44 | juniors are suck!

276 60 14
                                    

HARI ini tak ada perhimpunan, iyalah, takkanlah tiap-tiap hari perhimpunan, iyadok? Ceitt. Tak ada lah, hari ni, dewan dah ditempah sebagai tempat di mana sekalian form one akan berkumpul. Jangan tanya aku pehal dah chapter 45, baru muncul form one.

Disebabkan aku boring yang teramat, aku lihat pelajar lain di dalam kelas ini. Uwais tengah menyapu. Aqil tengah sedekah kan sampah. Rafael tengah tidur. Lutfil baca buku. Aik? Rajin pula awal-awal pagi ni dia baca buku.

Oh, baca novel cinta ke. Ceitt. Ingatkan buku tarbiah. Lalu, aku lihat pula Uwais yang nampaknya seperti rajin kerana menyapu koridor hadapan kelas sekali.

"Masya Allah nak, tak payah lah nak bersusah-payah menyapu ni. Biar mak cik buat. Ini kan kerja mak cik."

Jejaka itu tersenyum manis. Pelajar-pelajar perempuan yang lalu-lalang di koridor ini mula tersenyum sumbing. "Eh tak apa lah mak cik, alang-alang saya free ni."

"Masya Allah, terima kasih ya, nak. Sebab sudi tolong mak cik menyapu."

"Sama-sama mak cik." Kemudian, mak cik itu meminta diri untuk berundur lalu bayangannya pun mula menghilang dari pandanganku. Seisi kelas memandang Uwais pelik. Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja dia dengan sedaya upaya nya mahu menyapu Thomas masuk ke dalam penyodok sampah tu.

Semua pelajar yang melihat sudah menahan ketawa masing-masing. Nak gelak, tapi takut kena tibai dengan Bulu Kaki tu. Jadi, hasratnya itu terkubur sahajalah huhuhu.

Sebatang lolipop yang berada di mulutnya dikepit pula di antara jari telunjuk dan jari hantu nya lantas, wajahnya didekatkan dengan wajah milik Uwais.

"Kau pernah mampus tak, Wais?"

"Erm setakat ni belum lagi sebab belum tiba masanya lagi," nasib baik ada rakan-rakan Thomas yang sempat menahan. Kalau tak, dah lunyai dah jantan tu.

"Yang kau tiba-tiba nak menyapu aku ni dah kenapa? Ada nampak rupa aku yang hensem ni macam sampah ke?" Eeuww. Hensem? Kepala tengkorak kau. Tiang pun lagi hensem lah!

"Oh, bukan sampah masyarakat eh? Baik-baik. Faham." Sekali lagi, tubuh Thomas sempat ditahan oleh rakan-rakan The Kaki's nya.

"Kau───" bicaranya terhenti apabila sebuah pengumuman disampaikan. "Perhatian kepada semua murid tingkatan empat, anda diminta untuk ke dewan besar sekarang juga."

"Apa hal pula? Apa kena mengena kitaorang dengan form one?" Sekalian pelajar tingkatan empat SMK Baebun mula mengamuk menunjukkan protes. Dia punya protes tu siap ada ramai-ramai lagi buat banner lepas tu kumpul ramai-ramai. Ketua nya itulah, si Aqil tu. Entah apalah jantan tu buat. Mana yang baik, ikut apa yang cikgu cakap. Mana yang melawan, ikut perbarisan si Aqil itu.

"Cikgu! Kenapa kami pun kena ada sekali dekat dewan? Apa kena mengena kami dengan form one?" Jerit Aqil dari koridor kelas kami.

"Muhammad Aqil Muhtadi! Kamu turun sekarang! Kalau tak, saya call daddy kamu!" Ugut Cikgu Kira. Sepantas kilat lelaki itu turun ke dewan.

"Ya cikgu? Cikgu ada panggil saya ya tadi?"

"Uh, tak ada! Saya nak semua murid tingkatan empat, bersedia di tempat masing-masing! Beberapa orang akan jaga kaunter, beberapa orang akan jaga parking dan sebagainya. Bertindak segera!" Tidak menunggu lama, kami lekas berpecah. Disebabkan bontot aku malas sangat nak bangun, aku pun jaga kaunter jelah. Mudah sikit.

"Eh Aish, kau pun jaga kaunter jugak ke?" Aku mengeluh perlahan. Halamak Lutfil ni, dia pun nak jaga kaunter juga ke? Sibuk betullah!

"Habis tu? Kau rasa kenapa aku duduk kat sini?"

"Alahh Aish, rileks lahh kau ni, sikit-sikit nak marah." Bicaranya langsung aku tidak endah. Mampus lah kau. Malas aku nak layan. Lagi pula, aku sudah boleh lihat kelibat manusia-manusia noob yang pertama kali hadir ke sekolah.

"Wahh cantiknya sekolah nii!"
"Besarnya sekolah nii!"
"Ayah, kenapa sekolah ni nama SMK Baebun ek?" Sepertinya bapa kepada anak itu menggaru kepalanya sehingga gugur kelimumur yang bersarang di kepala rambutnya. Kau jangan tanya ya dik kenapa nama sekolah ni lain macam. Aku yang dah lama kat sini pun tak tahu.

"Selamat datang ke SMK Baebun. Anda boleh mengisi borang persekolahan di sini." Kataku tenang kepada dua beranak tadi sambil menghulurkan sebuah borang kepadanya.

"Oh waa'laikumussalam. Kat sini, ya? Pen mana pen? Aku tak expect pula masuk sekolah ni terus kena isi borang persekolahan." Lalu, poket Lutfil diseluk dan kebetulan ada pula pen di situ. Nais betul.

"Mak aih. Banyak betul benda nak kena isi! Kau fikir aku ada masa ke nak isi semua ni?" Aku hanya menahan sabar daripada terus melepaskan geram kepada lelaki dewasa yang berada di depan aku sekarang ini. Eh pak cik ni. Kecik besar kecik besar je aku tengok kau. Ada jugak yang aku sumbat borang tu dalam mulut nanti.

Sementara itu, aku lihat pula para pelajar yang lain. Lutfil macam biasa, dia dengan sedaya upaya nya menarik murid perempuan yang berada di hadapannya itu untuk masuk ke dalam sekolah ini. Kadang, ada juga kan function mulut manis dia tu. Tak ada lah membazir semata-mata untuk pikat perempuan je.

Intan, dia pergi tercongok kat depan pintu pagar sekolah semata-mata untuk menyambut tetamu. Jadi, setiap kali ada tetamu yang hadir, mereka akan dapat lihat senyuman yang tercalit pada bibir seorang Intan Syauqina. Dengar cerita ada orang pengsan sebab terkejut sangat tengok perempuan tu tersenyum. Katanya seperti badut IT.

Rafael yang kalian semua tahu, seperti biasa, lelaki itu hanya membantu sedikit sahaja dengan guru. Selebihnya dia duduk belakang dewan sambil sibuk minum susu GoodDay.

Aqil? Mulutnya yang kecoh itu telah membuat dia menjadi seorang tour guide. Yelah, sekolah ni kan boleh tahan besar, kalau tak ada tour guide habis sesat lah diorang.

Uwais pula? Dia jaga parking. Aku malas nak cakap lebih pasal Wais so hmMmMmMmM.










Tempat rahsia

"Siaa penat betull!" Kata Uwais sebaik sahaja meletakkan punggung di atas sebuah sofa empuk yang terdapat di dalam bilik rahsia tersebut.

"Mana tak penatnya. Dahlah cikgu tak bagitahu apa-apa, lepas tu suruh kita buat macam-macam." Aqil mula menyampuk.

"Apa kena mengena kita dengan form one doh? Bukan ke yang uruskan pasal form one apa semua ni form five ke?"

"Entahlah Aish, sekolah kita ni memang lain daripada yang lain." Jawab Rafael sebaik sahaja melabuhkan badan di atas katil kecil yang turut tersedia dalam bilik tersebut.

"Kau Rafael! Jangan cakap yang kau penat eh kat sini! Kau dahlah tak banyak tolong, kalau kau cakap kau lagi penat daripada kami, aku siat-siat engkau!" Uwais sudah mula mengacah ingin mengsiat tubuh Rafael. Dia yang mendengar hanya menggeleng tak nak.

"Entah nya! Dahlah semalam lari keluar dari sekolah, orang semua beratur tunggu kat padang, kau dan Aish pula blah dari sekolah." Aqil menjegilkan matanya ke arahku.

"Apa salah aku pula? Ini semua salah Raff! Dia yang ajak aku! Aku mana tahu apa-apa!"

"Hek eleh Aish, buat-buat innocent lak!"

"Eh betullah kan. Aku mana tahu yang kau nak bawak aku keluar dari sekolah. Aku just follow je kau, ingatkan kau nak pergi padang."

"Yang kau tak tegur aku tu dah kenapa? Salah kau jugalah tu!"

"Sudah-sudah. Bergaduh pula di sini." Kata Thariq bagi meleraikan pertengkaran di antara kami. Akulah dengan Raff ni, salah dia juga, apa hal nak letakkan salah tu semua kat bahu aku?

Thariq memandang wajah aku dan Rafael silih berganti sebelum akhirnya dia membuka mulut, "siapa bergaduh lagi, aku tak nak belanja ais krim magnum."

Mendengar pernyataan itu, cepat-cepat kami berbaik. "Haa tengok ni Thariq, kitaorang dah berbaik dah ni. Boleh makan ais krim magnum kan kalau macam ni?"

Bibirnya menarik sebuah senyuman. "Boleh, Aish."

UltraWhere stories live. Discover now