21 | its aqil muhtadi yoww

396 70 15
                                    

Muhammad Aqil Muhtadi

"MA RABBUKA?" Berkerut-kerut wajahku yang sedang tertidur nyenyak itu. Cuba bayangkan, dah elok dah aku mimpi naik kuda terbang lepas tu tiba-tiba keadaan bertukar suram dan soalan itu ditanya kepadaku.

"!فسألت مرة أخرى، من هو إلهك ؟"
[Aku tanya sekali lagi, siapa Tuhan kamu?! ]

Semakin lama, mulutnya membesar mendekati wajahku. Meskipun wajahnya dikaburkan, namun aku masih boleh mengecam bahawa itu adalah mulut?¿ eh memanglah mulut kalau tak apa lagi kan EHEHE.

Mataku lantas tercelik dan dia terjaga secara spontan. Peluh yang merinik pada dahi dari tadi tidak berhenti mengalir.

"Woihh apa hal ni, Qil? Berpeluh macam baru lepas marathon." Soal Thariq yang baru keluar dari ruangan dapur bersama apron yang tersarung pada tubuhnya.

Aku berpaling melihat sekeliling. Jari telunjuk naik menunjuk ke arah Uwais yang berdekatan.

"Yang kau ni Wais, apa hal kat sini?"

"Oh aku nak kejut kau bangun, tapi kau tak bangun-bangun. So, aku tanyalah soalan yang malaikat maut akan tanya dalam kubur nanti," dengan muka selenganya dia menjawab tanpa rasa bersalah. Satu saat, dua saat, tiga--

"ANJAY KAU WAIS, KAU TAHU TAK AKU MENGALAMI NIGHTMARE SEBAB KAUU?" Langkah seribu terus dibuka. Kami berkejaran di sekeliling rumah. Lutfil yang baru keluar daripada tandas bersama tuala yang dililit pada pinggang nya dilanggar oleh Uwais yang sibuk berkejaran menyebabkan tuala yang dililit terjatuh ke atas lantai.

"ARGHH JANGAN TENGOK AURAT AKUU." Dia mengambil tuala lalu dililitkan semula pada pinggang dan terus masuk ke dalam bilik.

"GAISS MAKANAN DAH SIAPP! JOM MAKANN!" Melihatkan tiada respon yang diberikan oleh mereka, Thariq lantas menjerit, "AKU ADA MASAK NASI LEMAK. SIAPA LAMBAT, DIA TAK DAPAT." Lalu, semua ahli Ultra pantas datang ke dapur untuk mendapatkan makanan. Siap dah duduk dah kat meja makan, tunggu Thariq hidang.

Baru sahaja aku ingin mengambil telur-- "haipp. Baca doa dulu. Tak nak makan dengan setan kan?" Langkahnya terus terhenti. Aku mencebik sebelum mengangkat tangan untuk berdoa mengaminkan doa yang diimamkan oleh Thariq. Fuhh, calon suami mithali ni.

Setelah bacaan doa diaminkan, kami pun apa lagi. Melahap tak ingat dunia!


Park

Aku memegang perut yang membulat. "Tak laratlah Raff nak jogging. Korang jelah buat, aku follow belakang."

"Eh mana boleh. Kita kena persiapkan diri dari segi fizikal untuk tournament nanti tahu?"

"Dari segi rohani macam mana pula ya, Raff?" Hah hambek kau terdiam seribu bahasa terus dia. HAHAHA GUDJOB LUTFILL.

"Tulah kau, siapa suruh makan banyak. Aku dah cakap kan, jangan makan banyak. Nanti kita nak jogging."

"Ehhh bila masa pula kau cakap kat aku macam tu. Kau lagi cakap, 'hah Qil, tambah lagi. Sedap tu Qil, rugi kalau biar je' ada lah!" Uwais menggaru kepala yang tidak gatal. Eh tak actually kepala dia memang gatal ya harap maklum.

"Dah dah dah. Kalau dari tadi asyik gaduh, bila nak start jogging iyadok?" Mereka hanya sekadar mengangguk mendengar kenyataan Thariq.

UltraWhere stories live. Discover now