02 | detention

1.3K 163 33
                                    

AKU termenung mengenangkan nasibku sendiri. Haihhh, apa lah nasib. Salah ke aku sebagai seorang rakyat Malaysia ingin menegur manusia yang tak reti hormat lagu Negaraku? Kalau aku jadi Agong, dah lama aku buang diorang daripada negara ni. Tak nak aku mengaku rakyat.

Baru je aku bercadang nak pecut awal-awal waktu balik tapi, mereka terlebih dahulu menghalang jalan aku. Sudahlah aku tak pakai seluar. Takkanlah aku nak pecut sambil kain terkibar-kibar tunjuk aurat aku. Aku tak nak masuk neraka.

"Yang kau rupa macam mati bini ni dah kenapa?"

"Korang lah! Kalau bukan disebabkan korang, aku tak akan berada di sini." Aku memeluk tubuh di hadapan mereka. Nak tunjuk protes gituu.

"Eh sorry sikit eh, kalau bukan disebabkan engkau--" jari telunjuknya dituju tepat pada mataku. "-- kita takkan berada di sini."

"Oh sekarang ni korang nak salahkan aku lah?" Mereka memandang sesama sendiri sebelum mengangguk.

"Eh hello aku cuma buat apa yang patut. Korang kena bangga ada juga rakyat Malaysia yang hormat dengan negara sendiri." Aku memetik jari di hadapan mereka.

"Apa-apa jelah. Aku tak kisah sangat pun kena detention."

"Then? Korang cari gaduh dengan aku dah macam detention ni satu bala je." Pandangan mereka terus menumpu pada telefon yang berada di tangan. Antisocial betul. Tak boleh jadi ni. Aku kena buat diorang jangan asyik main telefon je.

"Korang ni, minat Ultraman ke?"

"MANA ADA!" Serentak mereka menjawab. Telefon yang berada di tangan dihiraukan. Oyeahh misi berjaya!

"Kau samakan kami dengan Ultraman?"

"Yelah. Ultra, Ultraman. Tak nampak ke chemistry dia kat situ?"

"By the way, kenapa pengetua panggil korang Ultra?"

Nafasnya dihela berat. "Nama aku, Uwais. Sebelah aku ni, Lutfil. Sebelah tu, Thariq. Sebelah tu, Rafael. Yang paling pendek tu, Aqil."

"HEI JANGAN MENTION KETINGGIAN PULAK EH KAT SINI." Tegas Aqil berkata. Padahal memang pendek pun kerana itu adalah fakta.

"Bila digabungkan semua nama hadapan kami, jadilah Ultra."

"Kenapa mesti Ultra?"

Sebuah buku Fizik yang agak tebal dibaling tepat pada dahi aku. "Banyak pula kau tanya. Kan orang dah terang tadi. Kau ni pekak ke labang?"

"Erm, dua-dua kot?" Hampir sahaja Lutfil ingin baling buku Kimia pada aku tapi nasib baik ditahan oleh Rafael. Kalau tak, habis dahi kesayangan aku ni.

"Kau tak nak tahu ke macam mana kami berjumpa?"

"Erm tak--" Uwais mengangguk-anggukkan kepalanya. Eh dah kenapa pula dia ni? Siap buat gaya lagi macam nak masuk pertandingan bercerita.

"Sejarah nya begini, pada suatu pagi yang indah, burung pipit yang sibuk berkicauan menyebabkan seorang hamba Allah yang bernama Aqil membaling batu kepadanya..."

"Woi janganlah bagitahu!" Segera mulut Uwais ditutup oleh Aqil. Bimbang jika rahsia nya terkeluar dek mulut tempayan si Uwais ini.

"Alahh, tak payah risau sangatlah. Kami memang dah tahu pun."

"Shussh! Bukan engkau," merecik-recik air liur Aqil bila dia shussh kat muka Lutfil. Rasa macam nak celup je muka si Aqil ni dalam lubang tandas. Fuhhh, sabar.

"tapi perempuan tu," jari telunjuk Aqil ditujukan ke arah di mana seketul Aishah sedang elok terlena di atas meja.

"Dia tidur? Punyalah semangat aku bercerita."

"Hah tulah engkau, siapa suruh tak tengok sekeliling dulu kalau nak bercerita? Kan dah rugi air liur." Rafael menepuk-nepuk bahu Uwais agar bersabar.

"KAU TAHU TAK BETAPA BERNILAINYA SETITIS AIR LIUR PADA AKU?" Uwais menangis di bahu Rafael. Sungguh tak macho.

"Uitt." Kepalaku ditolak menggunakan sebatang ranting yang diambil oleh Aqil.

"Eh, mana kau dapat ranting tu, Qil?" Soal Thariq kepada Aqil.

"Oh. Tadi ada kucing tu sibuk jilat kayu ni, aku katalah aku nak pinjam sekejap." Serta-merta mataku terbuntang luas.

"YAHHH PENGOTOR KAU AQILLL!" Ranting itu diambil lalu dicampak jauh-jauh. Kucing yang baru sahaja tiba di sini mengambil ranting itu lalu menjilat nya semula.

"YAHHH!" Aku terus berdiri di atas meja. Kucing yang asyik menjilat ranting itu dipandang sambil badan aku tak habis-habis geli dengan adegan itu.

"Woi kau dah kenapa ni? Kau turun sekarang!"

"Tak nak!"

"Turun aku cakap!"

"TAK NAK!" Aku menjelir lidah pada Uwais. Lengan baju nya disinsingkan. Dia nak smack down aku ke apa ni?

Tingkah laku kucing itu tiba-tiba berhenti. Hampir bercantum kening aku. Apa yang dia buat tu? Ambil ranting tu lepas tu pergi tempat yang tersorok.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat seketul benda yang berwarna hitam keluar daripada punggung nya.

"YAHHH!" Makin galak aku menjerit dan pada masa yang sama aku geli.

"Woi! Kot yelah nak menari pun, cubalah turun dulu! Jangan buat free show kat situ boleh tak?!"

"TAK NAK! AKU GELII!"

"Kalau susah sangat," Thariq melangkah ke arahku. Berkerut-kerut muka aku melihat tingkah laku nya itu. Siap buat stretching lagi. Apa benda ni?

"Yang lain, siap sedia tilam!" Hah? Tilam? Nak buat apa? Nak tidur ke?

"1, 2, 3!" Pantas meja yang aku berdiri itu ditolak lalu terjatuh lah aku di atas tilam itu.

"Woi! Kau hidup lagi tak ni?"

"Kau!" Jari telunjuk ku dituju tepat pada mata Aqil. "Ni semua salah kau!"

"Eh salah aku pula. Siapa suruh tidur?" Bibirnya dicebikkan. Wah wah wah aku nak tidur pun salah?

"Kau tahu tak, kau ni suka membazir,"

"Eh mana ada! Aku ni penjimat orangnya!"

"Habis tu, kenapa kau bazirkan air liur aku? Huhuhu. Kau tahu tak bersungguh aku bercerita, kau pergi tidur pula." Uwais sambung menangis pada bahu Rafael. Aihh membazir air liur tu perkara yang besar ke?

"Kau ada sebut perkataan Sejarah tak tadi?"

"Ada. Kenapa?"

"Maaflah, aku allergic sikit dengar perkataan tu. Itu yang tidur tu." Aku tersengih. Uwais pula nampak macam tengah tahan marah tapi, ada aku kesah? HAHAHA HOHOHO *gelak jahat*.

"Baiklah, kamu semua boleh balik." Sebaik sahaja pengetua membuka pintu, aku pantas buka langkah seribu tanpa menghiraukan kain yang aku yang asyik terkibar-kibar.

Eh tapi tak ada lah show off sangat, still cover okeyh?

UltraWhere stories live. Discover now