16 | memancing jomm

454 80 3
                                    

"NENEK...bianhaeyo~" baru sahaja aku datang mendekat, nenek sudah menolak ku jauh daripadanya.

"EEII NAK PERGI BILIK AYOR PERGI JELAH TAK PAYAH CAKAP KAT NENEK!"

"Janganlah merajuk~" kali ini, Aidan pula yang datang mendekat. Kalau korang tak faham, nenek tengah merajuk dengan kami sebab kami balik lewat sangat tadi. Dahlah dia merajuk tak bagi kitaorang makan huhuhu sadis nya.

Nenek jangan marah-marah
Takut nanti lekas kedut
Kalau nenek dah berkedut
Nanti atuk pun lari tengok

"Ish engkau ni. Nak pujuk ke perli?" Bahuku dipukul perlahan oleh Lutfil.

"Erm, dua dalam satu?"

"Alaa nenek, tak mo ler merajuk. Kitaorang kan noob sikit bila balik kampung. Itu yang lupa nak balik tu." Thariq pula mencuba nasib.

"Haa nenek. Aish ada reward kalau nek maafkan kami."

"Apa dia?" Nenek melihat sedikit ke arah ku.

"Kalau nek maafkan kami, Aish belanja nek lightstick Blackpink," terus membulat mata nya. Badanku terus dipeluk oleh nenek.

"Uwahhh terima kasih Aish. Saayangg Aish!" Pipiku dicium berkali-kali. Tak apa lah janji nenek maafkan kami. Sementara yang lain hanya memandang kami kebingungan.

"Nenek... minat Blackpink?" Aku mengangguk. Terkejut sangat ke apa diorang ni? Rupa macam mati bini AHAHA.

"ASSALAMUALAIKUM ya ahlil kuburr!" Aku mencekak pinggang. Ewah ewah anak teruna, tak bangun-bangun lagi ya? Tak apa tak apa kau tengoklah nanti.

"HOI MANUSIA YANG BERJANTINA LELAKI, KAU BANGUN SEKARANG! NAK TUNGGU SUBUH BYE BYE KE BARU NAK SOLAT?" Hah hambek kau sekali lafaz. Terkoncoh-koncoh mereka masuk ke dalam bilik air.

Atuk yang melihat hanya menggelengkan kepala. "Hah Wais, jadi imam." Terus segar matanya. Nak bantah, tapi atuk awal-awal dah tolak dia ke sejadah imam so redho jelah.

Di rakaat terakhir, aku hairan. Kita solat hajat ke? Setahu aku solat subuh. Tapi, asal Uwais lama sangat sujud ni? Tangan dan kaki aku pun dah start menggeletar. Fuhh menguji kesabaran betullah jantan ni.

Lima minit macam tu baru dia bangun dan beri salam. Lepas je kami bagi salam--

"CILAKA PUNYA WAIS. KAU SEMPAT TIDUR? MENGGELETAR KAKI AKU TAHU TAK?" Kepalanya ditolak kuat oleh Rafael.

"Halamak korang ni cakap je aku. Mengaku jelah yang korang pun tertidur sekali elelelelele."

"Dah cepat baca doa ni. Dahlah tak berzikir, mencarut pula." Fuhh, sentap tujuh keturunan. Selesai solat, kami masuk ke dalam bilik masing-masing untuk menyiapkan diri.

"CUCU-CUCU SEMUA, MAI MAKAN! NENEK ADA MASAK NASI LEMAK NI!" Laju kami tiba di meja makan. Mana taknya, nasi lemak nenek nasi lemak yang paling sedap selain mak cik kantin tu punya tau.

"Hish, aku dapat dululah!"

"Eh mana ada aku yang pegang dulu!" Eeii aku lah dengan si Aiden ni. Aku yang dapat mangkuk sambal ni dulu, selamba dia je claim yang dia ambil dulu. Mana aci!

Disebabkan oleh itu, sudu besi yang tercalit dengan sambal ikan bilis buatan nenek terpelanting lalu terkena pada lidah Lutfil yang baru ingin merasa nasi lemak nenek. Lama dia merasa sebelum--

"ARGHH AIR MANA AIR?" Dia berlari mengelilingi meja makan. Bukannya nak ambil air pun. Bijak, bijak.

Rafael yang baru sahaja tiba setelah mengambil air untuk diminum terlanggar dengan Lutfil yang sedang melakukan marathon lalu menyebabkan air itu tumpah pada lantai dan mengakibatkan atuk yang baru selesai gosok gigi terjatuh.

UltraWhere stories live. Discover now