuk beli manga cerita favourite kau tu."

"Weii terima kasih do, Qil! Sayang kau!" Tubuh lelaki itu aku peluk erat.

"Ye ye sama sama kasih." Sedang kami sibuk berpelukan, Lutfil tiba-tiba datang dari arah mana, membuat raut jelek di wajahnya.

"Korang...  gay ke? Ya Allah. Apa dosa aku ya Allah? Sampaikan kawan-kawan aku ni sudah terbalik nafsunya?" Memang aku luku je kepala mamat tu. Suka hati mak datuk dia je kata kami gay.

"Tolonglah. Kalau aku gay dah lama aku kena bantai dengan parent aku tau?"

"Yela yela."

"AQIL, NAK DUIT!" Pantas kami mencari si empunya suara. Ewah Raff, senangnya kau meminta duit. Tapi tula, dengan mudahnya Aqil memberikan not RM100 kepadanya. Aku ni, sebenarnya dah lama sus dengan relay mereka ini-

Tiba-tiba, pintu bilik rahsia kami diketuk dengan sangat kuat. Terpacullah wajah Aish yang masuk ke dalam bersama raut muka yang agak resah dan sebagainya.

"Kau kenapa ni, Aish?"

"Ultra for God's sake, korang kena cepat keluar weh dari bilik ni! Bila-bila masa je pengetua dengan konco-konconya akan serbu tempat ni!"

"Hah? Dah kenapa pula? Bapak aku sponsor terbesar kot kepada sekolah ni!" Ah anak orang yang tak pernah kenal erti miskin tu bersuara sudah dia.

"Kesah apa? Cepat lari, aku kata!" Tanpa membuang masa, kami keluar dari bilik itu tidak ubah seperti lipas yang tidak kudung.

Thariq yang berada di belakang menyorok di balik semak-samun untuk melihat keadaan yang berlaku di bilik itu. Betullah, pengetua dan barisan penolong kanan memang serbu mat bilik mereka itu.

"Weh Aish, apa pasal bilik tu tiba-tiba kena serbu ek?" Soal Aqil hairan.

Aish mengeluh perlahan sebelum membuka cerita, "kau tahu tak, kecoh satu sekolah gosip panas Wais dengan budak perempuan sekolah ni."

Kepalaku diangkat melihat wajah Aish dengan raut yang tidak percaya. "Gosip apa ni?"

"Ada orang sebar kau buat benda tak baik kat dia, Wais. Mereka kata kau buat benda tu dekat bilik rahsia Ultra tu lah."  Ahli Ultra yang lain memandang antara satu sama lain dengan pandangan yang tidak mungkin.

"Perempuan tu siapa? Dia ingat dia tu siapa nak jatuhkan air muka kawan aku ni, hah?" Aku berasa lega apabila Rafael datang untuk menenangkanku.

"Tak tahu do. Kalau tak silap aku, pompuan tu junior."

Rafael berdecit perlahan. "Kecik kecik liat nak mati gamaknya budak tu." Buku limanya mula terbentuk. "Jomlah kita meet and greet dengan budak tu."

"Kau gila ke, Raff? Confirm confirm budak tu dengan barisan pentadbiran nanti kalau kita pergi jumpa dia."

"Entahnya. Sebelum nak buat keputusan tu, cuba nilai dulu. Boleh ke tidak." Thariq mula bersuara sambil tangan disilangkan di dada. Tubuhnya disandar pada dinding laluan yang sedang kami berada ketika ini.

Sambung Thariq lagi, "kau tahu tak perkara apa yang paling buruk boleh kita expect sekarang ni?"

Masing-masing membulatkan mata. "Jangan kata-"

"Ya, Wais. Mak kau ada bersama barisan pentadbiran sekarang ini." Pandanganku mula memancar ketakutan yang maha hebat. Badan menggigil bagai tiada hari esok. Tubuh mula sejuk seperti aku berada di dalam bilik yang suhunya negatif.

"Syed Ahmad Uwais Wazir!" Suara wanita itu memetir memanggil namaku. Rasanya dah macam nak jatuh tersembam ke atas tanah. Raff memegang tubuhku bagi mengelakkan aku daripada terjatuh.

"Woi anak s***! Kau di mana, hah?!" Wajah Ultra aku pandang. Mereka mengangguk, membenarkanku untuk pergi bertemu mata dengan wanita itu.

Aku berjalan dengan penuh berani. "Assalamualaikum umi, ada apa ya umi panggil akhi di sini?"

Umi yang nampaknya seperti dicabar keegoannya mula menjawab, "oh, reti bagi salam rupanya engkau ni."

"Alhamdulillah, saya dibesarkan dengan diberikan didikan agama yang sangat mencukupi daripada umi dan walid saya."

Umi tersenyum sinis. "Aku tak ada anak tak ada adab macam kau ini."

"Oh, saya tak cakap pun yang saya ni anak puan?" Berubah terus riak mukanya itu. Melihat keadaan itu, aku tersenyum puas di dalam hati.

"Kau memang dah kurang adab ya sekarang dengan aku?"

"Baru hari ini saya biadab sedikit dengan puan. Sebelum ini, adab saya sentiasa tinggi walaupun puan banyak berkata buruk kepada saya. Hari ini saja, saya keluarkan sisi ini, sisi yang lelah dengan tindak-tanduk uminya."

"Kau cuba sampaikan apa sebenarnya, hah?"

"Tak ada apa lah, umi." Melihat perilaku ku seperti itu, lenganku direntap kasar olehnya.

"Kau betul-betul sudah perlekehkan aku ya, sekarang? Kau sedar tak yang kau itu, sudah rosakkan nama keluarga kita? Maruah keluarga Ustaz Syed Faliq Farhan!"

"Jadi, umi percaya?"

Umi tersenyum senget. "Kau sedang cuba manipulasi aku ke, Wais? Lupa barangkali kau ini, wanita yang berada di depanmu ini ialah umi mu."

Aku berdecit perlahan. Mata aku mula menangkap satu sosok yang amat ku kenali. Melihat sosok itu, aku lantas melajukan larian mendapatkannya. Namun semuanya berubah apabila wajah itu memandangku dengan pandangan yang.. hina?

"Kau ni.. betul ke anak aku? Ke isteri aku ada tertukar engkau dengan mana-mana bayi di hospital dahulu?"

Apa yang.. walid cuba sampaikan ni..?

"Walid.." lengannya aku cuba capai. Tapi, masakan walid yang suci itu mahu membiarkan kulitnya disentuh oleh tubuh yang dinodai sebuah berita yang sudah pastinya palsu?

"Zainab.. awak pasti ke budak ni anak kita.. ke awak tersilap ambil anak orang ni..?" Ada apa dengan senyuman walid ni? Senyumannya ini tampak benar-benar palsu dan.. menyeramkan juga.

"Agaknya betul lah tu kata awak, kesilapan terbesar kita adalah menghasilkan anak yang bernama Syed Ahmad Uwais Wazir." Mendengar kenyataan itu, hati aku disahkan pecah dan terburai semahunya.

UltraWhere stories live. Discover now