37 | untuk kamu, juga

311 55 9
                                    

Aishah Amylea

"DUKA cita dimaklumkan bahawa salah seorang murid dari SMK Baebun telah kehilangan ibunda nya, mari kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat yang sudah pergi." Seisi dewan mengalunkan bacaan Al-Fatihah di bibir masing-masing. Mendoakan kesejahteraan buat yang sudah pergi.

Suasana nya lain, ahli Ultra yang lain pun tidak banyak bercakap. Hairan sekali, apabila si mulut puaka Uwais dan Aqil tidak mengeluarkan sebarang suara, mungkin kerna masih terngiang akan memori semalam.

Bukannya aku tidak tahu, mereka ada di tempat kejadian sewaktu ibu kepada Rafael meninggal.

Pasti rasanya perit, melihat orang yang dicintai pergi di depan mata. Lebih-lebih lagi apabila bukan kerna ajal nya sudah tiba, namun kerna seseorang telah meragutnya terlebih dahulu.

Kerusi yang berada berdekatan dengan meja Lutfil aku lihat. Sungguh, aku rindu.

Sepanjang kelas, fikiran ku asyik menerawang mengenangkan apalah yang lelaki itu sedang buat agaknya. Dia masih berduka cita kah? Tch, sudah semestinya lah Aish, kau expect apa reaksi dia? Gembira? Lompat sampai bintang?

"Aish! Kamu menung apa tu? Cikgu ajar ni, kamu dengar atau tidak?" Soal Cikgu Aminah sambil bercekak pinggang.

"Dengar, cikgu."

"Apa yang kamu dengar?" Okey kali ini mulut aku terkunci. Memang dah agak yang cikgu akan tanya soalan tu, namun akal tidak sempat berfikir bibir sudah terlebih dahulu berbicara. Apa aku boleh buat? Kerana mulut, badan binasa huhuhu.

Buku teks Sains milik Intan cuba aku lihat. Namun, nampaknya perempuan ini semakin menjauhkan buku teks nya daripada pandanganku bukan sebab dia tak nak kasi aku tengok sampai mana cikgu dah ajar, cuma dia sedang tertidur dalam keadaan tangannya yang digunakan untuk menongkat dagunya menolak sedikit buku itu jauh daripada ku.

Aku tak tahu dia guna saka apa sampai Cikgu Aminah yang kat depan tu tak tegur pun Intan yang sedang tertidur lena di sebelah aku ini.

"Kamu tak tahu, Aish? Hah Wais, apa yang cikgu ajar tadi?" Uwais pun nampaknya terdiam seperti aku.

"Haih," guru itu memicit pelipisnya perlahan. "kenapa dengan kamu semua ni, Ultra? Saya tanya, kamu tak jawab. Seolah, jasad kamu di sini namun roh kamu bukan di sini."

"Kami teringat Rafael, cikgu..." kata Lutfil dengan nada yang sayu.

"Bukan Rafael yang mati kan? Jadi kenapa kamu yang perlu gundah? Kamu seharusnya bersyukur, bukan dia yang pergi."

"Tetapi pemergian ibu Rafael tetap berparut perit di hati kami, cikgu..." kali ini, Aqil pula yang menyambung. Sejujurnya, inilah pertama kali aku lihat mereka sedih sebegini. No wonder lah kalau diorang akan bersedih macam ini, memandangkan mereka sudah rapat sejak kecil.

"Kalau macam itu, cikgu beri permisi untuk kamu bertiga pergi melawat ke rumah Rafael. Kamu sekali, Aish. Jangan lupa ajak Thariq sekali. Nanti, cikgu akan memaklumkannya kepada pengetua."

"T-terima kasih cikgu..." tertunduk-tunduk Uwais mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Aminah. Mungkin kerana tidak sanggup melihat kami berduka lagi, dia membenarkan kami untuk pergi.

Aku tak tahu kenapa, meskipun aku baru sahaja lagi dengan mereka, namun pemergian ibu Rafael memberikan impak yang besar buatku. Aku tahu, korang mesti tertanya kan, kenapa aku nak berlebih sedangkan baru sahaja kenal dengan mereka? Dia ibarat macam── haih, aku tak tahulah macam mana nak terangkan.

Segala peralatan alat tulis aku masukkan dalam beg. Kemudian, aku menuruti langkah mereka berangkat ke kediaman milik Rafael.

"Assalamualaikum," Thariq memberi salam. Lantas, pintu rumah itu dibuka dari dalam. "Waa'laikumussalam. Jemput lah masuk."

UltraWhere stories live. Discover now