43 | latihan kecemasan

252 57 7
                                    

"SETERUSNYA dipersilakan tuan pengetua untuk memberikan ucapan, majlis mempersilakan." Lalu, bergerak lah sang pengetua itu ke pentas nya untuk berucap. Jap, aku pernah bagitahu ke yang barisan vvip sekolah ni tak duduk atas pentas? Kalau aku pernah bagitahu, buat-buat tak tahu jelah eh.

Baru sahaja dia ingin menaiki tangga yang dibina, kakinya sudah memijak sebuah benda yang amat suci lagikan murni. Berkerut lagi bertambah kedut wajah lelaki tua itu. Pantas, dia menoleh ke arah para pelajar.

"Siapa yang buat ni? Ultra? Kamu yang buat kan?"

"Mana ada, cikgu. Walaupun saya adalah manusia yang bertanggungjawab ke atas kucing-kucing di sekolah ini, namun urusan membuang hajat, bukan urusan saya ya, cikgu. Itu urusan mereka sendiri." Jawab Aqil tenang sambil minum air Milo buatan mak cik kantin. Aikk mana dia dapat air tu woii?

"Bukan urusan kamu, kamu kata? Siapa suruh kamu bagi dia makanan? Kalau kamu tak bagi dia makan, perkara tidak akan jadi sebegini lah!"

"Lahh nak salahkan saya pula. Kalau saya tak bagi makanan, siapa lagi? Tak kesian ke dekat kucing yang selalu mengemis meminta makanan? Bagi kucing makanan rezeki luas tau."

"Huh apa-apa jelah. Saya tahu itu cuma hanyalah alasan awak bagi menutup kesalahan yang telah awak lakukan." Okey, apa masalah pengetua sekarang ni? Dia nak kata taik kucing tu salah Aqil ke apa? Dah memang basic lah kalau kucing berak merata. Baru sikit nak mengamuk pehal? Bukannya taik Aqil pun -,-

"Pengetua, tolong cepat sikit beri ucapan. Dah nak dekat setengah jam kami dengar awak berleter dengan Aqil." Pesan Cikgu Ali. Lantas, lelaki yang dengan penuh gah nya itu menaiki pentas tanpa menghiraukan aroma tidak enak pada tapak kasut nya.

"Berdirinya saya di sini, hanyalah mahu memberikan pesanan sebagai seorang pengetua di sekolah SMK Baebun. Sebagai seorang pelajar, adalah penting untuk kita tidak menjadi seperti blehblehbleh." Apa-apa jelah. Malas nak dengar. Pengetua kalau diberi chance untuk membebel, nak dekat sejam hah engkau! Terseksa betul! Nasib baik dapat duduk. Itupun atas lantai. Ingat ni perhimpunan sekolah rendah ke duduk atas lantai?

Aku melihat sekeliling. Ada yang sudah menguap, ada yang setia mendengar apa yang pengetua cakap, dan ada yang sudah tertidur dah pun. Intan lah tu. Helok je dia terlena kat bahu aku. Tanpa rasa bersalah nya, aku menolak kepalanya menjauhiku lalu membuatkan kepalanya terhuyung-hayang sambil matanya terkatup erat. Tawa ditahan. Kalau boleh bawak phone, dah lama aku rakam detik terindah ini. Best betul kalau dirakam ni. Ini kalau tunjuk kat Intan ni konfem patah tulang belakang aku.

Gelagat Ultra yang sedang bermain dengan papan ular itu aku lihat. Punyalah seronok diorang main, cikgu tak nampak ke apa yang diorang buat ni? Melalui apa yang aku lihat, aku dapat agak yang dam digunakan oleh Rafael telah dimakan ular lalu Uwais dan Aqil masing-masing mentertawakannya. Namun, takdir Allah itu indah, dam Uwais dan Aqil pula yang dimakan oleh ular apabila mereka sedikit lagi ingin sampai ke petak penamat. Macam mana aku tahu? Well, dari riak muka sahaja sudah tahu.

"Baiklah, itu sahaja ucapan saya kali ini. Sekian, terima kasih." Murid-murid mula bangun dan aku pun menyedarkan kembali Intan yang sudah terbang ke alam mimpi. Bangun-bangun sahaja, Rafael sudah galak mentertawakan Uwais dan Aqil yang tadinya mengejek nya. Thariq kan form 6, jadinya dia tiada di barisan itu. Lutfil? Sibuk mengorat awek sebelah dia dan unexpectedly dia berjaya.

"Wuuhoo aku dapat awek baru, guys! Aku tak sangka, akhirnya usaha ku itu membuahkan hasil." Air mata yang langsung tidak mengalir dilap.

"Aku tak faham apa yang best nya dapat pakwe atau awek."

"Bruhh kau tak pernah in relationship ke, Aish?"

"Eeii tak kuasa aku. What a nonsense."

UltraWhere stories live. Discover now