18 | balik kl

383 74 3
                                    

"TSKSTSKTSK atuk... nenek..." Tubuh dua insan yang amat ku cinta itu dipeluk erat bagai tiada lepas. Aku menangis semahu-mahunya di bahu nenek.

"Ya Allah Aish nek tak boleh bernafas dah ni! Semput woi kamu peluk kuat sangat!" Segera pelukan dileraikan. Hingus yang meleleh dilap.

"Yang kamu menangis teruk sangat ni dah kenapa? Kami belum mati lagi,"

"Atuk cakap senang lah! Kita mana tahu, tiba-tiba Allah takdir kan salah seorang daripada kita menemui ajal, hah macam mana?" Terdiam atuk di situ.

"Kami balik dulu ya, atuk." Tangan atuk dicium oleh Thariq.

"Will miss you, atuk." Pipi atuk dicium berkali-kali oleh Uwais.

"Atuk, kalau anak pak cik Samad cari Lut, atuk cakap yang Lut tengah cari pangkal pelangi." Atuk hanya menunjukkan thumbs up miliknya.

"ATUKK TAK SANGGUP LAH NAK BERPISAH DENGAN ATUKK!" Aqil berlari mendapatkan atuk lalu tubuh itu dipeluk erat.

"Alololo Aqil ni, kalau tak sanggup, tinggal jelah sini dengan atuk. Lagipun, ada atuk dengan nenek je dekat kampung ni,"

"Eh mana boleh, tuk. Kalau saya pindah sini, nanti ramai orang minat saya. Saya mana tahan ada ramai peminat. Susah betul jadi hensem." Yang part last tu tiba-tiba je dia tundukkan kepala, acah humble gituu. Bluekk. Nak muntah aku yang mendengar.

Atuk mula menggaru kepala. Tak tahu nak respons apa. Aku tahu yang atuk nak cakap 'erm Aqil, sebenarnya kamu ni tak ada lah hensem mana. Jadi, jangan perasan ya' cuma tak termampu je AHAHAHA. Oleh itu bagi mengelakkan keadaan semakin janggal, Rafael menarik Aqil masuk ke dalam pesawat.

"Hah Aiden, kamu ni balik KL, cuba jadi hensem. Pakai skincare. Tanya kat depe macam mana boleh jadi hensem. Tak pun belajar dari kembar kamu macam mana nak hensem. Ini tidak. Muka dahlah tak hensem, patutlah single je manjang. Nanti bila muka dah hensem, bolehlah nenek dapat cicit. Haih dah lama dah nek teringin nak dukung cicit. Mesti comel kan?" Aiden hanya terangguk-angguk mendengar bebelan nenek walaupun sedikit terasa part nenek kutuk dia tu. Aidan yang melihat hanya menahan tawanya daripada meletus.

"Hah kamu tu Aidan dah kenapa? Nenek tak cakap pun muka kamu tu hensem. Nenek suruh Aiden belajar daripada kamu itu pun sebab muka kamu better daripada dia. Itu pasai nya."

"Hahh? Nenek nak cakap muka Aiden ni lagi teruk daripada Aidan ke?"

"Kind of?" Maka, seorang Aiden Qayyum mula menghamburkan tangisnya setelah di sound direct oleh nenek.

"Aish, jaga sikit perangai kat sana. Muka tu dah lawa, perangai gangster nak mampus. Cubalah jadi ayu sikit, barulah orang berkenan. Ini tidak. Duduk pun terkangkang mana lah ada yang berkenan."

"Tapi saya berkenan," celah Aqil sambil mengangkat tangan.

"Huh tak payoh lah Aqil oii. Perempuan macam ni-- kamu nak jadikan isteri? Mati hidup balik pun tak mau," nenek memandangku dari atas ke bawah. Tskstsktsk sampai hati nenek, cakap aku ni tak laku.

"Kalau macam tu, tak jadilah nak belikan light stick untuk nenek," terus nenek datang memujukku. HAAA TAHU TAKUTT.

"Dah dah dah, jom balik. Kalau aku tak suruh, sampai bila-bila tak bergerak." Thariq mula memberikan arahan. Lambaian diberikan saat kami bergerak keluar dari perkarangan rumah. Aqil acah mengelap air mata yang langsung tidak mengalir. Huh. Drama betul.



"I'M BACK, KLLL!" Mulut Aqil terus ditekup oleh Rafael. Meronta-ronta dia suruh Rafael buka mulutnya balik. Disebabkan tidak tahan melihat dia yang hampir mati akibat kehabisan oksigen, akhirnya tangannya dibuka bagi membolehkan lelaki itu bernafas dengan lancar.

"Kalau aku mati tadi, aku tak nak belanja korang KFC," kata Aqil sambil berpeluk tubuh.

"Eleh. Setakat KFC, celah ketiak aku jelah." Uwais menunjukkan ketiaknya kepada kami.

"EEII PENGOTOR!" Terus kami menjauhinya. Dia punya geli tu sampai Lutfil pergi peluk tiang airport yang besar nak mampus tu.

"Ehh mana ada. Aku mandi, okey? Siap pakai deodoran lagi hah kau apa tahu?" Perlahan, kami mendekatinya semula. Aiden punya takut tu sampai dia hidu ketiak Uwais tau. Setelah menghidu bau Rexona Man, dia pun mengangkat tangan pada kami tanda 'okey'.

"Hah korang kita nak pergi mana?"

"Tadi bukan kata nak makan KFC ke? Aku dah get ready dah tadi." Thariq meluahkan rasa kesal nya.

"Lahh nak makan kepci ke? Aku baru nak baik hati belanja MyKori," setelah mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut Aqil, kami pun apa lah lagi. Serbu dia lah!

"Kau ni, betul ke? Hari tu kau kata nak belanja donut Big Apple, last last kau beli donut mak cik kantin bagi kat kami." Berkali-kali Lutfil memandangnya atas bawah.

"Betullah. Kau tak baik meragukan niat aku yang suci lagikan murni ini," nak muntoh aku dengar. Kata niat suci, tapi dicemari dengan perasaan riak dan takabbur. Suci lagi ke tu?

"Hah kalau macam tu, jom. Benda baik jangan diperlambatkan." Aiden menolak kami masuk ke dalam cafe tersebut. Siap ditarik nya kerusi untuk kami duduk. Nampak tak semangat nya dekat situ? Kalau tak nampak sila lompat bintang 120 kali.

"Nak order apa?"

"Bagi saya semuaaaa yang sedap kat sini." Terus mulut Aiden dan Aidan ditekup. Tak senonoh punya jantan. Lapar pun agak-agaklah. Ini sampai semua. Uohhh melebih ni.

"Kalau bayar guna duit kau tak apa lagi, ni guna duit aku-- kau jangan macam-macam." Aqil terus memberi amaran. Bimbang wang nya lesap ke dalam perut si kembar. Setelah selesai memesan makanan, alhamdulillah tak selama yang dijangka, makanan terus dihidang di atas meja. Kami pun apa lah lagi. Melahap tak ingat dunia.

UltraWhere stories live. Discover now