03 | the kaki's

1K 152 21
                                    

"WOI! Buta ke apa?" Terhinjut bahu Aqil apabila lelaki di hadapannya itu menengking dirinya. Langgar badboy. Makanan tumpah. Kena baju. Kena tengking. Yeap, sangat cliche.

Tapi yang tak cliche nya apabila lelaki yang terlanggar bad boy. Haa selalunya korang baca heroin langgar bad boy kan? Well memandangkan aku heroin kat sini so aku ni lebih berhati-hati dan tak perlulah langgar bad boy and lepas tu fall in love. SENANGG.

Aku menongkat dahu. Tidak sabar ingin melihat bagaimana drama ini akan berlangsung. Boleh pula Lutfil buat gaya macam pengarah drama dengan selambanya pergi cakap "cut!" di hadapan mereka.

Memang nak mampus awal ke apa jantan ni?

Kolar baju Aqil dicengkam. "Kau tahu tak aku ni siapa?"

"Erm, manusia kan?"

"Aku tanya betul-betul ni!"

"Eh betullah apa yang aku jawab! Kau ni dah kenapa?"

"Aku nak kau ganti balik baju ni!"

"Kalau tak nak?" Lelaki itu tampak seperti menahan sahaja amarah nya daripada terlepas pada Aqil. Silap hari bulan, ada juga yang dia tanam hidup-hidup nanti.

"Kau ni memang nak tempah maut ea?"

"Saya tak tempah maut. Tapi kalau dah ajal, saya redha jelah."

"HEI AKULAH KAN--" segera rakan-rakannya yang di sampingnya menahan lelaki itu daripada meng 'arwah' kan si Aqil.

"Aku cakap elok-elok ni budak, kami ni The Kaki's tau. Baik jangan cari pasal?"

"Apa dia? Bulu kaki?"

"The Kaki's lah b*****!" Kali ini rakannya yang lain pula menghampiri Aqil bersama penumbuknya. Matanya tertutup rapat. Semua pelajar yang berada di kantin berdiri melihat apa yang bakal terjadi.

Entah mengapa kaki aku bergerak aktif menuju ke arah mereka. Eh jap aku kata arah ke mana tadi? Arah diorang?

"WOI KAKI KAU NAK AKU MATI KE?" Puas aku memukul kaki aku namun ia masih membawa aku ke arah mereka. Berbekalkan buku Biologi yang tebal, aku menahan tangan itu. Baru sekarang aku faham kenapa orang buat buku Biologi ni tebal-tebal.

Pantas aku menyuruh Aqil merapati ahli Ultra yang lain. "Apa ni Aqil, perempuan jadi hero kau? Langsung tak macho."

"Biarlah. Apa kau ingat lelaki je boleh jadi hero? Eh perempuan pun boleh lah." Ibu jari menolak sedikit di bahagian hidung. Bangga lah katakan. HOHOHO.

"Disebabkan engkau perempuan, aku minta kau ke sana sedikit, beri aku laluan untuk tumbuk muka si Aqil tu."

"Kalau aku tak nak?"

"Kau jangan macam-macam. Patah tulang kau, aku tak nak ganti."

"Elehh. Kau fikir aku takut ke--" pantas aku melihat tag nama nya. "-- Thomas. Oh, tolonglah."

"Thomas? Oh yang there two there four there six there eight. Shunting trucks and holling freight. Eh betul ke aku nyanyi ni?" Sempat pula Aqil menyoal sendiri mengenai 'betul ke tak apa yang dia nyanyi' tu. Thomas yang berada di hadapanku boleh lihat mukanya yang merah menahan marah.

Dah lah siap buat gaya macam kereta api tu, ber 'chutt' 'chutt' pula dia di sini.

"KAU KE SINI AQIL-- AKU DAH LAMA SABAR DENGAN KAU!" Segera ahli Ultra yang lain menahan lelaki itu daripada merapati Aqil. Yelah. Takkanlah aku pula yang kena tahan dia. Dosa tau tak?

"Kau dengar sini baik-baik eh! Disebabkan engkau dengan beraninya mencari pasal dengan The Kaki's, aku akan pastikan hidup korang tak aman! Termasuk lah engkau." Jari telunjuknya dituju tepat ke arahku. Huhuhu. Apa lah salah diriku ini ༎ຶ‿༎ຶ

Baju sekolahnya dicampak pada muka Uwais. Dia pun, apa lagi. Mencarut tak ingat dunia. Mohon jangan ikut ya, kawan-kawan.

Selamba badak Thomas je jalan sebelah cikgu lepas tu kenyit mata kat mereka. Dahlah pakai singlet. Buatnya kalau tak pakai, macam mana? Pengsan kat situ juga cikgu tu.



"Aku nak kau siapkan semua kerja sekolah ni. Esok pagi, aku nak pastikan semua dah siap." Buku-buku latihan Addmath dicampak di atas meja.

"Wah wah wah sedap mak bapak kau je eh suruh aku buat kerja sekolah kau? Dah tak ada tangan ke sampai suruh orang buat?" Aku menyilangkan tangan pada dada. Dia ingat dia tu siapa? Anak raja?

"Kau kenalkan aku siapa? Lagipun aku senior kau. So... jangan macam-macam." Mentang-mentanglah senior, sesuka hati je guna kuasa 'senior' tu.

"Kalau nak macam-macam juga?"

"Kau jangan banyak cakap boleh tak, perempuan. Kau buat jelah kerja aku. Susah sangat ke? Kalau susah sangat, campak buku tu dalam tong sampah. Tunggu sampai esok, kejutan akan menanti engkau." Terus dia berlalu pergi meninggalkan aku bersama buku-buku latihan Addmath miliknya.

Siapa sangka, aku betul-betul buang buku tu dalam tong sampah.



UltraWhere stories live. Discover now